SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, September 14, 2011

NASI LEMAK TELUR HANCUR DENDANG PERANTAU

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Pagi semalam, ah kak masak. Wah! Ayat penyata tak buleh blah! Ha3...

Bukan masak untuk breakfast tapi, untuk lunch. Dah tak kose nak tengok lauk kedai. Tu yang gigih nak memasak tuh!

~ So, ini la lauk lunch semalam. Nasi Lemak Telur Hancus Dendang Perantau. 

Ah kak takde la buat nasik lemak. Buat nasik putih biasa jer... Tapi, aku kasik sekali la resepi nasiknya tuh...

Bahan2 Untuk Nasi:-

3 cawan beras (dicuci bersih)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2-3 helai daun pandan (disimpul)
Garam

Cara2 Penyediaan Nasi:-

1) Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tuangkan santan, air & daun pandan.
2) Masak nasi seperti biasa.

Bahan2 Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

2 genggam ikan bilis (dicuci bersih & ditoskan)
1 keping asam keping
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili kisar & bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan asam keping, garam, serbuk perasa & sedikit gula.
5) Masukkan bawang besar. Kacau rata.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

Bahan2 Untuk Telur Hancur:-

2 biji telur ayam
1 biji bawang merah (dihiris)
5 biji cili padi
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Telur Hancur:-

1) Bancuh telur ayam, serbuk perasa & garam dalam mangkuk.
2) Panaskan minyak. Masukkan bawang merah & cili padi.
3) Tuangkan bancuhan telur ayam. Bila sudah mengeras sedikit, kacau sampai jadi telur hancur. Angkat & hidangkan.

Makan nasi lemak telur hancur dengan hirisan timun memang terbaik, derrr..!!! ;)


:: Like3, ek! ::


4 comments:

fairus said...

BACA NAMA RESEPI JE DAH TAU MESTI SEDAP... :)

ArELeEz said...

fairus,
tp, nama resepi xbuleh dirasa! he3..

si tuan putri kiUt said...

sedapp tu telo hancusss...... bleh habiss ngan pinggan2 skaliii maaa

ArELeEz said...

si tuan putri kiUt,
uiks! dasat tuh! makan pinggan! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google