SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, June 26, 2014

PERUT YANG MAMPU BERDANGDUT

Semasa sedang 'bersidang' di rumah Mak. Di ruang tamu, di depan tv, dengan kehadiran aku (of courselah.), Abang, Kak Aneem dan anak2 sedara yang gigih ghalit layan siaran ulangan Ceria Popstar... Abang bersuara memecah keheningan petang... Eceh, ayat! Tak boleh blah! He3...

"Dik, kat mana nak makan ikan bakar selain Lumut? Tak nak jauh2, yang area Teluk Intan / kawasan kejiranannya je. Sebab kalau jauh sikit macam kat Lumut, tak larat. Esok kan kerja. Ada orang nak belanja nih."

Sambil 'memperkenalkan' si isteri yang tersipu2 malu dok kat sebelah sebagai si tukang belanja. Hiks...

Owh... lupa nak bagitau. '... Esok kan kerja... ' tu maknanya hari kejadian jatuh pada hari Ahad. ;)

Laju aku google. Tapi, ntah apa yang digoogle pun tak tau. Sebab kepala dok pikir restoran ikan bakar area Teluk Intan / kawasan sekitarnya untuk respon pada soklan Abang. Tapi, jari-jemari gigih menaip & menggoogle InstaGram Sharnaaz Ahmad. Nak stalk kejap. Konpius, den! Ko dah kenapa haaa..?! Ha3...

~ Gambar selfie yang takde kaitan. Sekadar tumpang lalu je. Harap dapat berikan laluan untuk iklan selfie ini. He3...

Abaikanlah penggoogle-an yang merepek-merapu-meraban tuh. Terjah je mana yang kita tau. Nun di Hutan Melintang. Restoran Ikan Bakar Simpang 4 namanya. Bolehlah!

Neves jugak aci walk-in walk-in nih. Takut full house. Redha je lah. Nasib baik tak. Line clear. Boleh sukahati chop meja, cantek punya depan tv. Nasik putih, ikan gerut2 bakar, kailan ikan masin, sotong masak kicap, telur dadar, tomyam campur & air yang pelbagai. 

Bbrrppp..! Alhamdulillah... Kenyang, bebeh! ;D

Perut berdangdut riang... Siap dengan gelek 360 darjah. Boleh imagine tak betapa comelnya ia? Mas Idayu pun menangis tengok! Ha3...

Terima kasih daun keladilah, Kak Aneem. ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google