SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label WIRASLEEZ. Show all posts
Showing posts with label WIRASLEEZ. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

DUGAAN MENJELANG RAMADAN

Hari Jumaat (sebelum Ramadan), aku on leave. Amik cuti sebab nak shopping baju raya kat Ipoh. Janji dengan Abang, gerak lepas semayang Jumaat, berkumpul kat rumah Mak.

Ok, fine! Memula, semuanya berjalan lancar. Cuaca pun redup2 dengan hujan renyai2 sikit. Bab cuaca memang bukan masalah lah. Elok jugak hujan walaupun renyai2 je. Sejuk sikit muka bumi ni. Alhamdulillah...

Masalahnya timbul bila WirAsleez kena langgar lari! Memang sakit betul hati kita bila mengenang balik kejadian tuh! Hormon stress melimpah-ruah! Huh!!!

Kessahnya...

Kejadian berlaku kat 1 simpang 4. Traffic light sedang berwarna merah. Maknanya, kena stoplah. Itu of course. Kat depan kitorang pun kereta Wira Aeroback jugak. Aku tengah baik punya sembang dengan My 'Jebat'. Tetiba...

Srettt2... gedeganggg..!!!

Sejibik Proton Saga model lama kaler krim berdesup laju tinggalkan kitorang yang masih terpinga2. Yang 'srettt2...' tu dia langgar WirAsleez, yang 'gedeganggg..!!!' tu dia langgar Wira Aeroback depan kitorang. Owner Wira Aeroback tu polis trafik. Sempat dia tanya My 'Jebat', nampak tak no. plat kereta yang sangat bedebah tuh?! My 'Jebat' cuma ingat huruf J dengan M je. Aku lagik la... 1 hape pun tak ingat! Panik, weh..! Mengejut & terkejut!

Dia mabuk ke... atau dia bergaduh dengan bini dalam kereta ke... atau jugak dia memang suka2 nak langgar kereta orang ke... yang tu aku tak tau & tak kose nak ambik tau. Yang aku nak, dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Tapi, memang tak... la kot. Hmmm...

WirAsleez ada calar yang panjang kat side penumpang. Wira Aeroback polis trafik tu yang teruk. Habis bumper kiri dia berlubang terkemek2. & aku tau, antara kami, pastinya dia yang paling sakit hati. 

30 minit berlalu... baru aku bersuara. Membebel2 menyumpah seranah si pembawak kereta Proton Saga yang kejam & tak bertanggungjawab tuh! Ambik masa 30 minit sebab sangat2 terkejut! 

Ok, fine. Jangan tiru attitude membebel2 sambil menyumpah seranah tuh sebab sangat tak bagus. Tapi, aku jugak manusia biasa, human beling yang sangat biasa2, yang kesabarannya limited! Hu3...

Bila dah cool... bila dah chill sikit... we ols anggap ini semua dugaan menjelang Ramadan... Hmmm...


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 18, 2012

WIRASLEEZ DIMANJA2...

Dah lama kot tak 'manjakan' Wirasleez tuh. Maksud tersiratnya adalah, dah lama tak mandikan Wirasleez secara intensif. Asik harap air hujan je tolong bersihkan. Kalau tak pun, aci jirus2 dengan air paip di luaran je. Dalamannya... memang ya ampon..!

Adeh3... Pemalas betul si owner! Siapakah..??! Hu3...

~ So, pada suatu hari tu, kitorang decide nak hantar Wirasleez ke carwash. Kasik 'manja2' luar & dalam. 

~ Big Boss baca paper sementara tunggu Wirasleez siap. Muka serious tak boleh blah, kalah Barrack Obama! Macam pikirkan hal ehwal dunia pulak. He3...

~ Tuan tanah kedaung ayu berbaju kurung sebab lepas tu nak pergi kenduri kahwin. Harap maklum. ;P

~ Wirasleez bermandi buih, kasik wangi. Heh3...

~ Vacuum pulak, kasik habuk hilang. 

Bagus adik yang 'manjakan' Wirasleez nih. Buat kerja teliti betul! Semua kotoran dia sental habis! Thumbs up, adik! ;)

Sebenornya, family adik ni pernah masuk rancangan Bersamamu TV3 sebab abang dia sakit, kena panah petir masa main bola kat padang. Lepas insiden tu, tumbesaran dia macam terbantut sikitlah. Tak boleh bercakap macam biasa. Berinteraksi pakai kerdipan mata je. Makan pun just liquid food. 

Carwash ni adalah salah 1 effort Bersamamu TV3 untuk bantu kewangan diorang. Harga affordable jugak. My 'sayang' saja je bawak Wirasleez ke sini sebab sesambil tu nak bersedekah katanya...

Adik tu sangat sweet. Dia nak kasik balance tapi, kami kata kami sedekah. Memula, dia macam takmo amik. Tapi, dah kami insist jugak nak sedekah kat dia, then dia ok je.

Sekarang, Wirasleez dah cun balik. Bolehlah meronda dengan muka bangga sambil lambai2 tangan macam Miss World. He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, September 16, 2011

RM TERBANG MELAYANG... HU3...

Duit umpama air kan? Hari nie dapat katalah... RM 2K, sok lusa dah surut. Tu belum citer pasal shopping lagik tuh! Lagik la dasat! Macam air jer dia mengalir laju. Rasa macam nak tadah balik buh dalam freezer, jadikkan ais. Eh! Apakah..??! Hu3...

Mukadimah nie sebenornya nak citer pasal Ringgit Malaysia (RM) yang terbang melayang baru2 nie gara2 mengganti absorber & allignment WirAsLeez. Itulah main pointnya. Biasa la... mukadimah musti nak power, derrr..! Barulah, 'Kelas ko Maria..!' Ha3...

~ Kesian WirAsLeez tau! Macam2 kena godek2. Sadisahkaknoks! Tsk3...

Absober + allignment = RM 270. Murah ke mahal, ek? Ah kak memang buta banyak bab2 kereta nih! Taunya, cucuk kunci, start enjin & berdesup perginya..!!! ;P Plus, duit ah kak 'selamat'! So, seperti ada aku kesah di situ! Ho3!!! Keji, owh..!


:: Like3, ek! ::

Friday, December 31, 2010

CUCI + WAX + VACUM

WirAsLeez tu kan, dah macam caravan dah aku tengok. Macam2 ada kat dalam tuh! Mak aku kata, 'Keta korang nie cam orang ade anak 10! Isk3...' Ha3... Mak aku pun fenin tengok isi kandungan WirAsLeez tau! ;P

Ye la... Ye la... Insap la... Nak cun2kan balik la WirAsLeez nih. Hu3... Makanye, we ols ke Cyclone untuk mencuci, mengwax tayar & memvacum belah dalam WirAsLeez. Let's jom! He3...


~ Takde la banyak sangat keta yang ke Cyclone time tuh. Ade la dalam 3 bijik.


~ Bile tengok kancil putih tuh, terus terhengat kat Cik Kan... Hu3...


~ Ini adalah part yang paling aku sker! Abis sume cermin keta kene sembur ngan buih2 sabun. Jadik putih jer pemandangan. Rase cam salji la plak kan... Ecewah! ;P


~ Encik Bangla sedang menyental WirAsLeez.


~ Then, masuk ke stage seterusnye...


~ Mesin sental2 yang ade rambu-ramba! He3...


~ My 'sayang' tengah buat kira2, 'Cukup ke tak cukup aku nak bayar duit cuci keta nih? Kalau tak cukup, nak kene pinjam kat ah long nih!' He3... Tak la... Tipu la... Mase nie tengah tunggu Encik Bangla waxkan tayar.


~ Sekali cuci = 4 hengget jer, you ols..! Murah kan? If nak wax & vacum tak hengat lak aku berapa rate dia?! Tapi, reasonable la kot... Means, takde la sampai nak kene pinjam kat ah long! Eh2! Ah long lagik! Ha3...


~ Bile keta dah cun, barulah bersemangat nak berjalan2 & berdating2-an kan? Ahaks3...


~ We ols ke Farmasi Ang Teong sebab my 'sayang' nak beli ubat sakit gigi. Actually, dah lapanploh kali aku dok berzikir suh beliau cabut jer gigi yang bermasalah tuh! Tapi, ade beliau kesah?! Takdenye..! Degil jugak suamiku ini rupenye. Errr... degil ke takut jumpe doktor, ek? Isk3...


~ Aku tunggu dalam keta jer. Hape lagik?! Posing la! Heh3...


~ Lepas beli ubat, we ols saje2 meround kat Big Cinemas. Nak usha2 citer hape yang tengah on showing?! Tapi, tak beli tiket pun...


~ Aku pose jelir2 lidah...


~ My 'sayang' pun follow jugak. Copycat, owh..! ;P

Skang, WirAsLeez sudah kembali normal. Tak tau buleh bertahan sampai bile?! Wallahualam...

Monday, November 1, 2010

DRIFTER TERPOYOS DI ABAD INI..!

Pada suatu petang yang damai... (Ecewah! Macam lagu XPDC la plak. Hiks...)

Aku: A_bern! Amik kunci keta, bukak keta & tolong masukkan barang2 dalam keta. (Wah! Macam tuan director plak ah kak kan... He3...)

A_bern: Wokeh!

Tetibe kan...

'Vrroommm2..!!! Vrroommm2..!!!'

Makanye, terkocoh2 la ah kak mengusha2 hapekah mendenye yang mengeluarkan sound effect yang maha dasat tuh..!


~ Laaa... Rupe2nye, makcik nie tengah berangan jadik drifter la pulok! Dia start enjin pastu, press pedal minyak secara tak hengat!


~ Lihatlah kepoyos-an A_bern! Nampak sangat propa tau! Ha3...

Perasan nak jadik drifter Malaya la tuh! Well... agak2 korang, ade chance tak? ;P

Tuesday, March 16, 2010

WIRASLEEZ MASUK WORKSHOP

Aku sker drift. *drift = drive. Tatabahasa aku la nih! He3...* Tapi, aku tak sker pikirkan pasal maintainance. Bab2 tu sume I'll leave it to my 'sayang'. Aku sekadar bagi sokongan moral dari kejauhan jer... Ngeh3...

Hape yang aku nak citer adalah... Wirasleez 'demam'... So, my 'sayang' anta workshoplah. Owhhh... lupa nak bagitau. Wirasleez = keta. Bukan human being ye, you ols..! That's why kene anta masuk workshop, bukan spital.


~ Masuk 2 workshop, 1st workshop air-cond & 2nd workshop enjin. Ntah hapekejadahnye yang leng chai nie betul2kan, aku pon tak tau. Serius! Aku tau bawak jer. Masukkan kunci, hidupkan enjin, terus... 'Vroommm2..!' Pasal enjin ke... air bateri ke... plug ke... hape sume tuh memang aku adalah zero! Tak kose ah kak nak amik tau! Sume I'll leave it to my 'sayang' including bab2 kos maintainance tu lah! Hiks... Actually, saje jer purak2 tak tau & takmo amik tau. Sebab nak larik dari kos maintainance tu, ha! Wakaka... Keji, owhhh... ;P

Skang, Wirasleez dah back to normal. Dah recover... Alhamdulillahhh... On jer air-cond, terus feeling2 berada di Korea, tengah main2 salji ngan Bae Yong Jun. Ha3... Overlah! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google