SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IMSAK 2012. Show all posts
Showing posts with label IMSAK 2012. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

IMSAK 16 RAMADAN... 2012

Berbuka di rumah kakak, makanya bersahur pun di rumah kakaklah. Takkan di rumah cikguRokiahjualrotiJohn pulak kan. He3...

Merapu meraban je tuan tanah kedaung ni tau! Mencik! ;P

~ Aku bangun bila makanan dah terhidang di atas meja. Anak manjas kata ko! Ahaks3...

Masa berbuka, selain KFC kakak ada masak sup ayam. So, time sahur tu direheat balik buat lauk. KFC pun belasah jugak. Tambah nasik goreng ngan telur dadar je.

~ Kak Yong demam. Kak Aneem bagi makan ubat. Comel je Kak Yong duduk terlepek macam tu. ;)

Dalam pukul 11 pagi, kami dah gerak balik. Tapi, tak balik terus pun sebab nak shopping kat Tesco Kajang dulu. Abang belikan mak jubah. Kaler ijo lite2, ada manik2. Santek wooo..! Nanti raya kalau mak aku pakai, aku jaja kat sini, ek! ;P

Aku pulak shopping seluar slack. Kaler lite brown. After less jadik RM 29.90 je. Murah kot! Lepas tu, aku beli brooch. Mak beli blouse ngan slack.

Dari Tesco Kajang, kami singgah Masjid Shah Alam. Kebetulan kat situ pun ada booth2 jual macam2. Shopping lagik! He3... Aku belikan mak tudung kaler ijo yang nak disuaipadankan dengan jubah ijo yang abang belikan tuh. Wah! Vogue da vass mak raya nih! Kalah anak2 menantu. Ha3...

Ada jugak kami shopping kurma, kismis & kekacang. Macam little Mekah pulak. ;)

Last sekali, kami singgah Alam Sentral ngan Kompleks PKNS. Aku nak carik tudung. Tapi, sampai lenguh2 kaki menapak, 1 apa pun tak beli! Dapat rembat kek lapis Sarawak je. Hu3...

Ada kaler yang aku nak, kualiti jahitan macam hampeh la pulak! Harga cekik darah! Tak berbaloi. Ada yang memang cantek giler, tudung sulam chiffon silk, lepas bargain dapat 56 hengget, tapi pendek sangat. Tak cover mende yang sepatutnya dicover. Saiz lain takde pulak tuh! Aku dah berangan2 dah nak melaram tudung tu masa balik rumah mertua. Dah takde saiz, terpaksa cancel berangan. Sentap! Tsk3...

Pulang dengan hati hampa siap menitiskan air mata lagik sebab tak dapat tudung raya idaman. Owh... pehhh---lisss... Hu3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 15 RAMADAN... 2012

Ingat nak tapau je leftover lauk dari rumah mertua. Tapi, tak boleh sebab takde mende yang boleh ditapau dah. Semua pun sold out! Hu3...

Takpe la... kita belasah masak apa yang ada dalam fridge tu je.

Aku goreng ikan bilis, angkat & toskan.

Tumis bawang besar sebijik, campak cili padi dalam 7 bijik, then pecahkan telur. Dah keras sikit, aku hancus2kan.

Lepas tu, bubuh balik ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau2 kejap, letak kicap sikit & hidangkan. 

Makan dengan nasik panas2. Owh... terbaekkk... wok..! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 15, 2012

IMSAK 14 RAMADAN... 2012

Dah mula liat nak bangun sahur. Mak buat wake up call sampai 2 kali, noks..! Hu3...

Pukul 5.10 pagi baru nak mengeliat. Rasa macam nak tongkat kelopak mata dengan batang mancis pulak. Adeh3...

Sudahnya... panaskan nasik, goreng telur mata kerbau & ikan masin. Makan dengan cili padi sikit. 

Simple giler tapi, sodap apa..?!! ;P


:: Like3, ek! ::



IMSAK 13 RAMADAN... 2012

Semalamnya, berbuka kat luar. Lepas tu, semayang tarawikh ramai2 dengan mak, abang & family kat Masjid Teluk Intan. Sebelum balik, singgah minum2 dulu kat Aroma Keladi. 

Balik rumah, mata pun dah mengantuk. Tak larat nak prepare apa2 untuk sahur. Nasib baik jugak mak ada tapau lauk kenduri surau. Ada dalca, papadom ngan ayam masak merah kot. Reheat2 semua tu je lah.

Janji sahur kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 14, 2012

IMSAK 12 RAMADAN... 2012

Mak tido kat rumah aku. Seperti biasa, mak memang bangun awal untuk sahur. Aku pulak, seperti biasa, dah dekat2 pukul 5 pagi baru tercangak-bangak kat dapur. Terkebil2 mata tengok mak masak. Adeh3...

Ada leftover kobis masak lemak. Tapi, mak kata mak tak lalu nak telan mende2 yang berkuah time sahur. So, mak gigih masak ayam goreng tumis cili padi. 

Aku suka je... Apa mak masak, memang aku telan! Laju2 pulak tuh! Hilang ngantuk. He3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 11 RAMADAN... 2012

Hmmm... rasanya, aku masak sambal sardin kot. Lupa pulak! He3...

Nampak sangat terlalu jauh updatenya tuh. Hu3...

Gigih jugak nak mengabadikan dalam diarimayaungu nih. Achaner tuh? ;P

Sambal sardin makan dengan nasik panas2. Kira orait jugaklah! Tak dapat nak reheat lauk berbuka sebab sold out. 

Sekian...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 10 RAMADAN... 2012

Bermalam kat rumah mak, makanya sahur pun kat rumah maklah. My 'sayang' kejut pukul 4.50 pagi. Terkulat2 aku bangun. Aku tengok mak dah siap2 bersilat kat dapur. Memang bertuah punya anak la kan... 

Sekeh kepala sendirik lapanplohkali! Adeh3...

Lauk-pauk ada yang mak reheat lauk berbuka & ada jugak yang mak masak. Mak masak sayur ngan goreng ikan masin kot. Teh O panas pulak memang wajib ada. 

Mak memang camtu. Kalau bersahur, mak prefer minum air panas. Tak semustinya teh O la... Kadang2 mak bancuh sirap panas, teh halia ke... begitu... Penambah selera katanya...

Tau2 je la kan... kalau time sahur ni memang susah betul nak menyumbat nasik masuk dalam mulut. Cer time siang2 hari puasa, mau terkenang2 nasik yang tak berapa nak disumbat tuh. Hu3...

Mak kata, kalau ada air panas macam teh O, terbukak sikit la selera. Makan bersulam air pun ye gak. 

Kalau sahur kat rumah sendirik pun aku praktikkan. Tapi, tugas2 bancuh air teh O panas tu aku serahkan secara rasmi kat my 'sayang'. Aku panaskan nasik ngan reheat2/masak2 lauk. Suami isteri bekerjasama kata ko! 

Cewwah! ;D


:: Like3, ek! ::





Wednesday, August 8, 2012

IMSAK 9 RAMADAN... 2012

My MIL terlewat bangun dari biasa. Selalu bangun pukul 4.30 pagi. Tetiba terlajak ke pukul 5 pagi pulak. 

Memang la nampak macam takde la lewat mana pun... Tapi, bagi my MIL dah kira lewat la sebab nak reheat2 lauk-pauk segala bagai... nak hidang2... nak kejutkan anak2 menantu2 bangun sahur lagik... 

Kebetulan, aku terjaga awal la jugak kiranya kan... Tu pun sebab mak buat wake up call jugak. Thank you, mak! He3...

So, my MIL tugaskan aku untuk kejutkan yang lain2. Owh... bisa diatur, bebeh! ;P

Kalau tak, sebelum2 ni memang muka aku je la antara yang last bangun. Tau2 diorang dah hidang2. Owh... malu..! Menantu apakah..??! ;P

Menu bersahur lebih kurang sama dengan menu berbuka. Tak payah nak membazir. Cuma tambah telur dadar je sebagai pembuka selera. 

& aku ngan my 'sayang' makan 2 pinggan nasik!

Ooppsss!!! Heh3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 8 RAMADAN... 2012

Hye, you ols..! Long time no see kan? ;P

Almaklum la... tuan tanah kedaung sibuk sesado! Sibuk dengan kerja... sibuk menjahit manik baju raya... sibuk menyopping raya jugak. He3...

Ni pun, baru nak update 8 Ramadan punya menu bersahur. Adeh3...

Goreng telur dadar je. Lauk lain semua belasah leftover masa berbuka. Nasi putih + ikan goreng + telur dadar. 

Ok la tu kan? ;)


:: Like3, ek! ::


Thursday, August 2, 2012

IMSAK 7 RAMADAN... 2012

Teringin nak makan sardin. Geledah2 tempat simpan stok, tengok2 ada 2 tin sardin. Canteklah..! ;D

Terus tersenyum girang... Siap bernyanyi2 lagu Yuna lagik! Ahaks3...

Over ko, noks! ;P

Sap2 soi je dah siap dah masak sardin. Takde pakai cili kisar pun sebab nak makan yang original. Just hiris2 bawang besor sejibik & bawang putih sikit. Bubuh cili padi 4-5 bijik, nak kasik pedas sikit. Kalau tak pedas nanti my 'sayang' gerenti selongkar fridge carik cili padi buat ulam. He3...

Semenjak kami kahwin, pak inchik tu dah terror makan pedas tau! Kalau dulu, masa zaman2 bercinta & di alam pertunangan, makan pedas sikit dah bersulam air. Sedeh!

Sekarang tidak lagi... No pedas, no makan! Ececeh..! Hiks...

Masa masak sardin tu, aku pecahkan 2 bijik telur ayam. Biar dia keras sikit then, terbalik2kan. Makan dengan nasik panas2. Perrgghhh..! Menjilat jari-jemari, noks! ;P

Tak tau dah nak kasik nama resepi apa. Errr... Sardin Telur aci tak? Ha3...


:: Like3, ek! :: 

Tuesday, July 31, 2012

IMSAK 6 RAMADAN... 2012

Kerja mereheat2 lauk-pauh leftover berbuka diteruskan lagik... Lepas tu, goreng telur mata kerbau. 

Dah siap! Dah boleh baca doa makan & ngap! ;D

Nasik putih + ayam masak kicap berempah (leftover) + gulai daging (leftover) + telur mata kerbau. Alhamdulillah...

Terima kasih Tuhan di atas rezeki-Mu... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 28, 2012

IMSAK 5 RAMADAN... 2012

Pening sebab tak tau nak masak apa dah untuk bersahur. Tanya my 'sayang', dia kata nasik putih ngan telur mata kerbau pun aci. Hmmm... aku pulak yang tak sanggup asik lauk telur je kan... Hu3...

Waktu2 genting takde idea macam ni, Pakcik Google memang diperlukan! Jumpa resepi kat blog tiffinbiru nih. Dia buat ikan tenggiri black pepper. Tapi, aku tak tiru bulat2 la... Sebab nak ikut kesesuaian & keavailable-an stok dalam fridge kesayangan aku tuh.

~ Ikan tenggiri tukar jadik ikan tauhu black pepper. Kira aci je lah. Janji boleh ngap!

Nasik putih makan dengan ikan tauhu black pepper. Mantap what..?! He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, July 27, 2012

IMSAK 4 RAMADAN... 2012

Bajet nak masak sambal telur pecah. Tapi, cancel! Sebab tak sempat nak blend2 cili bagai... So, tukar menu lain yang tak kurang hebaknya! Cewwahhh..! ;P

Terjumpa kobis dalam fridge. Capai gunting & terus gunting laju2 daun kobis tuh. Tak habis sebijik pun sebab nak pakai sikit je...

Panaskan minyak. Goreng telur mata kerbau dulu. Pejam-celik, pejam-celik, dah siap! ;P

Dengan menggunakan kuali yang sama... ececehhh... macam chef kat tv pulak kekdahnya... Ha3...

~ Alaaa... aku buat nasik goreng biasa berkobis + telur mata kerbau ni je haaa... 

Kira hebak la jugak tu kan? Heh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 26, 2012

IMSAK 3 RAMADAN... 2012

Malas nak masak seperti biasa. Balik dari rumah mak pun dah lewat. Mak tapaukan je leftover lauk-pauk masa berbuka tuh.

Bangun subuh tu terus panaskan nasik. Eh, nasik pun tapau nasik mak jugak tau! Bertuah punya anak kan? He3...

Nasik putih + ikan tauhu masak pedas + ayam halia. Cukup la untuk kami berdua bersahur. ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 24, 2012

IMSAK 2 RAMADAN... 2012

My 'sayang' ada beli stok ikan. Disebabkan still dalam mood rajin memasak makanya, aku masak salah 1 spesis ikan tu untuk lauk sahur.

My 'sayang' beli 3 jenis ikan. Ikan tauhu, senangin & merah. Rasa macam nak masak ikan senangin je. Bangun pukul 4.50 pagi untuk masak lauk sahur. Takmo masak belah malam lepas tu, reheat sebab konon2 tak fresh la kan... Cewwah..! Mentang2 la tengah ada hormon rajin. ;P

My 'sayang' turun padang sekali, tolong cuci ikan. Segala rempah-ratus semua aku dah prepare siap2 belah malam. Tinggal goreng ikan & menumis je. ;D

~ Sambal kicap ikan senangin, siap!!! ;)

~ Lauk tambahan yang membuka selera adalah telur dadar. Makan dengan nasik putih panas2. Perrgghhh!!!

Terima kasih mak sebab buat wake up call. Sayangggggg... mak laju2lah! Ececehhh..! ;P


:: Like3, ek! ::



IMSAK 1 RAMADAN... 2012

Nak bubuh tajuk 'SAHUR 1 RAMADAN' macam klise sangat pulak. Tu yang bubuh 'IMSAK 1 RAMADAN' tuh. Bajet vogue la kiranya... He3...

Semangat puasa tu membara2 lagik bila tang awal2 puasa nih. So, time bersahur aku rajin jugak la memasak. Yang simple2 je.

Ringkas, mudah, cepat! Itu la konsepnya. ;P

~ Nasik goreng biasa dengan telur mata kerbau. Sap2 soi je dah siap!

Makan sorang sepinggan setengah. Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... kenyang... ;)

Bersahur ni makan yang simple2 je... Baru la berselera sikit. Lepas tu, minum air masak banyak2. Sebab air kan penting untuk orang yang berpuasa. Kalau tak nanti kita berisiko untuk mengalami masalah dehidrasi.

Sharing is caring... So, jangan lupa minum banyak air masak time sahur ye, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google