SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RESTORAN IKAN BAKAR NASA 2. Show all posts
Showing posts with label RESTORAN IKAN BAKAR NASA 2. Show all posts

Monday, June 16, 2014

KEKENYANGAN & KESEDEHAN...

Membawak ke GM Holidays Hotel, mencarik penginapan. Bilik available tapi, persekitaran pulak macam tak berapa nak cantek. Sebab bangunan sebelah sedang under construction & renovation. Risaukan risiko runtuh & bising. Heh3... Cancel jugak.

Pencarian last, kat area Lumut Waterfront. Survey Hotel Indah & Putra. Cancel jugak sebab bangunan nampak uzur. Takut dapat bilik yang bau karpetnya ya hado..! Tak pasal2 merana lubang hidung untuk 1 malam. Owh... nehi3..!!!

Jalan ke depan sikit... & sikit... & sikit lagik... Eh, bukan jalan menggunakan kaki! Tapi, menggunakan kereta. Tak payah nak exercise sangat lah! Heh3...

Ada bangunan baru & ternampak 1 hotel. Brezza Hotel. 1st impression... hotel baru, segala2nya pun sure baru. & itulah hakikatnya... Suka sangat hati ah kak tau..! ;)

Check-in, lepak kejap & tenangkan sendi2 yang sedikit cramp kerana berkubang tuh. Sangat lega... My 'Jebat' sempat tido lagik..! 

Pukul 5 petang, berjalan2 kat Lumut Waterfront yang letaknya sangat tak jauh dari Brezza Hotel. Amik2 gambar & melayan angin sepoi2 bahasa. Nyaman ahhh... 

~ Kagum dengan 'ikan todak'...

~ ... & 'ikan parang' ni. Hebat sangat la tu, sampai boleh tergantung2 cenggitu kan... ;P


~ Cubaan mengecutkan badan. Harap berjaya. Ha3...

Plan nak pekena laksa kat Marina Wing. Tapi, tak jadik sebab crowded. Terus je la ke AEON Seri Manjung. Sempat shoppingkan blouse muslimah untuk Mak & hi-tea.

Macam sodap pulak, dowh... nasik lemak kat food court dia. Ayam goreng yang digoreng sempurna. Krup krap... krup krap... aku kunyah. Terkenang2 kot..! Kalau aku taip entry ni di bulan Romadhon, mau terkenang2 sambil nangis berguling2 nak habiskan ayat 1 persatu. Ha3... Hadoih!

Pukul 8 malam, agenda makan2 lagi... Asik menternak lemak je lah kerjanya. Ho3... 

Destinasi:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Motip: Nak makan ikan bakar dengan seafoodlah. Takkan nak beli beskal pulak. Haish!

~ Wajah2 pemakan yang hebak. Kecuali aku. Sila percaya..! He3...

~ Som tam, faveret Kak Aneem.

~ My 'Jebat' kesayangan... Eceh! ;P

Dah repeat makan kat sini beberapa kali sebab sodap & service laju. Meh, nak kasik 3.5/5 bintang, meh! ;)

Tak larat dah nak jalan2 walaupun ke waterfront sebab perut dah santak. Memasing pikir nak tido je. Dok terbayang2 katil, bantal & air-cond hotel je. Owh3...

Sampai bilik, sempat lagik aku layan Cerekarama. Kakak tajuk dia. Sedeh habaq hang! Makanya, tidolah ah kak malam tu dalam keadaan kekenyangan & kesedehan... Ko mampu.. menggabungkan emosi sedemikian..??! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, June 13, 2014

APPRECIATE BILA MAMPU BERCANDA CENGGINI

Hari yang sama dengan hari 'Jelajah Keretapi' Mak & geng surau...

My 'Jebat' cuti. Cuti dari sebarang kerjaya dia yang bercabang2 tuh. Kontraktor & petani moden... dua2 off! Sangat heaven bila dapat spend time together2. Tapi, kalau spend time kat rumah je, macam tak berapa #halussss je kan... Maka, we ols pun datinglah ke Lumut...

 ~ Agenda pertama adalah makan laksa & cendol. Sangat secocok kan..!

Sampai meleleh2 habaq hang..! My 'Jebat' kalau buat lakonan semula, memang poyo! Ha3...

We ols menjamu selera kat area Lumut Waterfront tu jugak. Bukan yang tepi laut. Tapi, yang seberang jalan belah sini. Boleh imagine tak direction ah kak nih? Aku pun konpius bila baca balik. Ha3... 

Alaaa... senang cerita, yang kat area banyak kedai2 jual hasil laut tu la. Sederet port makan kat situ. Pilih je nak masuk celah mana 1. Dulu, aku pernah rasa laksa yang sodap kat sini. Lama dah... Yang pasti, bukan stall yang ni. Salah percaturan sebab laksa dia ke laut sikit. Cendol pun ke laut! Pakai santan lama. Yappedaaa..! Potong selera betul!

~ Selfie kat Lumut Waterfront. Jalan kaki je, you ols..! Sesak napas sekejap. Hnnsss3..! Tak jauh mana pun... Tapi, paham2 je la, ek! Hu3...

Tak lama pun kat Lumut Waterfront tu. Panas membahang! Cair make-up I ols tau..! Awwsss..! ;P

Sang gagak pun banyak. Neves pulak tengok 'najis muttawasittah' yang bersepah2 tuh. Better chow sebelum menyesal! Okbai.

Agenda ke-2 adalah shopping kat AEON Seri Manjung. Bajet nak rembat sehelai blouse je. Tapi, 'tawaf2 sikit rasa macam... 'Eh, canteknya!'... 'tawaf' ke depan lagik... 'Ada discount, dowh..!'... & ke depan2 lagik... 'Perrgghhh..!!! Cantek! Rugi tak amik!'... Sudahnya, membawak ke 3 helai blouse. Siap buat AEON Member Card lagik. Renew untuk 2 tahun terus! Sebab ada promotion. Berbangga betul pada diri sendirik! Ha3... 

Agenda ke-3 samadengan carik makan. Revisit Restoran Ikan Bakar Nasa2. Hadiah untuk perut kekdahnya... Hiks...

~ Sup ekor tu sodap. Sotong goreng tepung pun pakai sotong fresh. Bagus! Boleh menambahkan kegumbiraan perut. ;P

~ Sotong bakar. Fresh jugak. Tapi, perapan tu macam terlebih serai.

~ Pulut mangga sebagai desert untuk My 'Jebat'. Aku mintak tolong dia suapkan mangga tu je. Tak keras sangat, tak lembik sangat. Sedang2. Sodap!

Sila ke alamat berikut kalau rasa nak terjah jugak:-

Restoran Ikan Bakar Nasa 2
Jalan Iskandar Shah
32200 Lumut, Perak

Jarang wooo... dapat bercanda cenggini... So, sangat appreciate! ;)


p/s: Mak selamat sampai. 'Jelajah Keretapi'nya berjalan lancar. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 25, 2014

NITE @ LUMUT

'Malam yang sepi pi2... Pak Mat jual topi pi2... Topinya koyak yak2... Pak Mat jual tempoyak yak2... La3...'

Ingat lagik tak dengan lagu asli Melayu zaman kanak2 tuh? Nyanyi sambil tepuk2 tangan. Comel je. ;)

Tapi, bukan nak cerita pasal lagu kanak2 atau 'topi Pak Mat' mahupun 'tempoyak jualan beliau' tau! Tidak sama sekali. Tak berkait langsung! Yang berkait cuma 'malam' tu je sebab kesah ni kesah waktu malam. 

Begitu... Hiks...

Dengan murah hatinya, Abang nak belanja dinner treat, makan ikan bakar & seafood. Owh... kecik tapak tangan, 1 Pasar Malam Teluk Intan adikmu tadahkan..! Eceh! Mementang la baru lepas cerita pasal pasar malam. Ha3...

Tak nak kat Teluk Intan katanya... Nak makan kat area Lumut nun! 

Hokay! Baheklah. Yang penting perut kami terisi. He3...

~ Kat Restoran Ikan Bakar Nasa 2. Tak plan pun... Aci redah & terjah!

~ Rambut Kak Ngah a.k.a Adira (kengkonon la kan... kengkonon...) selepas ditiup angin sepoi2 bahasa.

~ Mak menikmati Lai Chi Kang Suam.

~ Menu macam biasa lah, ikan bakar, telur dadar, tomyam campur, sotong masak kicap, kailan ikan masin & udang masak pedas. 

Terangkat, dowh..!!! 

Walaupun 1st time tapi, puas hati. Servis cepat & rasa sodap tak hengat! Berbaloi2 kitorang mengterjah. Pasal harga, sila rujuk kat Abang sebab kami tau sediakan perut cukup2 & makan je. Ha3...

Perut dah ceria, muka pun ceria. Dari perut membawak ke wajah gitu..! ;P

Teruskan menikmati keindahan malam di Lumut Waterfront. Nyaman. Best. ;)

~ Tumpang landing kat Mak, amik napas dalam2. Semput berjalan dari parking ke waterfront. Hnnsss3!!!

~ Model handbag nenda kesayangan... He3...

~ Tengok laut...

~ Dengan angin sepoi2 bahasa... Rasa romantik pulak! Ahaks3...

~ Team Gwiyomi. Ha3...

~ Happy bila Mak happy... ;)

~ Team Gwiyomi lagik. ;P

~ Macam nak berdansing!


~ Feeling2 romantik jugak kot..! Hiks...

~ Anak Papa...


~ Anak2 menggediks, Mak tengokkan je. He3...



Bosan tengok laut. Ke Gerbang Malamnya pulak. Macam2 ada..!!!

~ Clown pun ada..! 3 spesis belon Abang 'invest' kat sini untuk 3 anak2. Bila lagik nak pau Papa korang kan... ;P



Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Nak check-in kat Lumut tak boleh sebab esok paginya aku & my 'sayang' nak ke Penang. Urusan persandingan Aril & Erna. Redah jugaklah balik malam tu. 

Alhamdulillah... selamat semuanya... 

Terima kasih, bro sebab belanja we ols. Nanti I ols belanja pulak, ek! Lokasi pilihan, pehh--lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google