SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BERBUKA PUASA. Show all posts
Showing posts with label BERBUKA PUASA. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

BILA DAH KENYANG KAN...

Pejam celik, pejam celik je kan... dah nak sampai ke bulan Ramadan... 

Hmmm... laju je pikiran melayang, dok terbayangkan pasar ramadan (PARAM). Syiok tengok suasana tu. Tu baru suasana. Belum lagik tang juadah2 yang dijual. Kat PARAM la boleh jumpa satar, karipap dengan inti yang macam2, bubur pulak toksah cerita la kan... memang variety habis! Macam2 nama, beraneka kaler. 

Memang boleh rambang mata dibuatnya! Nak2 pulak tengah lapor tu kan... Nafsu membeli membuak2 sungguh! 

Over kan pemikiran? Ganti puasa pun tak habis lagik, dah gediks nak bayang2kan PARAM bagai... Meh nak sekeh kepala lutut sendirik, meh! Hu3...

Baru2 ni, ah kak berjaya ganti puasa. Wah, seperti ada nada riak pulak di situ kan... Ha3...

Bila dah petang2 sikit nak membawak ke pukul 7 malam tu, mula la dok reka2 nak berbuka apa la kan... Biasa la tuh. Tekak hari tu bajet ngengada lebih, nak makan makanan Arab alkesahnya... Heh3...

~ My 'sayang' yang gorgeous. ;) Pujian harus berbakul, hokay..! ;P

~ Sudu tu props je. Takde kena-mengena dengan ini cerita.

~ Tak lain tak bukan, we ols ke Asiatica lah.

~ Lemonade.

~ Asiatica Shawarma. Makan mende alah ni pun sebenornya dah kenyang, hokay! Sebab dia ada 4 keping roti pita berintikan minced chicken + sos dihidangkan bersama fries. 

Tapi, ah kak kan tamak... Mana mungkin makan itu je kan... Puasa2 macam ni, musti nak carik nasik. ;P

~ Terbayang Dajaj Khaari (Chicken) yang aku order masa farewell Encik Sukeri dulu. So, aku re-order.

~ My 'sayang' makan Dajaj Khaari (Lamb). 

~ Desertnya pulak adalah Moist Choco Cake, bentuk hati. Siap ada strawberry ditempek kat atas whipped cream lagik..! Kiut sangat..! Yang penting, FREE, noks! Owh... heaven... ;)

Memang gendang-gendut tali kecapi sangat we ols malam tu. Nak bangun keluar dari Asiatica pun ya ampon... punya malas! Ha3... 

Buruk betul perangai bila dah kenyang. ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 29, 2012

AMBANG SYAWAL...

Baru nak kepohchi pasal cerita raya. He3... Almaklum la... busy mengattend jemputan open house..! ;P

Ramadan terakhir... hari paling sibuk! Awal2 aku dah amik cuti. Means, aku start bercuti dari hari Jumaat lagik. Pepagi dah bawak mak ke pasar. Sekali dengan my 'sayang' sebab kebetulan dia tak membusy hari tu. Pasal ayam tak perlu risau dah sebab bab tu abang aku bereskan.

Ramai betul manusia kat pasar! Penangan raya kata ko! Kaya la apek2 & nyonya2 yang meniaga kat pasar tuh.

Tujuan utama adalah nak beli buluh lemang, santan & pulut. Buluh lemang dapat 15 batang. Sebatang diorang jual RM 1.50. So, kos buluh lemang = RM 22.50. Santan pulak aku tak ingat mak aku beli berapa kilo. Beli santannya terus! Tak payah susah2 nak perah. Pulut beli 5 kilo. Mak aci agak2 je untuk 15 batang lemang. Lepas tu, Mak Yang tambah lagik 2 kilo.

Berlebih kot. Terus Andak buat ketupat palas. Tak membazir... He3...

~ Cara2 memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang. Khusyuk betul mak. He3...

~ Proses seterusnya, Andak masukkan pulut + santan ke dalam buluh lemang. Masukkan sikit2 lepas tu, hentak2kan buluh lemang ke lantai supaya ia padat. Wah! Macam dah expert nih! Boleh la jadik tauke lemang! Heh3...

Nampak je macam senang. Aci sumbat je masuk dalam buluh. Tapi, remeh jugak tau! Puasa pulak tu kan... Kesaboran tak berapa semenggah kot..! Hu3...

~ Bila masuk bab bakar-membakar, lagikla... ya ampon! Kena jaga api la... kejap2 kang kena pusing2kan lemang tuh... Makan jam wooo... nak masak!

~ Sampai ke waktu berbuka puasa pun lemang still berasap lagik. Cer imagine betapa lama nya tuh.

Otak2 tu ah kak yang bakar tau! Order kat Ros 50 keping. Popia otak2 pun aku order 50 ketul jugak. Saje je buat kudap2... ;)

Malam tu, semua dah berkumpul balik kampung. Makcik2 & pakcik2 aku pun semuanya dah ada kat kampung. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa, usik-mengusik... Best betul!

Syioknya ambang Syawal... Rasa macam, hari2 pun nak hari raya! Alaaa... macam lagu Ana Raffali tuh!

"Hari... hari... hari... raya!"

He3...

Setinggi mana kita berpijak, sejauh mana kita melangkah, keluarga tetap segala2nya kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 3, 2012

JUADAH BERBUKA TUNJUK2

Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan? Macam sekejap betul masa berlalu. Aku rasa la kan, sekarang ni masa bukannya berjalan dah... tapi, berlari kot! Sebab laju & cepat sangat! Tak terkejor!

Fuh!

Biasa la kan... dah nak dekat masuk bulan Ramadhan, baru la terhegeh2 nak mengganti puasa! Eh, aku tak kata korang tau! Aku tau la korang semua hebat2 belaka. Raya tahun lepas pun terus puasa 6 kan... Awal2 dah siap2 ganti puasa. Tabik springlah!

Tak seperti aku yang suka aci last minute nih. Hu3... Siap boleh lupa berapa hari tinggal puasa! Sekeh kepala sendirik! Adeh3...

~ Menu berbuka puasa ganti. Ada nasik tomato + ayam masak merah.

~ Cucur udang, kuih-muih & murtabak pun join sekali.

~ Sate pun. 

Tengok presentation pun dah tau dah yang aku tapau semuanya. Tak kose nak masak! ;P

Juadah berbuka aci tunjuk2 macam ni memang mudah & kojo sonang kata ko! Sediakan duit je, lepas tu ko tunjuk2lah apa yang ko teringin. Tetiba, terus terbayang pasar Ramadhan. Rasa tak sabor pulak nak puasa.

Ececehhh..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, August 22, 2011

'M BESAR'..???

Petang nie, aku ada date dengan my 'sayang'. Atau dalam bahasa saintifiknya, kitorang nak dating petang kang! Merangkap berbuka puasa gitu..! Yahooo..!!!

~ Kitorang nak dating + berbuka puasa kat 'M Besar' (Mcdonalds lah! He3...). Jom! Jumpa di sana3..!!! La3...

Errr... korang nampak tak apa yang bakal menjadik santapan kitorang tuh? Nampak tak? Nampak tak? (sambil wink3!!!) Ahaks3...

*Credit to: mcdonalds


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, August 11, 2011

MEMBODEK KATA KO!!!

Minggu nie merangkap hari Sabtu nie, ada orang bermurah hati nak belanja berbuka puasa. Yahooo..!!! Best2! Rasa nak kenyit2 mata sambil melompat2lah! Ahaks3...

Belanja makan, babe..! Siapa yang tak nak?! Rejeki, noks! Rejeki! Ha3... Terasa over la plak! ;P

Hari Ahad plak, berkemungkinan besor we ols akan ke Ipoh. Nak mencarik baju raya, tema belah family mertua. Dolu kata nak kaler coklat. Tapi, aku macam tak sodap hati jer nak beli awal2. Sebab taste mereka nie cepat benor berubah! So, K.I.V dolu. 

Last weekend, masa persidangan keluarga Pak Usop (abah) & Mak Bainah (my MIL) yang dihadiri oleh anak2 + menantu + bakal menantu + cucu, maka 1 keputusan telah dibuat. Sebulat suara pilih kaler purple. Owh... ah kak memang of cos la LIKE3!!! La3...

So, misi hari Ahad adalah mencarik kain ela berwarna purple. Plus, mak pun dah berzikir banyak kali, suh beli cepat2. Lambat2 kang, mak dah malas nak jahit dah. Adeh3...

Hokay! Tu jer perancangan agenda untuk weekend nih. Harap2 sumenya berjalan lancar. 

p/s: Ehem2!!! Bila KAK ANEEM kata nak belanja berbuka puasa, terus jer nak kata, 'Eh! Kak Aneem nie santeklah!' Muahaha... Bodek, jangan tak bodek!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Saturday, July 16, 2011

LAST MINUTE... GANTI PUASA

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... kenyang sudah... Heh3...

Kata tadi 'makan sorang2 adalah tak best'. Tapi, hujung2 sendawa kemain kuat lagik ko! Ha3... Propa betul ah kak nih! ;P

Hokay! Nie nak citer pasal ganti puasa. Hari Selasa, aku puasa ganti. Last minute, dowh... ;P

Biasa la aku kan... kalau puasa, harus la time berbuka, balik rumah mak. Plus, mak pun memang puasa jugak hari tu. Puasa sunat.

~ Menu berbuka memang terbaik dari ladang! Mak buat laksa. Owh... nom3!!! ;P

~ Nasik putih wajib la ada. Kalau laksa jer, mau menggelupur kelaporan la my 'sayang' tuh. Ha3... Lauk plak adalah ikan  tumis cili padi. Pedas tapi, marvellous!

~ Bayam tumis pun ado. Gegar2 plak tangan nih masa snap gambar. Haish!

~ My fav kuih, popia. Popia basah ada... popia goreng pun ada... My 'sayang' tapaukan dari Pekan Selasa. Popia Rahman namanya. Kalau nak beli popia Rahman nie memang kena beli awal2 la. Sebab kalau ko datang beli lambat2, confirm pakcik tu dah geleng2 kepala menandakan popia abis. Sodap! Sayur2 kat dalam popia tu pun fresh. Takde la macam sesetengah popia yang dijual tu, kadang2 diorang celur sayur2 tu sampai lebam & layu sangat, especially taugeh. Tak best...

~ Air plak, my 'sayang' bancuhkan sirap selasih. Bila buh ais, terus... ahhhh.... nikmatnya... ;P

Sowylah sebab kualiti gambar cam hampeh! Pakai camera handphone cap ayam jer... Nie pun dah jenuh aku mengedit, touch up sana-sini sket. & this is the best I can do. Ecewah! Skipping London, noks! Hiks...

Tak lama lagik, dah nak masuk bulan Ramadhan. Hmmm... korang dah abis ganti puasa ke belum?

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google