*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Let's check it out... apa yang ah kak masak? ;) Mukadimah terpendek kot sebab tak reti dah nak membebel apa?! Hu3...
Bahan2:-
3 ekor ikan merah (disiang & dicuci bersih)
1 batang serai (dibelah 2 tapi, jangan putus)
5-7 batang kacang buncis (dipotong)
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah 4)
5 helai daun limau purut
Air masak
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan air masak secukupnya. Masak hingga mendidih.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan daun limau purut.
6) Masukkan ikan merah. Masak dengan api kecil.
7) Masukkan kacang buncis & tomato. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.
~ Asam Pedas Ikan Merah Tentang Dhia. |
~ Lauk2 bersama adalah ikan merah goreng, cili kicap & telur dadar. Terbaik, wok..! ;P |
Nama resepi tu biasa la... memang over! Ha3...
:: Like3, ek! ::
4 comments:
haihhhh terliur asam pedas dah ni...nk kena buat gakla hehe
Ms.Lilies,
sila3.. sambil masak tu sambil pegang tisu, ye! takut t'liur lagik. he3..
ini mesti dah kena sabotaj garam sebekas pun still sedap ni.. ala-ala masakan gulai ayam kampung si Dhia yang dia masak untuk nenek Zikir tu. hehehehe...
~ain,
wah! mmg m'beri kesan betul scene tu, ek? ha3..
Post a Comment