SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 2, 2014

#THROWBACKDUABELAS: BELI TAK BELI NI?

Yang ke-12...

Parut kat kening mamat kolam ikan tu buat Aryan tak senang duduk. Teringat kesah lama. Kesah kena tembak dengan penjenayah kat kaki. Rupa penjenayah tu memang dia tak ingat. Tapi, parut pada muka penjenayah tu memang dia akan ingat sampai bila2!

Aryan dah mula bersoal-siasat dengan mamat kolam ikan. Macam dia sorang je Cif Inspektor kat Malaysia ni! Sekeh kang, haaa..!

~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

"... Ko asal mana, eh? Apsal ko semangat nak masuk kampung ni?"
"Aku kerja kat luar negara. Aku kerja kat Hong Kong dulu."
"Kerja sebagai...?"
"Orang macam aku ni, suka kerja banyak tempat sebab... suka carik banyak pengalaman. Sebab daripada kecik aku sedar yang... aku bukannya orang yang berduit. Lain la macam... Inspektor Aryan."
"Ko jangan lupa sampaikan pesanan aku. Kerja elok2. Orang macam ko ni susah nak dapat kerja!"

Ya ampon, punya berlagak! Mencik!!!

Mamat kolam ikan gigih buat timbang-tara. Teringatkan birthday party bunga manja yang Aryan aturkan. Elok jugak kot kalau dia kasik bunga manja hadiah sebagai tanda mintak maaf. Takde la nampak ketara sangat dia kasik hadiah tu kan... Nampak macam hadiah birthday daripada kawan2 gitu...

"... Hari jadi Mastura... Beli hadiah apa? Eh, nanti dia ingat aku syok kat dia pulak! Eiii... tak boleh... tak boleh... tak boleh..! Tapi, apa salahnya kalau aku beli? Iye la, sebab aku dah tampar dia, aku nak mintak maaf, aku beli la hadiah. Ok apa..?! Kan... Tak payah beli... Beli! Ko jangan buat hal! Beli. Beli tak beli ni? Beli! Tak payah la... Beli. Tak payah la... Tak payah la beli... Beli la... Beli2 la..! Tak payah la..."

~ Credit to: nesco2u

Dok 'beli... tak beli... beli... tak beli...' akhirnya, dah terpacak kat kedai munge lorrr... Alaaa... 'beli' la tu..! Hiks...
Pelan2 mamat kolam ikan masuk rumah Tan Sri ikut dapur. Tak koselah dia nak tayang muka. Kalau Hannah nampak, mau berterabur gigi dia kena backhand! Dah la tak boleh nak pass hadiah kat Mak Awa sebab Mak Awa kompom busy. Nafisa je yang nampak macam tak busy & boleh diharap sebagai 'posmen'. 

"... Fisa tolong letak hadiah ni semua dekat atas katil Mak Ngah. Tapi, jangan bagi siapa2 nampak tau, eh!"
"Boleh... tapi, teddy bear ni Fisa punyalah!"
"Alaaa... boleh sayang... Fisa simpan teddy bear ni. Tapi kalau... boleh, Fisa tolong letak bunga dengan coklat ni dekat atas katil Mak Ngah."
"Boleh..! Fisa akan buat sekarang jugak! Mmuahhh..!"

Dah manja sangat Nafisa dengan 'Pak Ngahnya' tuh. Dah ada chemistry dengan bakal anak sedara gitu..! Eceh! ;P

Tapi, mata Aryan macam helang! Nampak je kalau ada mende2 pelik! Sampai Nafisa pun jadik mangsa soal-siasat! Sampai menangis sentap2 budak tu dia kerjakan. Haish! 

Kad untuk bunga manja direnyukkan! Mungenya pulak terus masuk tong sampah! Hey, 30 hengget tau mamat kolam ikan beli munge tuh! Hangen ah kak..! 

~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta

Bunga manja happy dengan birthday party yang Aryan arrange khas untuk dia. Tapi, dia tak boleh tipu hati sendirik! Dia just anggap Aryan tu macam abang sendirik je. Tak pernah cinta. Janji yang dia buat dulu tu just nak gembirakan hati Tok Ayah & Aryan. Apa yang dia pasti, hati & cinta dia hanya untuk mamat kolam ikan yang sorang tu je! 

Hmmm...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

ummi hana said...

Baca punya baca cm pnh dgr ayat tu..rupanya bukan kerana aku x cinta..
Ya allah.. Best giler..thanks akk

ArELeEz said...

ummi hana,
saje je wat #throwback. utk kenang2-an.. u're welcome. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google