SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 15, 2011

MEE GORENG MAMAK KASANOVA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kita masak mee pulak, jom! Mamak style..! La3... ;P

Bahan2:-

1 bungkus mee kuning (dicelur seketika & ditoskan)
2 keping tauhu
1 pokok sawi (dipotong)
1 cawan cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
Minyak masak
Air masak
Garam
Kicap
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat & toskan. Tauhu dipotong dadu.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Masukkan sos tomato. Kacau rata.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, gula & kicap.
6) Masukkan udang.
7) Masukkan sawi. Masak hingga sedikit layu.
8) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau hingga jadik telur hancur.
9) Masukkan mee kuning. Sebatikan. Masak seketika dengan api sederhana. Angkat & hidangkan dengan tauhu yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Mamak Kasanova. Versi takde cekodok nie sebab malas nak buat cekodoknya. Hu3...

Eh! Bukan 'mamak tu yang kasanova tau!' Tapi, saja jer gediks2 tambah tajuk lagu Stacy yang tengah kebabom skang nih! Don't get me wrong, please... & don't be a casanova, ye! ;P


:: Like3, ek! ::

6 comments:

diana said...

perut dah kenyang pun boleh terliur lagi tengok gambo..hehheh

ArELeEz said...

diana,
gambar m'pengaruhi minda kata ko! he3..

Alyza Fisol said...

dasat tul nama resipi...kasanova tuuu...hehe

ArELeEz said...

Alyza Fisol,
nama jer dasat! menunye simple jer pun.. he3..

~ain said...

nak sikit!

ArELeEz said...

~ain,
nah! nganga mulut cepat! ahaks3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google