SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 17, 2014

#THROWBACKDUAPULUH: APA SALAHNYA JEBAT TU?

Yang ke-20...

Amukan betul Tok Ayah bila dapat tau Sara pandai2 batalkan majlis pertunangan Aryan dengan bunga manja. Macam harimau lapor! Neves ah kak tau! Hu3...

~ Credit to: ping

Bagi Tok Ayah, Aryan tu dah cukup baik untuk bunga manja. Ada kerjaya... ada paras rupa... sepupu bunga manja pulak tuh! Tok Ayah tak nampak kat mana cacat celanya.

Ye... memang takde cacat-cela. Masalahnya, hati bunga manja takde pada Aryan. Tu je. Bak kata Mak Usu Sara & Hannah, ini kan soal masa depan bunga manja. Adalah tak bagus kalau dipaksa kahwin. Itu namanya selfish!

Plus, Aryan tu poyo sangatlah, Tok Ayah oiii..! Haish!

Aryan pulak tak habis2 nak salahkan semua orang! Habis diungkitnya kesah Hannah dengan Fawwaz yang tak jadik kahwin sebab jatuh cinta kat Uwais. Ko dah kenapa kan..??! Mengamuk la Hannah!

"Kak Hannah sengaja nak memalukan keluarga kami kan? Dulu masa Tok Ayah nak jodohkan Kak Hannah dengan Abang Fawwaz, Kak Hannah gedik jugak nak kahwin dengan Uwais, penjual burger tepi jalan tu. & sekarang Kak Hannah nak kahwinkan Mastura dengan budak kuli kolam, yang tak tau mana asal-usul dia, ntah mana Uwais kutip, pun kita tak tau!"
"Eh, ko cakap baik2 sikit, eh... hah! Ko jangan kurang ajar dengan aku kat sini!"
"Eh, masalahnya kakak... saya cakap benda yang sahih."
"Eh, yang ko bukak2 cerita lama ni kenapa? Abang ko sendiri tak cakap apa2, yang ko sibuk2 kenapa?"
"Sudah2..!"

Dah Tok Ayah kena heart attack pulak dah... tengok sesama sepupu tu bertikam lidah. Tercungap2 nak bernapas. 

~ Credit to: nesco2u

Aryan sentap! Dia nak blah dari situ. Aku ok jerrr... Semak pulak tengok kepoyoan Aryan! Haish! Tapi, sempat jugak dia sound Mak Usu Sara & hina mamat kolam ikan. Sakit pulak hati kita! Huh!

"Aryan3! Kamu nak pergi mana ni?"
"Balik. Nak buat apa lagi? Mak Usu, Kak Hannah, Tok Ayah semua dah setuju nak kahwinkan Mastura dengan budak kuli tu. Jadi buat apa saya tunggu kat sini? Saya nak ucapkan selamat, bakal menerima anak sedara kutu belahak."

Hallooo..! Mamat kolam ikan bukan kutu belahak, ok..! Dia Long Taiko! Kutu belahak tu ko lah Aryan! Huh! Geram ah kak mendengor penghinaan itu. Terasa ah kak tau..!

Mak Usu Sara & Hannah still berusaha sedaya-upaya pujuk Tok Ayah. Tapi, macam menemui jalan buntu je. Tok Ayah ungkit kesah Hannah dengan Uwais. Uwais jugak pilihan dia. Boleh je Hannah & Uwais hidup bahagia. Bagi Tok Ayah, pilihan yang dia buat untuk cucu2nya semua adalah yang terbaik. Hannah terkedu sekejap. Nak susun ayat yang terpaling elok supaya Tok Ayah tak terasa lagi. Bagi Hannah, dia dengan bunga manja tak sama. Dia surrender bila diugut tapi, bukan bunga manja. Bunga manja akan berusaha pertahan / dapatkan apa yang dia nak! 

~ Credit to: pingje

Keadaan terus tegang, sampai la Uwais sampai. 

"... Sebagai manusia Mastura tu pun ada hak untuk memilih calon suami dia. Siti Khatijah sendiri, pernah meminang Rasulullah untuk dijadikan calon suami dia yang terbaik. Sebab ia merasakan baginda mempunyai pegangan agama & mampu membimbing dia, ke pintu syurga. Saya minta maaf dengan Tok Ayah. Mungkin kata2 saya ni menyinggung perasaan hati Tok Ayah. Tapi, apa yang kita bincangkan sekarang ni tentang membina sebuah masjid. Apa masalahnya? Apa salahnya Jebat tu? Walaupun gaji Jebat tu tak sebesar mana yang saya bayar, kalau nak dibandingkan dengan gaji... cif inspektor, tapi Jebat dengan saya dia tak pernah pun... tak pernah sekali pun dia merungut. Tak panjang tangan... Ringan pulak kaki dia untuk pergi ke surau. Pergi masjid solat jemaah. Tau mengaji. Walaupun tak sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan qari antarabangsa, tapi saya yakin... saya percaya Mastura... pilih Jebat bukan kerana paras rupa... bukan kerana harta benda. Tapi datang daripada hati dia. Lagipun Jebat... tak pandang harta kita Tok Ayah."
"Ooo... jadi ko nak cakaplah ye... hah... yang si Aryan tu tak baik... nakkan harta kita... tak elok paras rupa... hati budi... begitu?"
"Bukan macam tu maksud saya. Pada saya Aryan tu dah cukup sempurna dah. Ada rupa paras yang elok... gaji besar... pangkat besar... datang daripada keturunan yang baik2."
"Habis tu... apa masalahnya?"
"Masalahnya sekarang, Aryan dengan Mastura tu sepupu. Rasulullah sendiri tak menggalakkan perkahwinan antara sepupu..! Kerana takkan mengembangkan zuriat genetik yang baik. Malah kita digalakkan mengadakan perkahwinan antara... keturunan yang jauh2. Tok Ayah nak tengok nanti cucu-cicit Tok Ayah, keturunan Tok Ayah ni semua lembab. Biarpun lelaki tu takde harta benda... rupa paras tak sehebat mana... tapi dengan adanya pegangan agama... in shaaa Allah... dia akan menjadi suami... kepada Mastura yang... yang baik. Kalau dulu Tok Ayah boleh pilih saya untuk Hannah, kenapa sekarang Tok Ayah tak boleh pilih, Jebat untuk Mastura? Apa bezanya antara saya dengan Jebat, kalau nak dibandingkan, Fawwaz dengan Aryan?"

Amekaw, Tok Ayah! Kan dah kena tarbiah dengan Uwais. Power betul ayat Uwais sampai berjaya buat Tok Ayah berlembut hati. Perrgghhh..!!! Thorrbahekkk... lah, Uwais! Aku thumbs up dengan ibu jari kaki sekali! ;)

~ Credit to: ping

Anis jumpa mamat kolam ikan yang tengah konpius dengan keputusan nak kahwin dengan bunga manja. Dia tengok muka mamat kolam ikan gundah-gulana je. Sempat dia mengusik.

"... Siapa cakap Abang tak layak..? Abang ni dah cukup perfect dah, Bang... untuk jadi suami. Walaupun muka tu berparut macam gangster! He3... Adoi... Abang tau tak... bukan Mas sorang je tau suka kat Abang. Orang lain pun suka kat abang. Anis pun suka kat abang... Tapi, takde la sampai jatuh cinta. Suka... suka sikit je. Banyak ni... banyak ni... He3... Haiii... Abang..! Kenapa tengok macam tu? Tak nak la tengok macam tu..! Aaa... macam tu la... Baru manis... He3... Abang. Abang jangan tak kahwin tau dengan Mas. Dia tu dah jatuh cinta sangat dengan Abang. Cinta mati. Abang Jebat... Anis cakap dari tadi Abang diam je. Bang!"
"Ha!"
"Baliklah."
"Ni2... aaa... Nis."
"Abang jangan lupa tau esok bawak ikan 10 kilo."
"Abang nak tanya sikit boleh tak? Ni... katalah2... sebelum ni... aaa... Abang ni... bekas kongsi gelap. Anis rasa Mas boleh terima Abang tak, hah?"
"He3... Adoi... baik la dia kahwin dengan Abang Aryan. Abang Aryan tu polis. Polis boleh jaga dia. Ada ke kongsi gelap... nak kahwin dengan dia, jadi suami pulak tu. Apa2 je. Abang. Abang ni kongsi gelap ke?"
"Isk... takde la. Abang... Abang... saja je tanya."
"He3... Dah agak dah... Saja la tu bergurau! Mana ada orang kongsi gelap pergi sembahyang... kerja kat kolam... pergi masjid. Dah Anis balik dulu, eh! Aaaa... Abang! Lupa nak cakap. Mak Awa call, suruh pergi rumah Tan Sri."
"Kenapa?"
"Ntah. Suapkan Mas kot... "

Mamat kolam ikan berlalu pergi dari situ. Tinggal Anis yang merenung setiap langkah mamat kolam ikan dengan muka yang sedikit berubah. & sebenarnya, Anis pun ada simpan perasaan pada mamat kolam ikan. Tapi, dipendamkan je...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google