SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KUETEOW. Show all posts
Showing posts with label KUETEOW. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

MUTIARA SEAFOOD

Nak sambung kesah makan2 & makanan lagik... Jadik, sila sediakan tissue secukupnye untuk lap air liur yang meleleh2 tuh! Ha3...

Kali nie, citer pasal makan2 kat Mutiara Seafood lak. Dah lame gak sebenornye aku tak jejak kaki ke Mutiara nih. Tak tau la sebab hape?! Nak kata jauh dari umah, tak jugak. Hmmm... ntah la. Not sure. Nie kira penerjahan yang julung2 kali la... Ecewah! ;P


~ Sampai2, terus sawan camera! Well... you know me..! Ahaks3...


~ Ntah kenape lately, aku sker betul makan keropok ikan?! Kalau makan kat mane2, musti nak order keropok ikan. Nak goreng sendirik? Memang tak la kot! He3...


~ Angin kus2 aku sampai hari tu, di mana aku telah mengorder kopi ais. Memang jarang sangat aku nak minum sebarang jenis kopi. Bile makan kat mane2, tetibe aku order kopi ais, musti mereka2 disekeliling aku akan kehairanan tahap gaban! Ntah hape yang diorang musykilkan, aku pun tak tau. Sodap hape, sekali-sekala layan kopi ais! Kan3..??? ;P


~ Makanan aku... kueteow Hong Kong. Super sodap! ;)


~ Ini untuk mak aku, kueteow sup. Takmo makan nasik, jaga badan katanye... Ecewah! He3...

We ols dinner kat Mutiara Seafood nih. Bese la... anak2 zaman millenium yang berkerjaya, bile mak/family datang umah, bukannye reti nak masak. Terus jer angkut diorang terjah restoran2 berhampiran. Mithali betul! Muahaha...

Wednesday, June 16, 2010

FRIED KUETEOW WIF MINCED MEAT ALA BENGANG

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:

1 bungkus kueteow (dicuci bersih & ditoskan)
5 sudu besar cili kisar
1/2 biji kobis (dipotong)
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
2 sudu kicap
2 sudu sos tiram
1 biji telur ayam
Daging cincang
Air

Bahan2 yang ditumbuk:

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging cincang & kacau rata. Biarkan hingga daging masak. Jika terlalu kering, bolehlah tambahkan air.
4) Masukkan sos tiram & kicap. Tambah garam jika perlu sahaja.
5) Perasakan dengan serbuk perasa & sedikit gula.
6) Masukkan kobis & kacau rata.
7) Masukkan kueteow & sebatikan.
8) Angkat & letakkan dalam mangkuk. Pecahkan telur ayam & kacau hingga jadik telur hancur.
9) Masukkan semula kueteow tadi & sebatikan. Angkat & sedia dihidangkan.


~ Fried Kueteow wif Minced Meat Ala Bengang. Selamat mencuba! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, May 31, 2010

JOM MASAK!


~ Ini antara menu masakan terbaru aku iaitu Fried Kueteow wif Minced Meat ala Bengang. Tak agak2 kan name resepi. Ha3... Actually, name resepi tu takde kene-mengena dengan cara masakan/rase masakan, hokay..! Saje jer buh tajuk lagu Akim AF7 tuh, nak kasik different sket. He3... Plus, buh tajuk lagu kat ujung2 name resepi nie kan dah jadik trademark aku. ;D

Rupe kueteow tu memang tak semenggah tapi, rase dia not bad lah. Tak sempat nak touch up, actually. Buat untuk breakfast. Makan pun secara pantas sebab nak kejor waktu punch card. Hu3...

Resepi later, ek? ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Wednesday, March 10, 2010

KUETEOW GORENG JANGAN NAKAL

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Name resepi adalah takde kene-mengena ngan sesape pon. Hanyalah sekadar tokok-tambah dari tuan tanah kedaung. He3...

Bahan2:

1 bungkus kueteow (direndam & ditoskan)
1/2 genggam ikan bilis
1 biji telur ayam
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil gula
Sawi
Kicap
Minyak masak

Bahan2 Kisar:

1 biji bawang besor
10-15 tangkai cili kering

Topping/Hiasan:

1 tangkai cili merah (dihiris serong)
2 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Secubit serbuk perasa

Cara2 Penyediaan Kueteow Goreng:

1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Bile dah panas, masukkan ikan bilis & goreng 1/2 masak.
3) Masukkan bahan2 kisar & kaco.
4) Masukkan serbuk perasa& sos tiram. Kaco lagik.
5) Masukkan kicap plak.
6) Kemudian, buh gula & biarkan seketika.
7) Masukkan sayur sawi yang dah dipotong.
8) Then, masukkan kueteow. Goreng sampai sebati.
9) Lastly, pecahkan telur & kaco rata. Biarkan seketika, kemudian angkat.

Cara Penyediaan Topping/Hiasan:

1) Pecahkan telur ayam.
2) Masukkan serbuk perasa, garam & serbuk lada hitam. Pukul rata.
3) Panaskan minyak dalam kuali & gorengkan bancuhan telur tadi. Wat cam telur dadar tu, ha..!
4) Angkat & hiris memanjang. Aturkan di atas kueteow yang dah siap tadi bersama dengan cili merah potong.


~ Kueteow Goreng Jangan Nakal... menu breakfast we ols semalam. Selamat mencuba..! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google