SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, June 8, 2014

ROJAK KETAM YA HADO..!

Peram lama nih! Bulan April punya cerita. Tak sengaja peram pun... Peram sebab tunggu gambar2 kenangan berkaitan daripada Kak Ja. Plus, Kak Ja yang banyak snap2 gambar.

1 habit aku, kalau dalam kelompok yang aku join tu dah ada yang rajin jadik 'photographer' memang aku tak keluarkan gajet akulah. Menumpang berposing kat gajet orang tersebut je. Lepas tu, WhatsApp. Heh3...

Kami diarahkan attend 1 taklimat & jadik urusetia. 3 hari 2 malam kat Pangkor. 1 SKM Perak berkampung kat sana. Ada yang check-in awal & ada yang check-in lewat. Ikut jadual tugas memasing.

~ Sampai kat Lumut Waterfront, terjumpa Datuk Nik Ali (CEO). Tapi, banner je la... Heh3...

~ 'Tourist' yang terpaling cute. Eceh! Ha3...

~ Yang ni pulak, 'photographer' terpaling cute. Ha3...

Kami naik feri petang. Tak ingat pukul berapa. Tak kesahlah. Yang penting, selamat sampai. Alhamdulillah...

Check-in kat Bay View Beach Resort, Teluk Nipah. Bilik aku, Ena & Kak Ja dah terpisah2. Diorang dah siap2 arrange nama. Aku duduk kat bilik yang sharing 3 orang. Ground floor je. Kak Ja & Ena kat 2nd floor. Roommates aku yang 2 orang tu memang aku tak kenal sangat. Staf SKM Perak (Ipoh). Tapi, aku takde hal. Kalau agak2 sekepala, aku syiok je. Kalau agak2 lain macam, aku buat hal aku, ko buat hal ko je lah. Tak perlu semak otak nak pikirkan siapakah roommates kita. Redah je...

Perut dah berdondang sayang. Eh, silap! Dah berk-pop sebab kalau dondang sayang maknanya lapor manjas2 je. Tapi, ni dah lapor tahap gaban! Istilah paling #halussss adalah 'k-pop'. Ha3...

Maunya tak kan... lunch aku makan maggi asam laksa je sebab dah breakfast yang heavy2. Paham2 je lah... bila tengahari tak makan nasik, memang berk-pop sungguhlah perut aku! Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk sambil carik makan. Fuh! Mereka sangat memahami perut ah kak... Ahaks3...

~ Rojak ketam sepinggan, 15 hengget dengan air kelapa sebijik. Akibat perut yang berk-pop tuh. ;)

~ Terima kasih, Kak Ja sebab mengselfiekan we ols. He3...

Ala2 pasemboq. Tapi, sedeh! Sebab rojak ketam tu ke laut sangat..! Bebola ikan yang ada kat dalam tu & sambalnya macam dah basi. Air kelapa pulak muda sesangat. Takde isi. Sentap perut ah kak tau! Sob3...

Balik makan kat resort je la... Biasa2 jugak. Dah lapor, belasah je! Asalkan tak basi. Hmmm...

Harga makanan kat Pangkor ni memang boleh tahan jugaklah expensivenya... walaupun makan kat gerai2 biasa. Tak macam Langkawi, seafood dalam kategori reasonable & affordable. Tempat comfy pulak tuh! Pangkor ni boleh buat tempat berholiday je kot... Kalau nak makan seafood ikan bakar bagai... better makan kat Lumut. Amat berpatutan! Berdasarkan pengalaman aku & family la kan...

Malam adalah aktiviti sukahati. Aku, Ena & Kak Ja ke pantai, beach walk katanya... Lepak atas pasir pantai berlapikkan selipar jepun. Layan ombak rindu... Eh, ombak lautlah! He3... Sayang sebab tak bawak gitar. Kalau tak, boleh karoks di tepian pantai... tajuk album dia. Kak Ja main gitar, aku nyanyi & Ena tepuk2 tangan. Luah perasaan rindukan suami kekdahnya... Boleh imagine tak, para isteri berkenaan berkaroks? Ha3...

Pukul 11 ++ malam, balik bilik & layan #bukankeranaakutakcinta online. Wi-fi laju wooo..! Maklumlah... bilik kat ground floor... dekat dengan lobby... maka dekatlah dengan wi-fi. Hati pun gumbira dapat tengok #jebatmas. Eceh! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

EDtv said...

Nampak zahir rojak ketam sedap, tapi batinnya.... Hehe..

zarulfarhana said...

mahal betul lah...

ArELeEz said...

EDtv,
batinnye hampeh! hu3..

ArELeEz said...

zarulfarhana,
mahal klu b'baloi xpe la jugak. tp, ni ke laut. sedeh!

nor nazliana said...

wah bestnyer lepak2 di pangkor..sambil2 cuci mata yer dak..kikikikii

ArELeEz said...

nor nazliana,
mmg best klu lepak2 & cuci2 mata. tp, leez on duty. so, percentage best tu dah kurang sikitlah. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google