SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AEON SERI MANJUNG SHOPPING CENTRE. Show all posts
Showing posts with label AEON SERI MANJUNG SHOPPING CENTRE. Show all posts

Wednesday, August 21, 2019

SI BOTAK YANG BERBISA

#Throwback

Fast & Furious Prsents: Hobbs & Shaw

Aku memang tunggu movie ni release. Dah cakap awal2 dengan Kanda, nak tengok. My bucket list lah kekdahnya... Sebab aku minat kat Dwayne Johnson & Jason Statham. 

Bagi aku, diorang ni adalah Si Botak Yang Berbisa! Muka legend, badan sado tapi, buleh buat kelakor dalam serius. Dan kelakor tu buleh dapat 5HA daripada Sis. Yeahhh... ;D

~ Puas hati dapat tengok. 

Kami tengok kat TGV, AEON Seri Manjung. Lepas tengok movie, Kanda ajak makan seafood kat Ikan Bakar & Steamboat Lumut. 

Opkos Dinda onz! Dinda teringin makan ketam, u ols..!

~ 'Hero & heroin' of the day: Kerapu Bakar & Ketam Masak Pedas

~ 'Supporting roles': Sotong Goreng Tepung, Tom Yam Campur & Sayur Campur

~ Air kelapa & fresh orange sebagai penghilang dahaga.

Kenyang baq hang! Balik, mata kuyu. Tapi, tak tertido pun. Kesian pulak Kanda drive sorang2. So, teman dia boraklah. Walaupun aku aci angguk tanda setuju je apa Kanda cakap, aci paham je apa Kanda cerita. Ha3...

Next movie bucket list adalah Angel Has Fallen. Sebab ada Gerard Butler. Charismatic sangat..! Ditambah dengan mulut dia yang senget2 sikit bila berbicara tu... owh... ho...... hoiii..! Melting! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 7, 2018

RASA DIHARGAI

Ada Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) koperasi on weekend. Owh... sob3...

Walaupun 'sob3...' tapi, redah la jugak. Lunaskan tanggungjawab sebagai penyampai taklimat & perasmi. 

Oppa tolong hantar sebab agak jauh & lalu jalan kampung yang berliku + sempit. Nebes kalau dua kereta berselisih. Thank you, Oppa..! #MuahCiked ;)

Setel je, terus berdesup kitorang dating! He3... 

~ Lepak kat Mee Tarik Warisan Asli, AEON Seri Manjung.

~ Main course: Egg Fried Rice & Mee Soup with Braised Beef. Layannn......

Bercadang nak tengok wayang. Tapi, movie yang kitorang nak tengok tu, waktu tayangannya tak kena. Maksudnya, kalau on, kompom habis tengah malam. Nak redah balik Teluk Intan lagik... Kesian Oppa. Mengantuk plak dia drive kang. So, tengok wayang postpone.

Seronok dating hari tu. Rasa dihargai. Eceh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 1, 2017

KuPAS

Mother ada event kat Dewan FELCRA Seberang Perak. Awal2 lagik dah chop aku & Oppa untuk tolong hantar. Senang Oppa nak adjust jadual katanya... He3...

Alhamdulillah... Oppa free.

~ Nama Event: Ceramah Maulidur Rasul 1438H & Pelancaran Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak (KuPAS)

~ Sementara menanti ketibaan VVIP...

~ YB Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani serta Ahli Parlimen Pasir Salak.

Kami plan, lepas hantar Mother, agak2 Mother dah jumpa geng, kami jalan2lah sekejap. Tak kesah la ke mana. Pusing2 naik kereta sambil tengok sawah padi pun bollehhh...

Tapi, kita kan hanya merancang... Tak semestinya semua perancangan tu terlaksana. Hu3...

Ada kereta Perodua Bezza block parking. Takde 1 ceruk pun yang memungkinkan kami untuk bawak #CikPuteh keluar! Choiii... betul! Kecewa. Hampa. Pilu. Sayu. Syahdu. Sedeh. Terkilan. Terkesima. Bla3... Semuanya ada.

Redha je la... Tsk3...

Nasib baik ada port baik punya..! Bawah khemah berkipas, tepi dewan, ada kerusi & meja dengan angin yang kadang2 kencang, kadang2 sepoi2 bahasa. Cuaca seperti mendung nak hujan tapi, tak hujan2.

~ My good companion. ;)

Kitorang lepak, layan media social, berborak dari topik duniawi sampailah ke ukhrawi... pendek kata, A to Z lah! Lepas tu, makan.

Terima kasih kepada mokcik2 yang prepare lunch. Tanpa anda semua, kompom kami kebulur tahap gaban! Nasik putih + ayam goreng berempah + gulai daging + pajeri nanas + timun + sambal belacan + air sirap + tembikai. Sodap giler kekdahnya! ;D

1/2 hari kitorang terperangkap akibat parking kena  block. Fuh! Sungguhlah mencabar!

Lepas tu, tetiba pulak terindu kat pretzel Auntie Anne's.

~ Makanya, kami ke AEON Seri Manjung.

~ Kekenyangan...

Mokcik2 tu adalah geng surau Mother. Malu2 tapi, sporting. Diorang tumpang balik. Tapi, terjebak sampai ke Manjung. He3...

Kemudian, Oppa bawak ke Lumut Waterfront. Nak beli ikan bilis mata biru. Puas hati! Sedap, owh... ikan bilis mata biru..! Goreng bodoh2 pun sedap. 

Sampai rumah Mother pukul 8.00 malam. Balik rumah sendirik pukul 9.30 malam. Good night, sleep tight la jawabnya...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Monday, October 24, 2016

POKOK KELAPA + LAUT + OMBAK + MAKANAN

Takde plan2. Spontan. Terpikir on the spot cenggitu je (sambil petik jari). Bayangkan tau! Ha3...

Idea tercetus masa kat rumah Mother. Mother takde. Bersosial dengan geng surau beliau. Aku usulkan kat Oppa. Selepas timbang-tara, Oppa setuju. Dengan syarat, bagi dia tido dulu. 

Hokay, takpe... Ah kak memahami. Silalah tido nyenyak2 dulu, ye... sayangku... Oppa... saranghae..! ;)

Ah kak tak nak buang masa sebab masa itu emas. Giler ke apa ke... nak buang emas kan... ;P So, aku ke dapur, masak nasik, buat sambal tumis ikan bilis, goreng kacang panjang & nugget. A_bern jadik 'P.A'. Dia tolong bancuh air, bubuh siap2 dalam bekas. 

~ Gulung tikar & bubuh semua makanan + minuman dalam bakul.Sumbat dalam #CikPuteh.

Siap! Jom picnicccccc......!!! Yariibaaa2..!!! Ha3...

Destinasi: Teluk Batik... pun bollehhh... Yang penting, enjoyce..!

Tak mandi-manda. Lepak2 bawah pokok kelapa sambil tengok laut, ombak, bebudak main pasir, orang naik banana boat, tido kejap, makan, bla3... 

~ Mother nak makan, kena paksa selfie dulu. Heh3...

~ Saujana...

~ Couple paling hot! Ha3...

~ Behave sebab ada Mother mertua. Ha3...


~ Perbincangan hal rumah tangga. Ha3...

~ Result perbincangan: Hokay... rumah tangga bahagia. Alhamdulillah... Ecewah..! Ha3...

~ Restoran Dayang. Cantik restoran ni. Konsep terapung.

Tapi, tak berkesempatan nak rasa makanan dia. Sebab tak bukak lagik. Takpelah. Next time, maybe...

~ Gazebo & jambatan buluh.

Lewat petang, kami ke AEON Seri Manjung pulak. Oppa mengidam Auntie Anne's pretzel. Dapat yang coklat je... faveret Oppa. Yang cheese, faveret aku, nan hado..! Choiii..!

Lepak2 sekejap, kemudian balik.

Sehingga ketemu lagik di picnic yang akan datang... Cewah..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, October 2, 2015

SEPTEMBER YANG INDAH

16 September...

Hari Malaysia merangkap cuti umum. Seluruh rakyat jelata happy sebab dapat cuti free. Mungkin ada yang plan nak bawak family jalan2 ke... balik kampung jenguk parents ke... membongkang qada' tido ke... atau pun, ada jugak yang amik kesempatan keluar dating. Tetttttt......!!! Hiks...

16 September...

Aku bawak Mak keluar beli stok barang basah kat Pekan Rabu #AnakMithali Ahaks3... 

Ramai betul umat manusia! Memasing memanfaatkan cuti dengan mengrestock bahan2 basah kot..! Crowded! Pitam sekejap. Hu3...

16 September...

Birthday #SongJiHyo jadian ni. Ahaks3... Awwsss..! Rasa malu blushing2 pulak bila declare sendirik cenggini. ;P

~ Mak masak tomyam dengan carrot munge2 untuk birthday girl. Nom3..!!! 

Sayang Mak laju2..!!! He3...

Terima kasih banyak2 kepada yang ingat hari lahir & sudi wish kat social media mahupun apps. All your wishes really made my day... Terasa seperti retis fofular pulak. Kahamsamnida... ;P

16 September...

Oppa kata, nak spend time dengan birthday girl. Chill2 & makan2. Owh... ah kak like3 lah! ;D

Lepak kat AEON Seri Manjung. Singgah kedai toys, carik robot baru untuk Rifqi. 

Ntah la... lately ni, Rifqi terlajak manjas dengan we ols. Kalau pergi mana2, musti cakap...

"Nak ikut Acu..!"

Dengan syarat, kereta Papa follow lah. Kalau tak nampak kereta Papa, dia bebel...

"Acu, kereta Papa mana? Tak nampak pun."
"Ada kat belakang tu..."
"Papa jauhlah. Acu la ni, laju shangat. Acu Pendi jangan la bawak laju2."

Dan2 tu Acu Pendi kena tarbiyah. Ha3...

Budak kan cepat bosan kalau lama sangat dalam kereta. Mula la dia tak berapa nak behave. Bila cenggitu, aku suruh tido. Mendengar kata, hokay..! Zikir2 sambil tepuk2 sikit montot dia, tak sampai 10 minit, dah lelap. Daebak tak Acu dia? Heh3...

Sebab tu lah asal jumpa kedai toys yang ada jual robot2, musti aku teringat kat Rifqi. Ultraman & desakse (raksaksa) lah... Transformers lah... cengkadak yang boleh bertukar jadik robot lah... macam2!

Lepas beli robot, Oppa ajak dinner. Try steamboat kat Johnny's Restaurant.

~ Bbq Beef as appetizer. Sodap! & 'hero' malam tu adalah steamboat.

~ Table for 2... ;)

~ Feeling #SongJiHyo sangat..! Ahaks3...

~ Owh... 'my Kang Gary Oppa'... Ko ada..??! Ha3... 

Dapat cuti free (tiap2 tahun, hokay..!)... dapat tomyam best daripada Mak... dapat warm wishes daripada adik-beradik, family & friends... dapat spend time & makan steamboat dengan Oppa...

Semua2 tu jadikan September tahun ni September yang indah untuk aku... & mudah-mudahan untuk tahun2 seterusnya pun cenggitu...

In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 13, 2014

APPRECIATE BILA MAMPU BERCANDA CENGGINI

Hari yang sama dengan hari 'Jelajah Keretapi' Mak & geng surau...

My 'Jebat' cuti. Cuti dari sebarang kerjaya dia yang bercabang2 tuh. Kontraktor & petani moden... dua2 off! Sangat heaven bila dapat spend time together2. Tapi, kalau spend time kat rumah je, macam tak berapa #halussss je kan... Maka, we ols pun datinglah ke Lumut...

 ~ Agenda pertama adalah makan laksa & cendol. Sangat secocok kan..!

Sampai meleleh2 habaq hang..! My 'Jebat' kalau buat lakonan semula, memang poyo! Ha3...

We ols menjamu selera kat area Lumut Waterfront tu jugak. Bukan yang tepi laut. Tapi, yang seberang jalan belah sini. Boleh imagine tak direction ah kak nih? Aku pun konpius bila baca balik. Ha3... 

Alaaa... senang cerita, yang kat area banyak kedai2 jual hasil laut tu la. Sederet port makan kat situ. Pilih je nak masuk celah mana 1. Dulu, aku pernah rasa laksa yang sodap kat sini. Lama dah... Yang pasti, bukan stall yang ni. Salah percaturan sebab laksa dia ke laut sikit. Cendol pun ke laut! Pakai santan lama. Yappedaaa..! Potong selera betul!

~ Selfie kat Lumut Waterfront. Jalan kaki je, you ols..! Sesak napas sekejap. Hnnsss3..! Tak jauh mana pun... Tapi, paham2 je la, ek! Hu3...

Tak lama pun kat Lumut Waterfront tu. Panas membahang! Cair make-up I ols tau..! Awwsss..! ;P

Sang gagak pun banyak. Neves pulak tengok 'najis muttawasittah' yang bersepah2 tuh. Better chow sebelum menyesal! Okbai.

Agenda ke-2 adalah shopping kat AEON Seri Manjung. Bajet nak rembat sehelai blouse je. Tapi, 'tawaf2 sikit rasa macam... 'Eh, canteknya!'... 'tawaf' ke depan lagik... 'Ada discount, dowh..!'... & ke depan2 lagik... 'Perrgghhh..!!! Cantek! Rugi tak amik!'... Sudahnya, membawak ke 3 helai blouse. Siap buat AEON Member Card lagik. Renew untuk 2 tahun terus! Sebab ada promotion. Berbangga betul pada diri sendirik! Ha3... 

Agenda ke-3 samadengan carik makan. Revisit Restoran Ikan Bakar Nasa2. Hadiah untuk perut kekdahnya... Hiks...

~ Sup ekor tu sodap. Sotong goreng tepung pun pakai sotong fresh. Bagus! Boleh menambahkan kegumbiraan perut. ;P

~ Sotong bakar. Fresh jugak. Tapi, perapan tu macam terlebih serai.

~ Pulut mangga sebagai desert untuk My 'Jebat'. Aku mintak tolong dia suapkan mangga tu je. Tak keras sangat, tak lembik sangat. Sedang2. Sodap!

Sila ke alamat berikut kalau rasa nak terjah jugak:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Jarang wooo... dapat bercanda cenggini... So, sangat appreciate! ;)


p/s: Mak selamat sampai. 'Jelajah Keretapi'nya berjalan lancar. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 5, 2013

KEKECEWAAN MENCARIK FOOD COURT

Bawak Mak ke Manjung. Tapi, bukan aku yang bawak la... Aku tumpang menyibuk je. Heh3...

Pergi dengan Abang & family. My 'sayang' tak join sebab kerja. Busy kebenor beliau bukan kepalang. Al maklum la... ada 3 kerjaya kata ko!

Takpe2... I is hokay jerrr... Plus, my 'sayang' kuat kerja carik rejeki halal pun untuk masa depan kami jugak kan... Buat apa nak mengeluh bagai? Sebagai isteri, aku musti bertabah! Chaiyok2!

Cubaan jadik wanita besi sangat kan... Walaupun... Hu3...

~ Sampai dah kat AEON Seri Manjung... Dipendekkan cerita gitu..! ;P

Memula ke Kedai 'blink2' Zaiton. Paham2 je la 'blink2' tu apa, ek! Tak kose nak explain. Ha3...

Mak & Kak Aneem ada urusan kat situ.

~ Lepas tu, terus berdesup ke AEON Seri Manjung. 

Port pertama adalah food court. Kengkonon nak carik food court yang ada jual nasik campur. Sodap tak sodap... belakang kira! Yang penting nasik campur / berlauk. Lapor tahap menggigil dah kot..! Mana taknya..?! Ghalit sangat kat Kedai 'blink2' Zaiton tuh, sampai tak sedar dah dekat pukul 2 petang. Memang sah2 kebulur habis la...

Kuchiwa sebab tak jumpa nasik campur. Sob3... Redah makan apa yang ada je lah. Semua pun pakat2 mintak chicken rice lepas tu, add-on bihun tomyam. Time makan, semua diam membisu! Khusyuk betul! Tau2 je pinggan dah licin. Tahap takde sisa langsung pulak tuh. Kitorang menyenangkan kerja si tukang cuci pinggan hari tu. Ha3...

Chicken rice tu not bad la... Bihun tomyam tu pulak sebenornya sangat fail! Tapi dah katanya kebulur kan... licin jugaklah! Ha3... Kelakor betul!

Naik 1st floor, jalan ke depan sikit, jumpa map. Nawaitu asal nak mengkaji, di manakah Playland. Tapi, ternampak mende lain. Aku pandang Kak Aneem... Kak Aneem pandang aku... lepas tu, sama2 pandang Abang... Abang terus blurr! Mak pulak blurrkuasadua.

Sebab rupa2nya ada lagik 1 food court kat tingkat 1 yang ada provide nasik campur. Bengang + kelakor tahap gaban = aku pun confuse nak buat memek muka macam mana?! Adeh3...

Dah la sebelum tu dok kutuk2 kata apa la... AEON takde food court besor jual nasik campur... shopping complex je besor tapi, food court kecik cinonet... bla3...

Amekaw!

Mampu gelak je la... Gelakkan diri sendirik & keluarga tersayang... Ha3... *sambilkesatairmata*

~ Window shopping + melayan bebudak ni main kat Playland.

~ Bapak budak pun excited sama! Ha3...

~ Siapa paling over? Ha3... Hadoi!

Kalau biarkan lama2 sikit, mau lupa diri terus Abang aku tuh! Silap hari bulan, anak2 dia pulak terconfuse tengok papa diorang yang over. Hadoiiyaiiinyapon..!!!

Syiok sangat pusing AEON ngan Mak. Banyak pit-stop sebab memasing sakit kaki. Nampak sangat kan... He3...

Pukul 4 petang baru sampai rumah. My 'sayang' dah ada kat rumah Mak, tengah siap2 sebab nak berkonvoi pulak ke rumah Cik Siah. Ada open house. 

Menu: nasik tomato, ayam masak merah, dalca, gulai daging, bihun goreng, bubur durian, laksa & macam2 lagik lah! Lapor balik... 

Makan... makan... & makan je kerjanya..! Lupakan 'Tiz Zaqyah & Nelydia Senrose' kejap. ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google