SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 13, 2014

APPRECIATE BILA MAMPU BERCANDA CENGGINI

Hari yang sama dengan hari 'Jelajah Keretapi' Mak & geng surau...

My 'Jebat' cuti. Cuti dari sebarang kerjaya dia yang bercabang2 tuh. Kontraktor & petani moden... dua2 off! Sangat heaven bila dapat spend time together2. Tapi, kalau spend time kat rumah je, macam tak berapa #halussss je kan... Maka, we ols pun datinglah ke Lumut...

 ~ Agenda pertama adalah makan laksa & cendol. Sangat secocok kan..!

Sampai meleleh2 habaq hang..! My 'Jebat' kalau buat lakonan semula, memang poyo! Ha3...

We ols menjamu selera kat area Lumut Waterfront tu jugak. Bukan yang tepi laut. Tapi, yang seberang jalan belah sini. Boleh imagine tak direction ah kak nih? Aku pun konpius bila baca balik. Ha3... 

Alaaa... senang cerita, yang kat area banyak kedai2 jual hasil laut tu la. Sederet port makan kat situ. Pilih je nak masuk celah mana 1. Dulu, aku pernah rasa laksa yang sodap kat sini. Lama dah... Yang pasti, bukan stall yang ni. Salah percaturan sebab laksa dia ke laut sikit. Cendol pun ke laut! Pakai santan lama. Yappedaaa..! Potong selera betul!

~ Selfie kat Lumut Waterfront. Jalan kaki je, you ols..! Sesak napas sekejap. Hnnsss3..! Tak jauh mana pun... Tapi, paham2 je la, ek! Hu3...

Tak lama pun kat Lumut Waterfront tu. Panas membahang! Cair make-up I ols tau..! Awwsss..! ;P

Sang gagak pun banyak. Neves pulak tengok 'najis muttawasittah' yang bersepah2 tuh. Better chow sebelum menyesal! Okbai.

Agenda ke-2 adalah shopping kat AEON Seri Manjung. Bajet nak rembat sehelai blouse je. Tapi, 'tawaf2 sikit rasa macam... 'Eh, canteknya!'... 'tawaf' ke depan lagik... 'Ada discount, dowh..!'... & ke depan2 lagik... 'Perrgghhh..!!! Cantek! Rugi tak amik!'... Sudahnya, membawak ke 3 helai blouse. Siap buat AEON Member Card lagik. Renew untuk 2 tahun terus! Sebab ada promotion. Berbangga betul pada diri sendirik! Ha3... 

Agenda ke-3 samadengan carik makan. Revisit Restoran Ikan Bakar Nasa2. Hadiah untuk perut kekdahnya... Hiks...

~ Sup ekor tu sodap. Sotong goreng tepung pun pakai sotong fresh. Bagus! Boleh menambahkan kegumbiraan perut. ;P

~ Sotong bakar. Fresh jugak. Tapi, perapan tu macam terlebih serai.

~ Pulut mangga sebagai desert untuk My 'Jebat'. Aku mintak tolong dia suapkan mangga tu je. Tak keras sangat, tak lembik sangat. Sedang2. Sodap!

Sila ke alamat berikut kalau rasa nak terjah jugak:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Jarang wooo... dapat bercanda cenggini... So, sangat appreciate! ;)


p/s: Mak selamat sampai. 'Jelajah Keretapi'nya berjalan lancar. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



8 comments:

ayunidati said...

wahh... best2... saya nak lakasa tu... yum yum yum

CXopportunities said...

wah!! bestnye foods yg expose ni. terliuq. seronok kan berjalan2? :) tunggu gilirn cx pula. hehehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Ayu azmir,
laksa mkn tepi laut. mmg yum3! he3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CXopportunities,
mmg syiok! selamat b'jln2 to u..! he3..

fairus said...

SEDAP-SEDAP MAKANANYA..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
alhamdulillah.. rezeki.. ;)

mamamuiz said...

alamak..tempting nye tgk laksa dgn cendol tu..wiken nie nak ajak cik abe jln2 cari makan kt lumut laa..hehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

huda azmi,
cun betul xtvt weekend u tu. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google