SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH MERTUA. Show all posts
Showing posts with label RUMAH MERTUA. Show all posts

Tuesday, August 20, 2019

BABY PADI

Hari tu, balik kampung Kanda. Petang2, Kanda ajak merempit, pusing2 kampung sambil tengok bendang.

Opkos lah Dinda onz! Ahaks...

~ Sunset dengan pemandangan padi yang baru nak naik mencanak. Baby padi, aaa gitchew..!

Lepas Maghrib, dinner dengan My MIL. Normally, kalau kami balik kampung masa weekdays, My MIL akan siap2 masak untuk dinner. Maksudnya, kerja kau hanyalah mencedok segala yang telah terhidang. Tak pernah suruh pun untuk masak. Tapi, My MIL insists. 

Hah, nikmat yang mana lagik nak kau dustakan, oiii..??! ;P

Makanya, lepas makan, reti2kanlah cuci pinggan, ye. Tanda terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 13, 2017

KEGEMBIRAAN & KEMENANGAN

Tak nak cakap banyak. Mari bercerita cerita raya.

Baru nak update. Sila terima... Ha3...

Tahun ni, turn rumah mertua dulu. Hari Jumaat, aku dah start cuti. Tak sanggup nak berlama2 kat opis sambil sayup2 dengar berkumandangnya lagu raya. Rasa macam jasad kau je kat situ. Tapi, minda & jiwa  dah terbang balik ke kampung halaman... Seksa, you ols..! Awwsss..!!!

~ Lakonan semula kengkonon sedih tak dapat beraya on 1 Syawal dengan Mother sebab kengkonon kampung 'jauh' la sangat..! Background music: Air Mata Syawal by Tok T. Ha3... Poyo!

Lepas tu, gigih pulak send kat WhatsApp group family. Diorang pun melayan... Abang pun send gambar jugak. Gambar merempit kengkonon nak balik kampung sambil bawak paru berlado yang Mother 'order' kemudian stop bawah jambatan rest sekejap sebab kengkononnya kampung tu jauh sangat la kan... Boleh tahan jugak ting tong family aku ni. Ha3...

~ Jalan jemm yang bersifat sementara kat Kampung Bahagia ni pun gigih nak viralkan. Ha3...

Dipendekkan cerita, pagi raya aku akan 'siapkan' Oppa. Bukanlah maksudnya aku pakaikan baju macam aku pakaikan baju Nania. Tapi, menjurus ke arah preparation. Suakan baju Melayu yang dah siap iron, samping & songkok yang dah siap pasang hiasan (alaaa... yang kita sarungkan kat sekeliling songkok tu, haaa..! Tak tau la nama saintifik ia apa?!). Lepas tu, buat saringan tahap kesegakan. Maksudnya, kau usha2 la kot2 muka dia ada tercomot ke... rambut lupa nak pomade ke... cenggitu... ;P

Dah 'lulus', boleh makan. Juadah spesel di rumah mertua adalah seperti berikut:-

Nasik Arab
Nasik impit
Kuah kacang
Lontong
Lemang
Rendang ayam
Daging dendeng
Air teh O
Air berkarbonat

Sejurus selepas makan, ada saringan tahap kesegakan lagik. Kot2 ada cili melekat kat celah gigi ke... Owh... nom3..!!! Ha3...

~ Tengah bersiap. Pimple raya tu memang mengundang... sangat..! Huh!

Perancangan:-

1. Kaum Adam solat sunat Aidilfitri.
2. Kaum Hawa prepare juadah buffet & apa2 yang patut untuk #TeamBaraan Abah. 
3. Kaum Hawa get dressed & make up.
4. Kaum Adam balik & #TeamBaraan sampai.
5. #WeFieRaya sejurus selepas #TeamBaraan berlalu pergi.

Kejadian sebenar:-

1. Kaum Adam join #TeamBaraan dengan perjanjian by 11.00 pagi akan balik, berada di rumah & bersedia untuk #WeFieRaya. Masalahnya, pukul 2.00 petang baru nampak muka mereka sebab 'sangkut' dengan #TeamBaraan. Sejenis dilema la kekdahnya...
2. Kaum Hawa 'berangin' sebab dah berlengas & make up dah cayor. Anak2 sedara pulak ada yang tertido, tantrum & cranky.

~ I 'grab' him! Sejurus selepas Oppa pulang dari #TeamBaraan. Heh3...

~ #WeFieRaya hanya bermula pada pukul 2.30 petang. Takpe...husnuzon. Asalkan hado..! ;P

~ Manusia & khilaf berpisah tiada... Ampun & maaf jua dipinta... Selamat Hari Raya..! ;D

~ 1 kegembiraan & kemenangan. ;)

~ ... dengan caption: Adik iparku seorang #PattahAmen... #Krikkk3 Ha3...

~ Finally, terhasil jugaklah #WeFieRaya. Fuh!

~ Mintak ampun, mintak mahap, Abah & Mak. Maklum la... kadang2 menantu yang sorang ni ter-POYO banyak! Ha3...

~ Mintak ampun ke bersilat ni? Ha3...

~ My King in dusty pink. #MuahCiked Hiks...

~ Sedangkan lidah lagik tergigit... Eceh! ;P

~ Si bujang bongsu yang tak lama lagik nak settle down. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Yellow angpau yang mengundang... sangat..! Ah kak sejenis mata duitan, you ols..! Ha3...

~ King & Queen di-photobomber kan oleh Abang Poi.
~ Jurus ting tong raya.

Meriah #WeFieRaya, walaupun lewat. Takpelah. Tak disengajakan pun...

Kemudian, semua 'check-out'! #ZiarahRaya ke rumah Cik Am. Hoyyeahhh..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Sunday, August 9, 2015

GAZEBO RAYA

Tahun ni, giliran beraya di rumah mertua. Takpe... Takde isu pasal tu sebab setakat ni, sistem giliran berjalan lancar. Adil & saksama. Eceh! ;P

Tema adalah brown. Takpe... yang ni pun tak timbul isu sebab baju raya kaler brown sedondon dah disiapkan awal2. Tunggu masa nak sarung & berphotoshoot je di pagi raya tu. Tak sabor kekdahnya... He3..

Agenda utama time raya adalah bermahap2-an & photoshoot. Well... photoshoot lah yang paling win! Sebab tahun ni ada gazebo raya. Lokasi photoshoot paling hebat setakat ini. Hoyyeahhh..!!!

~ 'Dirasmikan' oleh 'Dato' & Datin Sri'... Ha3...

~ Tak kira! Photographer wajib layan kerenah 'Dato' & Datin Sri' ni. 

~ Amik gambar kami sampai lebam, hokay! Ahaks...

~ Nasib la... siapa jadik photographer tu. Ha3...

~ Ini dia 'mangsa keadaan a.k.a Mr. Photographer' yang berkaitan. ;P

~ Hokay, mungkin boleh jadik family portrait. ;)

~ Walaupun sebenarnya masih tak cukup kuorum. Hu3...

~ Segmen 'Family Adik-beradik Bersama Ibu Bapa' pulak. Starting with Abang Poi & family.

~ Oppa & #JiHyo nya. Ecewah! Ahaks...

~ Huda terpaksa 'lone ranger' sebab Kerol bertugas di hari raya. Syahdu je...

~ A-im & family.

~ Jejah & Mon, add-on Athirah. He3...

~ Haaa... Bulat memang 'lone ranger' jugaklah sebab masih single.

~ Segmen 'Tanjat Gigirls' pulak. 

~ Khas untuk kaum Hawa. 

~ Photographer je kaum Adam. He3...

~ Meliuk-lentok bagai tak hengat, kata ko..! Hiks...

~ Haaa... yang ini Segmen '#AkuYangBergambarKauYangPanas Ha3...

~ Maknanya, suka hati la sesiapa pun yang nak buat photoshoot. Kalau ko rasa ko masih cool dengan terik mentari yang membahang / masih mampu tersenyum girang walaupon peluh memercik2 laju, silakanlah. 

~ Jejah & Mon pun tak nak kalah wooo..! Ha3...

Segmen #AkuYangBergambarKauYangPanas tu memerlukan kekebalan cuping & gegendang telinga yang tinggi. Sebab ko pasti akan dengor sok sek sok sek photographer yang suruh ko stop berphotoshoot. Photographer dah panasss... kot..! Ha3...

Tak sia2 Projek Gazebo Raya ni. Syabas to Oppa, Abah & semua pihak yang menjayakan pelaksanaan Projek Gazebo Raya. Kalian memang daebak! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 3, 2015

SAHUR 11 RAMADAN 2015

Masih di rumah mertua...

Tolong tugas2 yang sama... cedok nasik & tuang air. Tettt...!!! ;P

Aku tengok lauk2 bersahur macam lebih kurang dengan lauk kenduri time berbuka semalam. So, aku syak ia adalah leftover yang direheat. Ok, takpe. Seriously, aku takde masalah. Asalkan kenyang. Terima kasih, wahai ibu mertua... 

Eh, tetiba kan..! Hiks...

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang dengan petai tumis bersantan bersama suhun
Air masak & teh o panas 

Pinggan kenduri tak setel lagik. Maknanya, masih berlonggok, belum berbasuh. JKKKK Basuh Pinggan iaitu Memem kata nak basuh lepas sahur. Tapi, bila dah lepas sahur, JKKKK Basuh Pinggan rombak keputusan, basuh pinggan bila hari dah cerah sikit. Nak tido dulu katanya...

'Staff2' semua menurut perintah. He3...

Tapi, staff yang gigirls terlajakkkkkk...... tido..! Bangun2 je, tengok staff boboys sedang beroperasi dengan gigih. Adeh3... Mahapkan kami, tuan JKKKK Basuh Pinggan. Kami sedia berkhidmat dan2 tu jugak! Ha3...

Tugas ah kak adalah susun pinggan-mangkuk, periuk belanga, sudu garfu yang dah siap dibasuh kat atas surat khabar lama untuk tujuan pengeringan / tos. Semacam bentuk exercise jugak tuh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 10 RAMADAN 2015

Mertua buat kenduri tahlil & iftar sekaligus. Tahun lepas guna khidmat caterer. Tapi, ia tidak berlaku untuk tahun ni. My MIL insists nak masak sendirik. Assistant2 adalah terdiri daripada anak2 & menantu2.

Belah pagi dah start buat kuih-muih & desert. Kuih koci tepung, sagu, jelly kelapa & lepat labu... siap! Untong la, Oppa... sebab ada adik-beradik yang ramai. Dapatlah 'menghasilkan' menantu yang ramai untuk mertua. Yang agak berguna di kala ada kenduri-kendara cenggini. He3... Rewang2, sekejap je dah setel! 

Anak2 & menantu2 mintak reward. My MIL kata, kalau berjaya setelkan bahan2 untuk dimasak petang tu sebelum jam 1 petang, semua anak2 & menantu2 dapat reward berupa tido berkualiti tanpa gangguan di bilik / port pilihan memasing. Ko ada..??! Ha3...

Apa lagik..?! Berdesup semua capai pisau, sayur, bawang, halia, cili bagai... Haaa... nampak tak betapa aktiviti tido tu amat2 menjadik keutamaan aku, ipar2 & biras2. Ha3...

Aktiviti memasak bermula dalam pukul 4 petang. Maka menu berbuka pada hari tersebut adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang & petai tumis bersantan bersama suhun
Kerabu (sumbangan Cik Am)
Lala masak lemak (sumbangan Cik Am)
Kuih-muih seperti yang tersebut di atas & kurma
Tembikai (sumbangan Cik Am)
Air oren
Kuih pau, cakoi & popia goreng (sumbangan Aril-Erna)
Puding caramel

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki kalian. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Thursday, July 2, 2015

SAHUR 10 RAMADAN 2015

Aku terjaga pukul 4.45 pagi. Terkulat2 bangun & cuci muka. 

Masa tu, My MIL sedang gigih siapkan juadah sahur. Dibantu oleh Jijah. Aku pun tumpang join sekalilah. Tolong cedok2 nasik & tuang2 air. Kira ok lettew..! He3...

Nasik putih
Ikan goreng
Pajeri terung
Sambal udang petai (leftover berbuka)
Air masak & teh o panas 

Sekian, melaporkan... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 1, 2015

IFTAR 9 RAMADAN 2015

Balik kampung mertua yang sememangnya dirancang. Sebab mertua buat kenduri tahlil & berbuka puasa on 10 Romadhon. Balik awal sikitlah, bermalam & esoknya, boleh tolong2 apa yang patut. Menantu isi sorga... gitu..! Ha3...

Sempatlah singgah PARAM, beli popia goreng & kuih buah melaka. 

Main course untuk iftar (homemade) adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ikan goreng
Air asam
Sambal udang petai
Sawi goreng

Bbrrppp...!!! Kenyang. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, September 6, 2014

2 + 3 SYAWAL

#throwback

Baliklah pulak ke rumah mertua... lepas beraya sakan dengan family aku. Diorang plan nak beraya ke rumah Tok Uda kat area2 menghala ke Sabak Bernam nun..! Apa ntah nama tempat dia. Aku selalu konpius antara Sabak Bernam, Sungai Besar & Kuala Selangor. Tak boleh nak detect dengan pantas! Buta jalan ya hamat! Hu3...

Hujan renyai2. Mengantuk pulak mata nih. Isk3...

Kemudian, beraya pulak ke rumah nenek Yana. Kebetulan, parents Yana balik beraya kat situ. So, dah alang2, kami terjah je lah. Katanya... Mak Yana dah siap masak nasik untuk lunch. Owh... memang thorrbahek sangat tuh! Hujan + mendung kan... perut memang semedang je berkeroncong. He3...

Kami sampai lewat sikit. Eh, lewat banyak kot..! Pukul 3 ++ petang baru nampak batang hidung. So, dikategorikan sebagai late lunchlah. Hmmm... takpe... aci jerrr... ;)

Nasik putih + kari ayam + ikan goreng + telur dadar = perrgghhh..!!! Riang-ria betul perut nih. Kalau buat ultrasound, kompom nampak dia sedang menari2 zapin. Ha3...

Sebelum balik, sempat singgah rumah sedara belah Abah. Pangkat Tok jugak kot sebab Abah panggil as 'pakcik'. Dijamu dengan mee goreng & bubur jagung adalah sangat best! Rasa macam nak mintak tapau je mee goreng tuh. Tapi, maluuuuuuuu.........!!! Behave itu penting bila bersama family mertua, ye! ;P

3 destinasi je untuk 2 Syawal. Ok la tuh kan...

Esoknya pun kami beraya lagik. Start belah petang. Destinasi pertama adalah rumah Mak Kerol kat Kampung Gajah. Wajib carik daging dendeng Mak Kerol sebab best. Lepas tu, jumpa pulak dengan cookies yang thorrbahekkk..! Bulat discover dulu. Lepas tu, kami 'berjemaah' meratah cookies tu. Krup krap... krup krap... sesado! He3...

Kemudian, ke rumah Nenek Siai kat Kampung Bahagia. Nenek Siai = nenek sedara belah My MIL. Belum sempat tuan rumah pelawa apa2, My MIL, My 'Jebat' & adik2 ipar dah berusaha dengan gigih kait buah rambutan kat laman rumah Nenek Siai. Aku sekadar 'rakan subahat'. Tukang tala mulut je. Ha3...

Sodap, owh..! Lekang & tak berair. Feeling habis! ;D

Last pit stop adalah rumah Angah Ali. Then, baru balik rumah.

~ 'Abang Pengakap' dengan 'Kakak Renjer Puteri' baru balik beraya. Penat & nak berehat. Hiks...

Hokaylah! 2 + 3 Syawal dah selesai. Sekian dulu...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 7, 2014

BIG GIRL... ARRISYA

Kesah ni, bukan setakat sebelum raya tau! Tapi, sebelum Romadhon lagik! Hah, nampak tak tempoh pemeramannya di situ? Ha3... Hadoih!

Awa WhatsApp, nak celebrate birthday Arrisya katanya. We ols ditugaskan untuk memeriahkan majlis je... See! Betapa 'V.V.I.P-nya' we ols nih..! Ha3...

Konsepnya adalah bbq bersama keluarga. Kompomlah buat kat rumah mertua. Majlis bermula selepas Asar.

Masa aku & My 'Jebat' sampai, preparation dah 60 % siap kot. Tinggal buat proses marinate, bancuh air, buat air asam & susun2 meja-kerusi. So, aku amik task marinate & cucuk sotong tu dengan lidi sate. Senang nak bakar kang. Tipsnya, lidi sate perlu direndam dalam air sekejap sebelum operasi mencucuk sotong supaya lidi tu tak ikut sama terbakar nanti.

~ Dah siap. Mari berposing dengan kek dulu. Heh3...

~ Antara jemputan selain family members adalah geng surau Abah.

~ Ini acara wajib merangkap penyeri blog. Ha3...

~ Birthday girl belajar potong kek. Errr... tapi, macam mama dia pulak yang over excited..! Ha3...

~ Mencelah. ;P

~ Mencelah lagik. Ko mampu nak 'behave' begini di rumah mertua..? Ah kak mampu..! Mujurlah mertua I memahami... So far, tak pernah lagik dapat 'renungan makrifat'. Ha3...

Aku banyak makan sate cicah air asam. Bunyik macam pelik & rare. Tapi, lepas try secucuk, macam best pulak rasanya. Terus addicted! He3...

Ayam, sotong & udang bbq, aku cuit sikit2 je. Ikan memang kompomlah aku tak usik. Serahkan seikhlas hati kepada si penggemarnya. 

Happy birthday, Arrisya. Awak dah 'big girl' tau! ;) Semoga jadik anak yang baik, solehah & kiut macam Mak Anjang. Awwsss..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Monday, June 30, 2014

IFTAR 1 RAMADAN... 2014

My 'Jebat' dah cop untuk berbuka kat rumah parents dia. I is ok jerrr... ;)

Meriah sebab ramai yang balik. We ols sampai pukul 5 petang. Maklumlah... rumah 'paling jauh'... Hiks...

Kaum Adam ada yang melepek kat ruang tamu,ada yang melayan anak & ada jugak yang melepek kat dalam bilik. Kak Ti dengan my MIL tengah masak. Tapi, dah hujung2 masak. Maksudnya, dah nak siap. Owh... kojo sonang.! Ha3... Nampak tak menantu hantunya di situ..? ;P

Tapi, pandai2lah cover line... Jenguk2 & tanya, kot2 ada apa2 yang boleh ditolong. My MIL mintak tolong kupaskan timun tanggal, potong dadu,lepas tu, sira dengan santan yang dibancuh dengan gula & sedikit garam. Abah teringin katanya...

Eh, you ols kenal tak timun tanggal yang mana 1? Actually, ah kak pun baru kenal. My MIL ada tanam.Dah berbuah & besar2 pulak tuh!

~ Rupa paras timun tanggal, untuk sesiapa yang tak berapa kenal / baru nak kenal lah. Ada jugak yang panggil as timun betik. Errr... timun ke... betik ke...? Erkkk! ;P

*Credit to: cendanakasih

Itu desertnya untuk sesiapa yang reti makanlah.

~ Ini pulak adalah menu utama. Meriah bukan..? ;)

Macam tak terasa, dah 'selesai' 1 Ramadan... ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, June 20, 2014

RAKAN SUBAHAT

Menyakat anak orang memang hobby thorrbahekkk..! Extra thorrbahekk.. bila anak orang tu tak melawan & tak menjerit menangis. Cool. Redha je. Tengok muka dia yang comel tengah confuse, makin bahagia to the max habaq hang! He3...

Mangsa terpilih kali ni adalah Arrisya. Elok2 budak kecik tu diam, sedang bergolek2 di bawah buaian dia, datanglah My 'Jebat' menyakat. Kalau tak silap, Bulat pun join the club. Club kaki menyakat. Isk3...

~ Tudung My MIL 'mangsa' ke-2. See! Arrisya blur kan? He3...

Konpius kot tengok Pak Anjang & Pak Su yang dok gigih agah2, lepas tu, amik2 gambar, lepas tu, gelak2. Apakah..?! Kesian Arrisya... Mahapkan Mak Anjang yang tak mampu nak berbuat apa2. Sebab Mak Anjang pun bersekongkol! Rakan subahat. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 14, 2014

SENJA NAN MERAH...

Macam lagu duet Awie dengan Ziana Zainlah! Eh, bukan 'macam'! Memang tajuk lagu diorang pun. Sekali diorang tarik high note, perrgghhh... meremang bulu tengkuk! He3...

Tapi, ini bukan cerita nak berkaroks ke... atau nak masuk audition Ceria Popstar, nyanyi lagu Senja Nan Merah ke kan... Ha3... tetiba sangat..! ;P Ini kessahnya aku, My 'Jebat' & adik2 ipar yang bersantai2 petang kat rumah mertua.

Cuaca sekarang kan panas membahang. Dah mandi secara spa berdondang sayang lewat2 petang pun still terasa panas. Takkan nak mandi malam pulak. Takmolah! Tak elok kalau dah jadik habit. Pasang kipas dengan halaju maksimum pun cannot do. Makanya, try la carik angin yang natural kat luar. Hu3...

Sorang2 mula ke luar... amik angin petang. Lama2 dah jadik berorang2. Dari seronok dah boleh beronok2! Ha3...

~ Beginilah cara kami beronok2 tuh. Selfie..! ;P

~ Tetiba Mon muncul! Baru lepas tolong Abah angkut2 tanah. Menantu yang bagus. Ikhlas ah kak puji. Eceh! He3... & terus dia pose cenggini. Ha3... Kamu sememangnya lawak, Mon! Menantu yang bagus ke menantu yang lawak. ;P

~ The Jelitas... Awwsss..!!! Ahaks...

~ Ini la maksudnya dengan 'Senja Nan Merah' tu. Amazing kan? Berebut2 nak amik gambar.

~ Macam2 ragam.

'Bersidang' sampai nak dekat Maghrib. My MIL pun dah hambat itik2 peliharaan masuk reban. Sebelum dia hambat we ols pulak, better pandai2 masuk rumah siap2. Kang tak pasal2, 'Anak2 Menantu Dihambat Mak Mertua Masuk Rumah, Suruh Semayang Maghrib' jadik headline surat khabar. Hot story tuh! Pastinya surat khabar tersebut akan jadik 'terlajak laris'..! He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google