SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label JABATAN FISIOTERAPI. Show all posts
Showing posts with label JABATAN FISIOTERAPI. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #1: AKUARIUM TU DAH BERSERILAH

1st time kot nak berwordless Wednesday. Tu pun lepas berguru dengan Kak Tomomi a.k.a Kak Jem. Kenapa & mengapa..?! Biar aku dengan Kak Tomomi je yang tau. Deal! ;P

~ Dulu terabai, air hitam, ikan pun hidup segan mati tak mau. Tapi, sekarang dah berserilah! 

Lokasi: Jabatan Fisioterapi, Hospital Teluk Intan, Teluk Intan, Perak

Eh! Kata wordless... tapi, macam banyak pulak membebelnya! Erk! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, February 9, 2012

BIDAN KATANYA... ;P

Appointment fisio mak masih berjalan seperti biasa. Cuma sekarang bukan lagik seminggu sekali but, 2 minggu sekali sebab dah ada improvement. Alhamdulillah...

Latest appointment adalah pada 2 Februari 2012. Appointment pukul 8.30 a.m tapi, pukul 7.50 a.m kami dah terpacak kat Jabatan Fisioterapi tuh. Biasa la mak kan... memang sentiasa nak sampai awal. Sebab tu kalau nak nak pergi mana2 bawak mak, let say nak perginya pukul 9 a.m, kitorang akan janji ngan mak pukul 9.30 a.m. So, mak akan siap pukul 9 a.m. Kalau janji ngam2 soi, alamatnya mak berzikir la nanti kat kami sebab anak2 mak ni kan 'punctual sangat'... Hu3...

Mak kata, bahu & tangan yang sakit tu dah semakin ok. Dulu, kalau nak ikat rambut/pakai baju macam hazab jugak la kan... Sekarang tidak lagi. Tapi, ibu jari tangan pulak yang sakit. Pandai lari2 pulak sakitnya, ye! Isk3...

Yang my 'sayang' tak habis2 menyakat mak, suruh mak sanggup jadik bidan. Petua katanya... Plus, mak memang keturunan bidan pun. Lepas tu, siap offer diri nak jadik P.A mak lagik! Komisyen 60-40. Menantu hantu betul! Ha3...

~ Kembar seiras tak? He3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 10, 2012

ASAM PEDAS BEST & KAWAN BARU MAK

5 Januari 2011... aku bawak mak ke hospital lagi sebab mak ada appointment dengan physiotheraphist. Ke mana lagik kalau bukan ke Jabatan Fisioterapi.

Petang Rabu, aku amik mak. So, mak tido 1 malam la kat rumah aku. Dinner, seperti biasa cam rasa nak bawak mak makan kat luar/tapau je. He3... Tapi, cancel sebab tetiba mak kata nak masak. Mak terjumpa stock ayam katanya masa selongkar2 fridge. ;P

Mak nak masak asam pedas pulak tuh! Perrgghhh..!!! Belum apa2, aku dah terbayangkan asam pedas ayam air tangan mak. Owh... nom3!!!

~ Sap2 soi je semua lauk2 ni dah terhidang kat atas meja! Paling tak menahan, dah tentu la asam pedas ayam tu kan...

Makan sambil borak2... tau2 je dah kenyang! He3... Thank you, mak... I lap you lah! ;P

Hokaylah! Bercerita pasal appointment fisio mak pulak, well... everythings went well... Ecewah! Skipping London la pulak! He3...

~ Mak siap jumpa kawan lama & dapat kawan baru lagik! Yang makcik pakai tudung tengah toleh ke belakang tu samadengan kawan lama mak. Yang auntie short hair tu samadengan kawan baru mak. ;)

Pssttt2!!! Mak pakai baju baru tau! Promo2! Hiks...

So far, mak dah boleh angkat tangan merangkap bahu yang sakit tu tinggi dari sebelum ni. Means, 1 perubahan yang positif la... 

Alhamdulillah... 


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 7, 2012

1... 2... 3... SENAM LAGI..! ;P

Rutin senaman mak kat Jabatan Fisioterapi masih berjalan ikut jadual yang dah ditetapkan. Seperti biasa, tugas aku adalah bawak mak ke hospital.

Owh... lupa nak bagitau. Ini kesah appointment mak pada 22 Disember 2011. Terbasi sikit tapi, ada aku kesah??! Nak jaja jugak! ;P

~ Bilik tempat mak buat senaman tu namanya Bilik Elektro. Peneman pesakit tak dibenarkan masuk apatah lagik nak menjenguk2. Siap bertirai2 lagik ko! Isk3... private betul! Bila ada staf yang keluar masuk Bilik Elektro tuh maka, terbukaklah sikit tirainya. & makanya, boleh la nampak sikit mak yang tengah bersenam (tengok arrow).

~ 1... 2... 3... senam lagi..! Ewah..! ;P

Best pulak bila dengor mak cerita pasal senaman tuh. Pakai bola la... tongkat la... tali skipping lagik... Teruja ah kak tau! Terus terbayang poco2! Eh! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 15, 2011

PEGAWAI DAH TERBAIK, STAF PULAK YANG HAMPEH!

Kesah Hospital Teluk Intan lagik... Takde siapa2 yang admitted. Just bawak mak attend appointment ngan Physiotheraphist kat Jabatan Fisioterapi.

Actually, bukan sengaja asik nak membebel2 jer pasal service kat Hospital Teluk Intan nih. Tapi, dah kenyataan... nak buat camne kan... Plus, kalau tak diluahkan kat blogungukechentaan nie rasa macam ada yang tak kena jer... Rasa terbeban gitu..! ;P

Ironinya... ecewah! Over plak bila masukkan bab2 'ironi' nih! He3...

~ 'Selamat Datang Ke Jabatan Fisioterapi'. Welcome greeting tu dah tip top dah! Nampak mesraaaaaa...... gitu kan... 

Hari tu mak ada temujanji senaman. Temujanji tu berjalan lancar. Tapi, ada 1 insiden yang buat aku rasa nak kata, 'Damn you!!!' kat Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP)yang pakai tudung oren yang nampak kepala sikit tuh yang dok kat kaunter tu, haaa..! Amekaw!!! Panjang betul description! Fuh!

Insidennya begini...

"Nyonya si polan (bukan nama sebenar. Seorang auntie 
berbangsa Cina)!"

'Nyonya si polan' pun terkocoh2 datang kat kaunter. Kesian sebab tulang belakang dia cam membengkok.

"Ini aaa... auntie punya tarikh temujanji sudah lepas 
tau! Bulan 9 last! Skang sudah bulan 12 maaa... Apa 
pasal datang skang? Mana boleh suka2 mau 
datang!"

Korang kena baca dengan gaya bengis macam filem ibu mertuaku tuh. Baru boleh feel... Plus, memang PKP tu bercakap dengan intonasi bengis!

Yang auntie tu pun explain la macam2... itu ini... begitu begini... Volume suara slow jer. Mungkin dia malu bila diherdik macam tu. Isk3...

Paling sadis, last2 si PKP tu boleh cakap gini...

"Mana boleh auntie suka2 datang... Tak taulah saya 
nak buat macam mana?! Auntie pergi tanya 
sendiriklah dengan pegawai kat belakang tuh!"

Terkocoh2 pulak auntie tu masuk dalam bilik exercise jumpa si pegawai. Luckily, si pegawai yang kebetulan datang ke kaunter kata, auntie tu memang takde spesific tarikh. Memang last appointment adalah bulan 9. Lepas tu, auntie boleh datang ikut kelapangan dia. Tapi, still kena datang cuma tak diberikan tarikh temujanji jer.

Pegawai pun boleh cakap sopan2, hokay..! Haish!

~ Terkulat2 la si PKP bila dengor explanation daripada pegawai. Boleh pulak si PKP pandang2 kat aku sambil senyum control2 ayu! Chaittt!!! Blah la, woi!!!

Aku yang jadik pemerhati dari jauh nie pun sentap tengok auntie tu kena herdik macam tu tau! Ko agak2 la kan... Cer bayangkan kalau auntie tu mak2 kita... mak ko jugak... Apa perasan ko bila mak ko kena herdik sebegitu rupa di depan orang-ramai? Cer citer... Cer citer...

Kot ye pun ada salah paham/memang kesilapan, tegur la baik2. Cakap lembut2. Mungkin sebab pelanggan kita tu dah tua... so lambat sikit pick upnya. Bawak2 bersabor, istighfar banyak2 ye Puan PKP..! 

Kata Jabatan Fisioterapi... kalau rasa2 tengah hangen 1 badan tu, bawak2 la bersenam... work out lite2 ke... Itu pun saya mau ajarkah? Coi!!!


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google