SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 15, 2011

PEGAWAI DAH TERBAIK, STAF PULAK YANG HAMPEH!

Kesah Hospital Teluk Intan lagik... Takde siapa2 yang admitted. Just bawak mak attend appointment ngan Physiotheraphist kat Jabatan Fisioterapi.

Actually, bukan sengaja asik nak membebel2 jer pasal service kat Hospital Teluk Intan nih. Tapi, dah kenyataan... nak buat camne kan... Plus, kalau tak diluahkan kat blogungukechentaan nie rasa macam ada yang tak kena jer... Rasa terbeban gitu..! ;P

Ironinya... ecewah! Over plak bila masukkan bab2 'ironi' nih! He3...

~ 'Selamat Datang Ke Jabatan Fisioterapi'. Welcome greeting tu dah tip top dah! Nampak mesraaaaaa...... gitu kan... 

Hari tu mak ada temujanji senaman. Temujanji tu berjalan lancar. Tapi, ada 1 insiden yang buat aku rasa nak kata, 'Damn you!!!' kat Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP)yang pakai tudung oren yang nampak kepala sikit tuh yang dok kat kaunter tu, haaa..! Amekaw!!! Panjang betul description! Fuh!

Insidennya begini...

"Nyonya si polan (bukan nama sebenar. Seorang auntie 
berbangsa Cina)!"

'Nyonya si polan' pun terkocoh2 datang kat kaunter. Kesian sebab tulang belakang dia cam membengkok.

"Ini aaa... auntie punya tarikh temujanji sudah lepas 
tau! Bulan 9 last! Skang sudah bulan 12 maaa... Apa 
pasal datang skang? Mana boleh suka2 mau 
datang!"

Korang kena baca dengan gaya bengis macam filem ibu mertuaku tuh. Baru boleh feel... Plus, memang PKP tu bercakap dengan intonasi bengis!

Yang auntie tu pun explain la macam2... itu ini... begitu begini... Volume suara slow jer. Mungkin dia malu bila diherdik macam tu. Isk3...

Paling sadis, last2 si PKP tu boleh cakap gini...

"Mana boleh auntie suka2 datang... Tak taulah saya 
nak buat macam mana?! Auntie pergi tanya 
sendiriklah dengan pegawai kat belakang tuh!"

Terkocoh2 pulak auntie tu masuk dalam bilik exercise jumpa si pegawai. Luckily, si pegawai yang kebetulan datang ke kaunter kata, auntie tu memang takde spesific tarikh. Memang last appointment adalah bulan 9. Lepas tu, auntie boleh datang ikut kelapangan dia. Tapi, still kena datang cuma tak diberikan tarikh temujanji jer.

Pegawai pun boleh cakap sopan2, hokay..! Haish!

~ Terkulat2 la si PKP bila dengor explanation daripada pegawai. Boleh pulak si PKP pandang2 kat aku sambil senyum control2 ayu! Chaittt!!! Blah la, woi!!!

Aku yang jadik pemerhati dari jauh nie pun sentap tengok auntie tu kena herdik macam tu tau! Ko agak2 la kan... Cer bayangkan kalau auntie tu mak2 kita... mak ko jugak... Apa perasan ko bila mak ko kena herdik sebegitu rupa di depan orang-ramai? Cer citer... Cer citer...

Kot ye pun ada salah paham/memang kesilapan, tegur la baik2. Cakap lembut2. Mungkin sebab pelanggan kita tu dah tua... so lambat sikit pick upnya. Bawak2 bersabor, istighfar banyak2 ye Puan PKP..! 

Kata Jabatan Fisioterapi... kalau rasa2 tengah hangen 1 badan tu, bawak2 la bersenam... work out lite2 ke... Itu pun saya mau ajarkah? Coi!!!


:: Like3, ek! ::

4 comments:

fairus said...

DIA SEDANG TEKANAN LA TU..

ArELeEz said...

fairus,
sume org ade tekanan.. dah itu tugas kita. masa akujanji.. mase induksi.. kita dah lapanploh kali disuruh b'manis muka dgn pelanggan. layanan baik.. macam2 lagik! so, xkan xpaham2 lagik kot! ngabihkan duit gomen jer anta kursus! huh!

~ain said...

ko ye pun auntie tu salah, beradab lah sikit.. mcm lah hospital tu pak dia punya kan? memalukan org islam je dia tu...

ArELeEz said...

~ ain,
tau xpe..!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google