SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, July 6, 2014

DUGAAN MENJELANG RAMADAN

Hari Jumaat (sebelum Ramadan), aku on leave. Amik cuti sebab nak shopping baju raya kat Ipoh. Janji dengan Abang, gerak lepas semayang Jumaat, berkumpul kat rumah Mak.

Ok, fine! Memula, semuanya berjalan lancar. Cuaca pun redup2 dengan hujan renyai2 sikit. Bab cuaca memang bukan masalah lah. Elok jugak hujan walaupun renyai2 je. Sejuk sikit muka bumi ni. Alhamdulillah...

Masalahnya timbul bila WirAsleez kena langgar lari! Memang sakit betul hati kita bila mengenang balik kejadian tuh! Hormon stress melimpah-ruah! Huh!!!

Kessahnya...

Kejadian berlaku kat 1 simpang 4. Traffic light sedang berwarna merah. Maknanya, kena stoplah. Itu of course. Kat depan kitorang pun kereta Wira Aeroback jugak. Aku tengah baik punya sembang dengan My 'Jebat'. Tetiba...

Srettt2... gedeganggg..!!!

Sejibik Proton Saga model lama kaler krim berdesup laju tinggalkan kitorang yang masih terpinga2. Yang 'srettt2...' tu dia langgar WirAsleez, yang 'gedeganggg..!!!' tu dia langgar Wira Aeroback depan kitorang. Owner Wira Aeroback tu polis trafik. Sempat dia tanya My 'Jebat', nampak tak no. plat kereta yang sangat bedebah tuh?! My 'Jebat' cuma ingat huruf J dengan M je. Aku lagik la... 1 hape pun tak ingat! Panik, weh..! Mengejut & terkejut!

Dia mabuk ke... atau dia bergaduh dengan bini dalam kereta ke... atau jugak dia memang suka2 nak langgar kereta orang ke... yang tu aku tak tau & tak kose nak ambik tau. Yang aku nak, dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Tapi, memang tak... la kot. Hmmm...

WirAsleez ada calar yang panjang kat side penumpang. Wira Aeroback polis trafik tu yang teruk. Habis bumper kiri dia berlubang terkemek2. & aku tau, antara kami, pastinya dia yang paling sakit hati. 

30 minit berlalu... baru aku bersuara. Membebel2 menyumpah seranah si pembawak kereta Proton Saga yang kejam & tak bertanggungjawab tuh! Ambik masa 30 minit sebab sangat2 terkejut! 

Ok, fine. Jangan tiru attitude membebel2 sambil menyumpah seranah tuh sebab sangat tak bagus. Tapi, aku jugak manusia biasa, human beling yang sangat biasa2, yang kesabarannya limited! Hu3...

Bila dah cool... bila dah chill sikit... we ols anggap ini semua dugaan menjelang Ramadan... Hmmm...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alahai ...macam-macam ..kurang asam betul la org yang langgar lari ni ..tak bertanggungjawab ....bertabah ye nasib baik tak ada yang cedera

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
mmg sgt kurang asam, kurang ajar, kurang kesedaran sivik.. & segala2nye kuranglah! huh! yupp! alhamdulillah jugak sbb xde yg injured. sindrome t'kejut je. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google