SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, July 16, 2014

BAWAL NAURA (MAROON)

Sekarang ni, trend hijab dah macam2! Nak yang mudah, ringkas & tak payah susah2 nak iron, pakai aje tudung ekspress yang ada awning tu. Kalau rasa nak bergaya sakan & feeling2 teenagers, pakailah shawl. Bukak youtube & belajarlah cara nak membelit2nya. Asal tak terbelit leher, sudah... He3...

Kalau sukakan penampilan yang lebih urban, boleh pilih turban. Urban... turban... hah, nampak tak kesinambungannya tuh? He3... Hmmm... turban untuk aku? Memang tak la kot..! Sebab aku rasa pelik bila ada turban yang berbonggol & buat kepala jadik lonjong macam kepala alien. Not my type lah!

Kalau sukakan yang santai & bersederhana, pilihlah untuk pakai bawal. Bawal sekarang dah tak macam dulu sebab dulu2 agak konservatif & kurang berani. Tapi yang sekarang, bawal dah melalui proses improvisation. Warna pun meriah! Cara pakai pun boleh dipelbagaikan. Kalau pandai belit, boleh nampak macam shawl tau! Cantek, owh..!

Aku bermula dengan bawal. Masuk je alam pekerjaan, dah mula berjinak2 dengan tudung ekspress. Motip..??! Tak payah iron. Sarung je, dah siap terletak. Sampai la bawal diimprovisekan... 1 hari tu, godek2 Facebook, nampak page BenangHijau. Cantik betul model2 tu pakai Bawal Maira & Naura. Tutorial belit2nya pun simple. 

Aku beranikan diri, nekad untuk try 2 helai.

~ Ini Bawal Naura, bidang 55, kaler maroon. Sumpah, best! Teruja nak pakai pergi opis. Rasa macam weekend pun nak kerja sebab nak pakai Bawal Naura ni. Best sangat! Ha3... Over!

Harga tahap mampu milik. Jangan risau! Bawal Naura bidang 55 ni 19 hengget je! Murah bukan?! ;)

Kalau berminat, bolehlah terjah page BenangHijau ni atau pun official website Benang Hijau. Ini bukan iklan berbayar tau! Sekadar nak share apa yang aku rasa best je. 

Sejak tu, bawal from BenangHijau jadik pilihan hati. ;) Errr... nampak tak keremajaan ah kak? Ha3... Peace, yo! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ooo....patut la nampak berseri dan remaja...awwww ...hahaha

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
i heart pujian tersebut. awwss2..! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google