SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, August 28, 2012

OPERASI...

Petang semalam, aku ngan my 'sayang' buat operasi mengemas rumah. Tak plan pun... Macam tetiba je aku sapu2 sampah & kemas2 dapur. Tetiba pulak my 'sayang' buat kerja2 laundry ngan kemas2 rak buku.

Paham2 sendirik kekdahnya... ;)

Actually, sebelum balik kampung hari tu dah siap2 kemas ngan mop bagai dah. Takde la bersepah/berhabuk sangat pun... Just nak bagi lagik kemas kata ko. Plus, mengemas ni kena jadikkan rutin harian, especially untuk wanita bekerjaya macam ah kak nih. So, weekend kang takde la penat sangat semua nak dibuat.

Aku pun bukan jenis mengemas 1 hari seluruh rumah. Mana nak curik masa, weh! Aku bahagikan rumah aku tu kepada 5 bahagian. Hall, dapur, master bedroom, bilik semayang & laundry room. 1 hari kemas 1 bahagian. 

Kata la, hari ni turn kemas hall. Makanya semua kena focus kat hall je lah. Habuk2 kat rak tv tu nak kena lap. Kat coffee table jugak. Frame2 gambar ngan tulisan khat lagik. Begitu...

Macam dapur, area tempat memasak ngan sinki tu harus la hari2 kena bersihkan. Sesambil lalu je...

Weekend kang, takde la stress sangat tengok keadaan rumah. Tinggal buat mana yang tak sempat je lagik. Kalau tetiba ada tetamu menyinggah pun takde la segan kan... He3...

Tapi, selalu jugak aku termiss kaedah nih. Perancangan tu ada tapi, pelaksanaan tu yang macam hampeh sikit. Nak amik maid, macam tak berapa perlu kot... Hu3...

Just nak share cara aku kemas rumah je la... Cara korang pulak macam mana?


:: Like3, ek! ::


2 comments:

NUR said...

Kemas rumah ikut tahap kesepahan.. Hehe

ArELeEz said...

NUR,
owh.. begitu plak, ek? kira aci je.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google