SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, December 14, 2011

AIR TANGAN SEORANG IBU...

Kalau dah namanya air tangan mak, masak apa pun rasa sodap kan? Kadang2 sampai terkenang2 & termengidam2 nakkan masakan mak.

Katalah balik kampung di hari raya, harus si anak2 merequest macam2 masakan faveret kat mak.

"Mak... raya nie mak masakkan nasik impit ngan ayam sir sau, 
ek? Dah lama benor tak rasa!"

"Ummi... boleh tak masakkan nasik minyak ngan ayam masak 
merah? Termengidam nih!"

"Mama... nak lontong, please..! Dari minggu lepas dok mimpi 
makan lontong yang mama masak."

Owh... walau apa pun panggilan untuk seorang ibu, maksud tersiratnya tetap sama, nak makan masakan dari air tangan ibu2 kita.

~ Nie contoh masakan dari air tangan mak aku, ikan bawal cermin tumis cili padi. Simple tapi, boleh buat aku termimpi2 terkenang2 termengidam2 sampai sekarang & bila2 pun! 

Walaupun mak dah ajar cara2 nak masak tapi, macam sengaja jer masuk telinga kiri, keluar balik kat telinga kanan sebab konon2 takkan sama la dengan air tangan mak. & konon2 lain kali nak request lagik... & lagik... & lagik2... Pssttt2!!! Malas kekdahnya... Hiks...

Yang ibu2 kita nie pulak, bila dengor jer anak2 nak balik, lepas tu siap roger2 merequest macam2, awal2 pagi dah ke pasar, beli bahan2 nak masak. Kelentang-kelentung tanpa pembantu kat dapur. Tak pernah merungut! Sukahati lagik sebab anak2 nak balik, makan ramai2.

Tapi, apsal bila ibu2 datang ke rumah anak2, tetiba kata teringin nak makan itu... ini... konon2 nak rasa pulak air tangan si anak2, restoran & gerai2 makan jadik solutionnya! Kadang2 tu, siap cakap, 'Malas la nak masak hari nie mak/ummi/mama. Tapau 
jer lah!' 

Kecewa hati si ibu2... tapi, mungkin tak dizahirkan. Memahami kot dengan kesibukan melampau si anak2. Walhal kadang2 permintaan si ibu2 tu taklah seberapa sangat kalau nak dibandingkan dengan permintaan si anak2 yang macam2! Plus, si ibu nie sebenornya nakkan suasana kasih sayang harmoni tu jer bilamana si anak2 memasak sambil bertanya tentang resepi kat si ibu. Itu jer!

Permintaan yang sekecik tu pun kita (si anak2) susah nak tunaikan kan? Aku la tuh! Isk3... 

Renung2kan & selamat beramal ye, 'anak2'..! ;)


:: Like3, ek! ::

6 comments:

SYANI said...

Suka mak aku punya sambal tumis.. Request everytime balik rumah mak..

dwaty said...

ermmmm ada betulnya...

ArELeEz said...

SYANI,
confirm sodap tuh! ;)

ArELeEz said...

dwaty,
sekadar renungan.. ;)

~ain said...

emak ain punya signature dish ialah daging masak merah.. Memang mcm nak jilat pinggan kalau dia masak lauk tu...

kdg2 kita terfikir tau, leez.. Kalaulah kita ada anak satu hari nanti, ada ke anak kita akan termimpi2 masakan kita bila dia berjauhan dgn kita macam kita rindu masakan emak kita tu..

heheh...

ArELeEz said...

~ain,
musti sodap abis kebabom tuh sbb siap jilat pinggan tu, derr..! he3.. btw, signature mak leez yg jd fav leez lak adalah ayam sir sau ngan sambal tumis. t'angkat, bebeh! ;P

aah. sama la.. leez pun penah luahkan kat my 'sayang' isu yg sama. ye la kan.. sbb leez nie masak pun aci redah janji buleh makan jer. xde signature dish lagik pun.. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google