SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 15, 2011

KECEMASAN!!!

Minggu lepas, berhari2 ah kak cuti dari berblogging. Bukan takde cerita, banyakkkkk.... sangat cerita. Tapi, kan minggu lepas 
2 orang family members kembali ke rahmatullah... So, mood berblogging tu dah ke laut sekejap. Still terkejut kot...

Beberapa hari nie baru nak panas enjin balik. Makanya, banyak la entry2 tertangguh, ye! Harap maklum.

Macam entry nie, kejadiannya berlaku pada 2 Disember 2011. Tengahari, masa lunch hour, my 'sayang' cakap yang abah admitted kat wad kecemasan Hospital Teluk Intan sebab darah tinggi naik sampai 219!!! Memang tinggi sangat tuh! Silap haribulan boleh pitam & pengsan!

Gigih kami melawat abah kat wad kecemasan tuh. Abah kat Zon Separa Kritikal (Zon Kuning). Tak boleh tengok ramai2. 1 pelawat untuk satu2 masa. Terpaksa la aku lepak kat ruang menunggu. My 'sayang' masuk sorang2, hantarkan roti ngan air kat abah.

~ My 'sayang' kata, bacaan tekanan arah abah dah menurun ke 190. But, still tinggi jugak tuh. Kalau tak silap aku, yang normal adalah 130. Correct me if I'm wrong.

~ Sementara abah berehat kat Zon Kuning tuh, doktor suruh kitorang amik ubat kat farmasi hospital dulu. Senang! Nanti kalau abah dah ok & discharge, boleh terus balik bawak ubat sekali.

Nombor giliran amik ubat adalah 5129 which means kaunter 5. Bercerita pasal kaunter 5 nie kan, memang boleh pitam owh... nak menunggu turn walaupun 'nombor sekarang' adalah 5120. Kalau dicongak2, ada 8 orang jer lagik then baru nombor ubat abah. Tapi, kaunter 5 nie memang berchenta banyak la kan...

Tak tau apsal lembabbbb.... sangat? Dah la kaunter 5 nie macam khas untuk ubat patient yang kritikal/yang banyak penyakit. Means, sekali amik ubat, memang sebabun la kan... 

Nak carik ubat yang sebabun tu samadengan makan masa. Yesss! Fine! Aku paham... Tapi, yang ko boleh dok gelak2 sambil muka riang-ria tu apsal? Apa kes..??? Dari dok gelak2 riang-ria tu adalah lebih afdal kot kalau ko cepat2 carik ubat. Lepas opis hour kang ko nak gelak2 riang-ria tak hengat takde siapa kesah hokay..! Huh! Emo kejap ah kak!

Hokay, dah! Tu jer kot nak membebel! Hu3...

Eh! By the way, abah discharge pada hari yang sama. Alhamdulillah... Actually, tekanan darah abah naik mendadak sebab abah makan durian + ikan masin. So, lepas nie, memang kena pantang la kot. 


:: Like3, ek! ::

2 comments:

~ain said...

org darah tinggi kena jaga makan.. salah makan sikit, silap2 masuk spital...

ArELeEz said...

~ain,
yupp! betul sgt2! sbb tu leez selalu m'bebel kat mak, suh jaga makan. alhamdulillah.. mak dengor kata! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google