SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 9, 2012

KANAK2 + PAPA KANAK2 + ACU2 KANAK2 + NENEK KANAK2 RIANG! ;P

6 hari Kak Aneem berkursus, 6 hari jugaklah mak tolong tengok2kan cucu2nya especially belah malam la kan... Abang aku confirm la dia angkut anak2 dia ke rumah mak. Ada jugak la kadang2 tu diorang semua tido kat rumah aku.

Riuh-rendah jugaklah rumah ni bila anak2 sedara semua melepak kat sini. Rifqi je yang ada problem sikit bila nak tido. Dia macam tercarik2 mama dia. Nak lelapkan mata pun susah! Dah tido, lepas tu bangun balik tengah malam. Sampai tido duduk abang aku dok enjut Rifqi dalam buaian. Pengorbanan seorang papa kata ko! Cewwah..! ;P

~ 1 petang tu, kami bawak bebudak ni ke taman (term anak sedara aku untuk mention playground). Kemain suka lagik bebudak tuh! Suruh bersiap pun laju je. He3... 

~ Rifqi pulak tak hirau langsung dengan suasana riuh-rendah kat taman tuh sebab lena sangat kot tido. Holloh3..! 

~ My 'sayang' pun amik kesempatan membuang lemak tepu. Konon2 la kan... tak tau la mujarab ke tak mende alah yang my 'sayang' naik untuk exercise tuh sebab lepas tu cam melantak tak hengat je! Seolah2 lemak tepu yang baru hilang sekejap tadi perlu diganti balik je kekdahnya! Ha3...

~ Mak jaga Rifqi. Abang pulak monitor Kak Yong & Baby Odah.

~ Aku bercamwhorelah! Ahaks3...

~ Tak sudah2! ;P

~ Lepas tu, aku ngan my 'sayang' berdating kat jeti tepi sungai. 

~ Macam cool pulak berdating di situ... Cewah! ;P

~ Wee hooo..!!! Heh!

~ Kak Yong memang ratu posing. Tala je camera, terus carik port terbaik untuk berposing! Siap ngan gaya2 sekali pulak tuh! Penyakit keturunan betul! Ha3...

~ Tengoklah Kak Yong tuh! Tak habis2 lagik! He3...

~ Best kot diorang... ;)

Taman ni adalah salah 1 taman rekreasi merangkap playground yang ada kat Teluk Intan nih. Lokasinya kat tepi sungai. So, macam terbaik jugaklah kot kan... Sambil2 bawak anak2 main, sambil cuci mata tengok orang memancing/menjala udang. Nak jogging pun boleh. Badminton & tennis court pun ada. Tinggal nak tepuk dada & tanya diri sendirik tuh rajin ke tidak nak beriadah kan... ;P

Dari aku kecik taman ni dah wujud. Tapi, dulu2 takde la sehebat sekarang... Dulu2 macam biasa2 je. Tapi, kalau mak/kakak aku bawak pergi situ pun dah macam sorga habis dah! Ha3...

Sekarang dah banyak perubahan yang dibuat. Dah ada walkway yang selesa... playground yang hebat2 permainannya... jeti pun dah kukuh... lampu juntai2 macam kat i-City tu pun ada jugak! 

Terus terkagum2! ;P

Tak percaya, meh la datang Teluk Intan! Heh3...


:: Like3, ek! ::





3 comments:

fairus said...

BERCANDA DI TEPIAN SUNGAI ERK.. SERONOKNYA.. ;)

fairus said...

BERCANDA DI TEPIAN SUNGAI ERK.. SERONOKNYA.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
aah. sekali-sekala.. dgn angin sepoi2 bahasa kan.. cewwah..! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google