SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 2, 2012

MEE GORENG MAMAK PUNCAK KASIH

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom tengok apalah agaknya resepi kali ni kan... ;)

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih)
10-15 ekor udang (dibuang kepala & kulit)
3 keping tauhu
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu sos tiram
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
1 mangkuk daging ayam kisar
3 sudu besar cili kisar
1/2 biji kobis (dipotong)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu sos tomato
Air masak
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

2 tangkai cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat & toskan. Potong setiap keping tauhu kepada 6 bahagian.
2) Panaskan minyak. Tumis cili kisar & bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Masukkan daging ayam kisar.
5) Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap masin, kicap manis, serbuk perasa & gula.
6) Masukkan udang.
7) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras, kacau hingga menjadi telur hancur.
8) Masukkan kobis. Sebatikan.
9) Masukkan mee. Kacau rata & masak seketika. Angkat & taburkan dengan daun bawang, daun sup & tauhu yang telah dipotong tadi.

~ Mee Goreng Mamak Puncak Kasih. Siap sedia untuk di-ngap! Heh3...

Kalau takde idea nak masak apa untuk breakfast esok/bila2 la kan... boleh la try mee goreng mamak ni. ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Eyriqazz said...

fuhh...puncak kasih..tentu sedap ni..bila nak kasi saya try?

fairus said...

HEHE.. LAMA TAK UPDATE ENTRI ERK.. TETIBA JE KELUAR MEE MAMAK.. ;)

ArELeEz said...

Eyriqazz,
lagu ziana zain, noks! ha3.. malu plak nk kasik try. takut fail! hu3..

ArELeEz said...

fairus,
busy masak. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google