SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH NENEK. Show all posts
Showing posts with label RUMAH NENEK. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

SEPINGGAN PULUT KUNING & SEHELAI TISU

Ini memang dirancang. Bukan spontan tau!

BBQ raya nama projek dia. Walaupun berlengas tapi, memang best! Sama2 prepare bahan2 yang nak dibbqkan... sama2 membakar sambil berpeluh2... & sama2 makan. Badan bau asap pun... apa ada hal?! Terbahek dari ladang! ;)

Ada 2 plan, sebenornya. 1st yang bbq tu lah. 2nd pulak adalah nak mengcelebrate birthday Kakak & Abang. Surprise2..! 

Dah siap2 bahagi tugas. Aku sebagai planner. Mak sebagai pembuat pulut kuning. Kak Aneem pulak sebagai pengdekorasi & orang yang bertanggungjawab di sebalik plating pulut kuning. 

Alhamdulillah... Menjadik jugak surprise kitorang. Hoyyeahhh..!

~ Birthday girl & boy nak potong pulut kuning. Happy birthday to both. ;)

~ Tak hagak2 lagik diorang nih berposing kan...

~ Kakak suap adik, adik suap kakak kata ko! ;P

~ Idea bernas daripada Kak Aneem. Pakai tisu... pun bolehhh... Hiks...

~ Celebrate kat rumah Nenek. Angkut semua mende alah yang dibbqkan tuh then, makan ramai2. Best & meriah!

~ Tumpang menebeng kat kerusi lepak Nenek. Tersandar je sebab perut dah ketat sangat! Macam belon udara panas. Adeh3...

~ Peminat fanatik udang nih.

~ My 'sayang' tu dah confuse la tuh! Perut dah jem! Ha3...

Lepas makan, sambung berborak. Aku jadik tukang dengor & gelak jerrr... Macam2 cerita keluar. Cerita kelakor, kesah zaman silam, cerita sedih, even cerita seram pun hado jugak. Ngeeeeeeeeeee........

Bersilih-ganti. Akhirnya membawak ke pukul 2 pagi kot..! 

Dasat tak? He3...

Hmmm... sepinggan pulut kuning + sehelai tisu = surprise di raya ke-2. Sweet! ;)

p/s: Happy birthday jugak untuk Abang Mie yang sambut birthday semalam. ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, August 26, 2013

RONA2 RAYA

Tak tau nak bubuh tajuk apa. Tetiba teringat kat 1 rancangan raya kat Astro, nama rancangan tu Rona2 Raya. Hosted by Didie Alias & Ajak (Shiro). Terus copycat! Heh3...

Elok2 photoshoot raya selesai, terus laju2 terjah rumah Nenek. Nak beraya dengan Nenek, Uda, Uteh & Pak Su. 

~ Comel tak Nenek we ols? Hiks...

~ Mintak ampun, Nenek. Selamat Hari Raya. ;)

~ Abang memang poyo! Ha3...

Actually, asal ada flash camera je, Nenek akan melatah tak hengat! Cucu2 pulak kejam! Lagik Nenek melatah, lagik la diusik. Haish!

Tapi, serius kelakor... tengok Nenek melatah. Pecah perut gelak dibuatnya. Ha3...

~ Teruskan beraya ke rumah Mak Yang.

Mak Yang masak laksa hari tu. Sodap! 

~ Candid tapi, comel!

Rumah Nenek ngan rumah Mak Yang ni dekat je ngan rumah Mak. 1 laman jerrr... Maknanya, ni kategori beraya dekat2 la... Lepas tu, baru ke kategori seterusnya iaitu beraya jauh2 sikit. Terjah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai.

Aku lupalah nama kakak tu apa. Tapi, best wooo..! Macam2 makanan hado..! Kakak cakap memang dah jadik tradisi diorang sefamily untuk jamu tetamu dengan macam2 makanan time raya. Masa kitorang datang tu, ada soto, ABC & bla3... Soto dia terbahek dari ladang..! ;)

Tak payah nak segan2 sebab self-service. Kalau segan, baik toksah beraya. Dok je diam2 kat rumah sambil tengok tv. He3...

Rumah kedua & terakhir untuk hari tu adalah rumah mertua aku. Mak melawat besan kekdahnya... ;P

Tak boleh nak beraya lama2 sangat sebab belah petang family my 'sayang' pulak nak datang beraya ke rumah Mak. Adik2 ipar request bihun sup Mak sebab marvellous kot katanya... Heh3...

~ Acara lepas makan. Heh3...

~ '1 Malaysia' katanya... Motip..??! ;P

Kesian Udda sebab dah 2 tahun tak dapat sama2 rasa bihun sup Mak. Dia yang mengidam lebih, actually. Tapi, tak dapat join sebab asal family mertua beraya ke rumah Mak je, musti clash dengan jadual balik kampung mertua dia kat Kampung Gajah. Disebabkan tu jugaklah Mak tapaukan bihun sup untuk dia. Holloh3...

Family mertua Abang pun datang beraya jugak hari tu. Membawak ke malam jugaklah tetamu yang datang ke rumah Mak. 

Hmmm... meriah jugak rona2 raya ke-2 ni... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, April 14, 2013

AKAD NIKAH ANGAH-WAN

Angah ni cousin aku. Anak Mak Yang & Pak Yang yang nombor 2. Tarikh nikah samadengan 29 Mac 2013, belah malam, kat masjid. 

~ Tema nikah adalah coklat.

~ Jadik aku pun pakai ala2 coklat gitu..! Coklat tak? Coklat tak? He3...

~ Manjas2 dengan pengantin sebab nanti dah susah nak manjas2 dah. Dah ada cik abang kan... Musti la cik abang pulak yang nak manjas2. Ahaks3...

~ Aku suka gambar ni sebab pose yang pelbagai.

~ Angah & Along. Along tak kahwin lagik. Tahun depan kot. Dalam perancangan... In shaa Allah...

~ Alhamdulillah... sekali lafaz je, Angah sah jadik isteri Wan.

~ Coklat sangattt... kan... ;P


~ Menggediks dengan Along.

~ Batal air semayang... 

~ Dah dapat cincin, tak reti2 nak salam suami? ;P

~ Asal batal air semayang je, dapat cincin gelang bagai... Syiok kan? Nak batal air semayang hari2 aci tak? Ha3... Larikksss..!!!

Lepas majlis akad nikah kat masjid, ada marhaban pulak kat rumah Nenek. 

~ A_bern poyo..!!!

~ Marhaban untuk cucu2 Nenek yang dah pandai lari2. He3...

~ Jiha...

~ Ica...

~ My 'sayang' termenung sebab confuse dok pikir permintaan bini dia yang mintak didukung untuk dimarhabankan jugak. Ha3... Melampau sangat kot..!

~ Aku jumpa 'Ustaz & Ustajah'. Nak sainnn...!!! He3...

Lepas marhaban, ada jamuan makan sikit. Sodap pulak ayam masak kicap yang Mak Yang masak. Sampai 2 kali aku tambah nasik, hokay! 

Terpaksa abaikan Misi Tiz@Nelydia Look Alike. Terpaksa, hokay! Terpaksa... Tsk3...

Sambil makan, sambil gelak2. Gelakkan Mak ngan mokcik2 & pokcik2 aku yang bercerita pasal zaman kecik2 diorang. Sampai tak sedar tangan dok suap ayam masak kicap tak berenti2. Hadoi!

Sila salahkan ayam masak kicap tersebut, ye! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 4, 2012

1 SYAWAL 2012... EPISOD: SURPRISE UNTUK UDA & UTEH

Jenuh la mencarik bahan2 yang nak dibbqkan kat TF tapi, nan ado..! Ye la... dah petang kan... Nak ke pasar memang confirm la takde apa2 dah. Redha je terjah TF nih.

Abang beli udang. Aku plan nak beli ayam, sotong ngan ikan. Tapi, semuanya cam tak semenggah je rupa dia. Sotong tu dah tahap lunyai dah aku tengok. Ayam dah lebam. Ikan pun sama. Dari menyesal masa makan kang baik la toksah beli terus.

Aku beli bahan marinate je. Lepas tu, try terjah Bintang, mana la tau kot2 ada bahan2 mentah yang aku nak tuh. Hmmm... hampa kecewa jugak kot sebab Bintang tutup. Mat Frozen pun tutup jugak. Raya kan...

Berpusing2 kitorang mencarik mini mart. Ada la yang bukak tapi, bahan2nya nan ado..! Last2, balik je la dengan perasaan kecewa yang menebal. Sob3...

Nasib baik la abang ada beli daging burger ngan sosej. So, yang dibbqkan malam tu adalah udang, daging burger & sosej. Ok la tuh!

~ Tengah khusyuk aku membbq, tetiba rumah nenek riuh-rendah! Rupa2nya mak yang buat surprise birthday bash untuk uda & uteh. 

Semua berlari terjah rumah nenek. Nak memeriahkan acara kononnya... He3...

Blushing muka uda & uteh sebab tak expect kot. Part paling best masa potong keklah. Siap ada acara suap-menyuap lagik..! Uteh suap uda manja2. Tapi, uda suap uteh ganas woo... Ha3...

Gambar ada tapi, 'keadaan' tak mengizinkan. Paham2 je la, ek! ;)

Happy birthday to uda & uteh. Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Amin...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 29, 2012

AMBANG SYAWAL...

Baru nak kepohchi pasal cerita raya. He3... Almaklum la... busy mengattend jemputan open house..! ;P

Ramadan terakhir... hari paling sibuk! Awal2 aku dah amik cuti. Means, aku start bercuti dari hari Jumaat lagik. Pepagi dah bawak mak ke pasar. Sekali dengan my 'sayang' sebab kebetulan dia tak membusy hari tu. Pasal ayam tak perlu risau dah sebab bab tu abang aku bereskan.

Ramai betul manusia kat pasar! Penangan raya kata ko! Kaya la apek2 & nyonya2 yang meniaga kat pasar tuh.

Tujuan utama adalah nak beli buluh lemang, santan & pulut. Buluh lemang dapat 15 batang. Sebatang diorang jual RM 1.50. So, kos buluh lemang = RM 22.50. Santan pulak aku tak ingat mak aku beli berapa kilo. Beli santannya terus! Tak payah susah2 nak perah. Pulut beli 5 kilo. Mak aci agak2 je untuk 15 batang lemang. Lepas tu, Mak Yang tambah lagik 2 kilo.

Berlebih kot. Terus Andak buat ketupat palas. Tak membazir... He3...

~ Cara2 memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang. Khusyuk betul mak. He3...

~ Proses seterusnya, Andak masukkan pulut + santan ke dalam buluh lemang. Masukkan sikit2 lepas tu, hentak2kan buluh lemang ke lantai supaya ia padat. Wah! Macam dah expert nih! Boleh la jadik tauke lemang! Heh3...

Nampak je macam senang. Aci sumbat je masuk dalam buluh. Tapi, remeh jugak tau! Puasa pulak tu kan... Kesaboran tak berapa semenggah kot..! Hu3...

~ Bila masuk bab bakar-membakar, lagikla... ya ampon! Kena jaga api la... kejap2 kang kena pusing2kan lemang tuh... Makan jam wooo... nak masak!

~ Sampai ke waktu berbuka puasa pun lemang still berasap lagik. Cer imagine betapa lama nya tuh.

Otak2 tu ah kak yang bakar tau! Order kat Ros 50 keping. Popia otak2 pun aku order 50 ketul jugak. Saje je buat kudap2... ;)

Malam tu, semua dah berkumpul balik kampung. Makcik2 & pakcik2 aku pun semuanya dah ada kat kampung. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa, usik-mengusik... Best betul!

Syioknya ambang Syawal... Rasa macam, hari2 pun nak hari raya! Alaaa... macam lagu Ana Raffali tuh!

"Hari... hari... hari... raya!"

He3...

Setinggi mana kita berpijak, sejauh mana kita melangkah, keluarga tetap segala2nya kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #5: MUNGE2 CINTA...

~ Bunga kat laman rumah nenek. Dah lama tanam tapi, baru tahun ni dia nak berkembang. Misteri2... Heh!

Apa nama bunga ni, ek? Korang kenal tak?


:: Like3, ek! ::

Tuesday, February 7, 2012

KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): TIZ ZAQYAH ZAMAN SEKOLAH RENDAH???

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)

Selasa pertama ke hari ni, ek? Hmmm... jap2... nak tengok kalender jap. 7 Februari... hah! Betullah! Selasa pertama la nih. Bukan apa... kalau Selasa pertama kan ada Slot KMJ. So, ah kak tengah berkira2 nak jaja gambar KMJ la nih!

Check it out, bebeh! ;P

~ Amacam? Kiut tak ah kak? Ada iras2 Tiz Zaqyah masa sekolah rendah tak? Ahaks3...

Gambar kat atas ni lebih latest dari gambar Slot KMJ: Selepung Tepung Gomak nih. Masa ni dah terror dah bab2 touch up. Takde la pakai bedak batu sampai selepung macam tepung gomak lagik. Tatarias rambut pun dah konon2 vogue da vass kot... Ha3...

Lokasi kejadian kat rumah nenek. Sanggup tuh mengerah tenaga, susun bunga bonsai nenek ngan kerusi tuh semata2 nak berphotoshoot. Bila kakak kata nak buat photoshoot, terus cepat2 tukar baju. Baju kurung faveret di zaman itu... He3...

Well... kalau korang rasa ah kak kiut macam Tiz Zaqyah masa sekolah rendah, sila la like banyak2, ek? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Friday, January 6, 2012

PULUT KUNING UNTUK NENEK...

24 Disember 2011... kami semua celebrate birthday nenek. Idea asal adalah daripada mak & Andak. Plus, kebetulan Andak balik kampung hari tu.

Aku diarahkan untuk sponsor kek. Tapi, last minute ubah fikiran, tukarkan kek jadik pulut kuning. Nampak klasik sikit kot. Plus, sonang kojo den! Aci beli pulut dalam 2 kg then, pass kat Andak. Bab masak-memasak pulut kuning tambah2 pulak untuk majlis keraian macam nie, memang ah kak surrender angkat bendera putihlah. Hu3...

~ Tarat tat taraaa..!!! Pulut kuning yang dah siap didekorasikan by makcik2ku... Amacam? Kiut tak? He3...

~ Memula, gigih aku nak angkat pulut kuning tu ke tengah ruang, lepas tu kami ramai2 nyanyi la lagu, 'Allah selamatkan nenek... La3...' Tapi, nenek segan, owh..! Last2, potong pulut kuning kat ceruk2 jer. Hmmm... takpe la kan... Janji rock! He3...

~ Nenek potong untuk posing jer. Selebihnya, Mak Yang yang setelkan. ;P
~ Tetamu2 yang diundang... Terima kasih wahai tetamu2... ;)

~ Tujuh pun nak enterframe menebeng dengan nenek jugak...

~ Uteh yang malu2 tapi, mau..! Hiks...
~ Acik Biah, Acik Murni & Acik Husnah... semua nie geng bas sekolah nenek.

~ Kasik zoom sikitlah kat kaum Adam pulak. Asik kaum Hawa je yang enterframe kan...

~ Muka semua orang dah kena jaja. Tapi, muka tuan tanah kedaung tak sempat2 nak jaja lagik. Tak aci! Walaupun ah kak tau ah kak dah terlebih fames amos kat blogungukechentaan nih tapi, tetap jugak nak mengenterframe! ;P
~ Thumb up daripada Mak Lang... Senyuman yang comel! Holloh3...

~ Senget-benget! ;P

~ Baby Odah yang serabai... He3...

Happy memang la happy sebab dapat mengsurprisekan nenek. Tapi rasanya, lagik happy kalau mak ada sekali. Ye la... mak yang kasik idea kan... tapi, tetiba mak pulak nan ado..! 

Mak join rombongan ngan geng bas sekolah mak ke Kedah. Mak bertolak 22 Disember 2011 (malam), balik 24 Disember 2011 (malam jugak). Nak adjust tarikh celebration ke 25 Disember pun tak boleh sebab Andak balik KL hari tu. Nak tak nak, redah jer la... Hu3...


Apa pun, selamat hari lahir ke 71 untuk nenek... Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Amin... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google