SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, December 10, 2011

SAMBAL UDANG OMBAK RINDU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kesah sedih Innalilla hiwainna ilai hirojiun tu, aku sambung secara selang-seli la, ek?! Sebab bila jari-jemari nie nak mula menaip, sambung kesah sedih tuh, hati nie terus jadik sebak. Perlukan kekuatan... Sebab tu aku selang-selikan dengan entry lain yang aku rasa lebih santai sikit...

Entry lain yang dimaksudkan, tak lain tak bukan, entry masak2 untuk KKBA.

Bahan2:-

10-15 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cawan cili kisar
1 keping asam keping
1 sudu kicap
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng udang separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan kicap & sedikit air. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam keping, gula & sedikit garam (jika kurang masin).
5) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Udang Ombak Rindu. Amekaw! Demam Ombak Rindu kata ko..! He3...

~ Dimakan bersama nasik putih panas, ikan tauhu goreng & sambal kicap. 

Selamat memasak lunch, ye..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

6 comments:

eja said...

udang sedap msk pe lagi yek..aku dh kehilngan menu2 masakan ni..dh xtau nk msk pe dh..jemu dh mkn nasi..

fairus said...

ENAK NAMPAK...

ArELeEz said...

eja,
udang klu masak lemak cili padi pun best jugak. xpon klu nak ratah2 xmo makan nasik, hang just grill jer. cicah air asam. perrgghhh..! air liur aku yg meleleh nih! hu3..

ArELeEz said...

fairus,
so far so good.. he3..

fazrulnoor said...

kalau makan udang nak yang dah kopek

ArELeEz said...

fazrulnoor,
klu camtu, kene carik tukang kopeklah! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google