SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PANGKOR ISLAND. Show all posts
Showing posts with label PANGKOR ISLAND. Show all posts

Monday, June 9, 2014

DINNER MAK DATS

Basah habis seluar lepas naik speed boat. Wajib balik bilik cepat2, mandi & bersiap. Tema adalah batik. Make-up harus vogue da vass sebab malam tu ada dinner bersama MB Perak & Datuk CEO. ;)

Lepas Maghrib, dah terpacak kat lobby. Tunggu shuttle nak ke Teluk Dalam Resort merangkap lokasi dinner. Muka maintain cun + jelita walaupun naik shuttle yang ya hado... bergegar dagu bila shuttle start bergerak especially bila laju. Makin bergegar2 dagu! Ha3... Ko mampu naik shuttle cenggitu tapi, maintain cun jelita..??! Hadoih!

~ Port makan kami malam tu. Di bawah sinar rembulan, dengan bayu laut yang sepoi2 bahasa... owh... romantik tak hengat..! Ha3...

Aku kebulur. Sampai semua makanan aku kata sodap! Tak habis2 dok promte nasik goreng cili kering. 

"Rasa la ni, sodap... Eh, nak rasa nasik goreng cili kering nih? Sodap!... Meh, rasa nasik goreng cili kering ni, meh!..."

Semua orang aku paksa suruh rasa. Rasa macam dominan sangat..! Ha3...

Di samping bbq, ada performance daripada staf resort jugak. Didedikasikan untuk MB perak & anak2 nelayan kat Pangkor Island. Tak jelas sangat sebab port kami jauh dari stage. Nun jauh di pesisiran pantai! Dalam dok tak berapa nak jelas tu, histeria jugak aku sekejap bila diorang menari & miming lagu hindustan. Lagu filem Thakshak. Alaaa... yang Tabu bergelek sakan nyanyi lagu, 'Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... Mujhe ranggede... ranggede2... mujhe ranggede... La3...'

Hah, ingat tak? Ke... tak pernah tengok? Hmmm... takpe. youtube ada. Boleh search bila free. Silap hari bulan, boleh bergelek samadengan Tabu jugak wooo..! Lagu tu catchy. ;)

~ Dah habis makan. Owh... lupa nak bagitau, ini geng Mak Dats (read: Mak Datins). Baru dapat nama malam tu sebab memasing punya penampilan ala2 Mak Dats. Ha3...

~ Kat lobby Teluk Dalam Resort. Tengah tunggu shuttle nak bawak all Mak Dats balik. He3...

~ Serbu kaunter pulak. Pandai korang susun ikut ketinggian kan... Yang penting, siapa duduk tengah, dia adalah Mak Dats yang terpaling comel. Awwsss..! Ahaks3...

Balik bilik & berehat2. Bermalas2-an di atas katil sambil massage2 betis yang bunting padi ni sebab dah start terasa kelenguhannya. Adeh3...

Malam tu, aku tido lewat sebab layan #bukankeranaakutakcinta online lagi... Tak jemu2! Plus, esok takde apa aktiviti sangat dah. Kalau terbangun lambat pun takde siapa nak sekeh. Terima kasih jugak kepada wi-fi yang laju. ;P

~ Hari ke-3 merangkap hari check-out. Tunaikan hasrat hati Kak Ja nak bergambar kat pool. Feeling2 artis majalah Mangga kejap. Ha3...

Tak sabor nak balik, sebenornya. Nak jumpa My 'Jebat'. Kata #jebatmas... Mana boleh berjauhan lama2?!! Awwsss..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, June 8, 2014

ROW3 YOUR BOAT...

Hari yang penat sebab hari on duty. Pagi2 dah berkumpul kat lobby, tunggu van pink a.k.a shuttle untuk ke Teluk Kecil. Jadik urusetia untuk Taklimat Koperator. Tak payah nak risau sebab bab shuttle ada yang handle termasuklah tambang. Bawak diri je.

Sepatutnya, we ols handle goodies & pendaftaran. Tapi, nampak gayanya macam orang2 koperasi excited nak in charge. Hmmm... takpe. Biarkan mereka meringankan tugas kita. Kita tolong apa2 yang patut je.

~ Contohnya, tolong berselfie. Ha3...

Stress pakai baju korporat ni tau! Bagi saiz ke... ukur badan ke... sama je. Tetap tak menepati piawaian! Yang biru kat atas tu besor walaupun tailor amik ukuran. Perli ah kak la tu..! Ah kak tak sebesor itu, hokay..! Ah kak comel. Percayalah. 

Nama pun salah! Masa ukur, dah check lapanbelasratus kali, memang kompom betul. Siap cakap face to face dengan tailor assistant, make sure nama tu dieja dengan ejaan yang betul. ROZLIZAWATI. Tapi, 80 % baju korporat yang aku ada diorang eja ROSLIZAWATI. Tak pun, ROZILAWATI. Nama I is dah cukup unique, hokay..! Tak perlu nak tokok tambah. I is mencik. Huh!

Hokay. Cukup2lah buat luahan perasaan tuh. Back to work. Kata on duty kan... ;)

Goodies & pendaftaran dah selesai. Sambut V.V.I.P pun dah setel. Owh... by the way, MB Perak turun hari tu instead of Datuk CEO. Tayang2 muka, sengeh lebar2 ucap selamat datang... siap! Nampak simple tapi, penat jugak. Penat berselfie tu dah tentu2 dah. Ha3... Balik resort, makan & pengsan. Letih, mengantuk & kepala weng2 sikit sebab cuaca panas. Ubatnya, mandi, basuh kepala / cuci rambut lama2 sikit then, tido. Bangun kang, in shaa Allah... lega.

Belah petang, Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk lagi. Kali ni ramai2, sekali dengan staf SKM Perak. Ada suggestion untuk naik speed boat. Ah kak ok jerr... Asalkan ada geng. 1 bot samadengan 10 orang samadengan 80 hengget. Maknanya, sorang 8 hengget. So, lets 'row3 your boat'! ;P

~ Kanak2 riang yang gumbira..! Ah kak siap berdiri. Owh... over sangat..! ;)

~ Teman sepejabat yang kaki selfie. He3...

Abang bot tu bawak island hopping sambil tunjukkan formation2 batu yang membentuk benda2 hidup. Contohnya, penyu kawan dengan buaya la... siput la... Banyak pulak soklan yang we ols tanya especially Ecah (P.A SKM Perak). Semua killer questions woo..! Pening abang bot nak layan. Ha3...

~ Lepas tu, abang bot bawak singgah pulau ni. Coral Island kalau tak silap aku.

~ Kami nak masuk The Band season 2. Aci tak? Ha3...

~ Training menari The Band. Ko ada... training kat pulau..??! Ha3... 

Fun giler naik speed boat! Baca2 bismillah / surah2 yang patut, lepas tu, bila ombak besar datang, bot melambung2, semua terjerit2 histeria, lepas tu gelak tak hengat! Abang bot pulak kuat menyakat. Saja je dia kona baring langgar ombak besar. Ecah paling kelakor. Bila abang bot kona baring ke kanan, dia bawak bontot dia ke kiri & vice versa. Kengkonon nak kasik balance. Ha3...

Berbaloi la naik speed boat ni dengan kadar 80 hengget. Puas jugak. Siap singgah2 Coral Island, bagi briefing, tengok orang snorkelling bagai... It's a wonderful experience, bebeh! Ooppsss! 'Tourist' terspeaking London pulak. Hiks...


:: Like3, ek! ::



ROJAK KETAM YA HADO..!

Peram lama nih! Bulan April punya cerita. Tak sengaja peram pun... Peram sebab tunggu gambar2 kenangan berkaitan daripada Kak Ja. Plus, Kak Ja yang banyak snap2 gambar.

1 habit aku, kalau dalam kelompok yang aku join tu dah ada yang rajin jadik 'photographer' memang aku tak keluarkan gajet akulah. Menumpang berposing kat gajet orang tersebut je. Lepas tu, WhatsApp. Heh3...

Kami diarahkan attend 1 taklimat & jadik urusetia. 3 hari 2 malam kat Pangkor. 1 SKM Perak berkampung kat sana. Ada yang check-in awal & ada yang check-in lewat. Ikut jadual tugas memasing.

~ Sampai kat Lumut Waterfront, terjumpa Datuk Nik Ali (CEO). Tapi, banner je la... Heh3...

~ 'Tourist' yang terpaling cute. Eceh! Ha3...

~ Yang ni pulak, 'photographer' terpaling cute. Ha3...

Kami naik feri petang. Tak ingat pukul berapa. Tak kesahlah. Yang penting, selamat sampai. Alhamdulillah...

Check-in kat Bay View Beach Resort, Teluk Nipah. Bilik aku, Ena & Kak Ja dah terpisah2. Diorang dah siap2 arrange nama. Aku duduk kat bilik yang sharing 3 orang. Ground floor je. Kak Ja & Ena kat 2nd floor. Roommates aku yang 2 orang tu memang aku tak kenal sangat. Staf SKM Perak (Ipoh). Tapi, aku takde hal. Kalau agak2 sekepala, aku syiok je. Kalau agak2 lain macam, aku buat hal aku, ko buat hal ko je lah. Tak perlu semak otak nak pikirkan siapakah roommates kita. Redah je...

Perut dah berdondang sayang. Eh, silap! Dah berk-pop sebab kalau dondang sayang maknanya lapor manjas2 je. Tapi, ni dah lapor tahap gaban! Istilah paling #halussss adalah 'k-pop'. Ha3...

Maunya tak kan... lunch aku makan maggi asam laksa je sebab dah breakfast yang heavy2. Paham2 je lah... bila tengahari tak makan nasik, memang berk-pop sungguhlah perut aku! Ena & Kak Ja roger2 ajak beach walk sambil carik makan. Fuh! Mereka sangat memahami perut ah kak... Ahaks3...

~ Rojak ketam sepinggan, 15 hengget dengan air kelapa sebijik. Akibat perut yang berk-pop tuh. ;)

~ Terima kasih, Kak Ja sebab mengselfiekan we ols. He3...

Ala2 pasemboq. Tapi, sedeh! Sebab rojak ketam tu ke laut sangat..! Bebola ikan yang ada kat dalam tu & sambalnya macam dah basi. Air kelapa pulak muda sesangat. Takde isi. Sentap perut ah kak tau! Sob3...

Balik makan kat resort je la... Biasa2 jugak. Dah lapor, belasah je! Asalkan tak basi. Hmmm...

Harga makanan kat Pangkor ni memang boleh tahan jugaklah expensivenya... walaupun makan kat gerai2 biasa. Tak macam Langkawi, seafood dalam kategori reasonable & affordable. Tempat comfy pulak tuh! Pangkor ni boleh buat tempat berholiday je kot... Kalau nak makan seafood ikan bakar bagai... better makan kat Lumut. Amat berpatutan! Berdasarkan pengalaman aku & family la kan...

Malam adalah aktiviti sukahati. Aku, Ena & Kak Ja ke pantai, beach walk katanya... Lepak atas pasir pantai berlapikkan selipar jepun. Layan ombak rindu... Eh, ombak lautlah! He3... Sayang sebab tak bawak gitar. Kalau tak, boleh karoks di tepian pantai... tajuk album dia. Kak Ja main gitar, aku nyanyi & Ena tepuk2 tangan. Luah perasaan rindukan suami kekdahnya... Boleh imagine tak, para isteri berkenaan berkaroks? Ha3...

Pukul 11 ++ malam, balik bilik & layan #bukankeranaakutakcinta online. Wi-fi laju wooo..! Maklumlah... bilik kat ground floor... dekat dengan lobby... maka dekatlah dengan wi-fi. Hati pun gumbira dapat tengok #jebatmas. Eceh! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



Saturday, December 4, 2010

NAK VACATION JUGAK..! TSK3...

Abang aku takde kat umah. Beliau & family gi vacation. Gi ramai2 ngan family belah Kak Aneem. Ke Pangkor katanye...

Cisss!!! Tak aci! Aku menjeles! Rase cam nak buat muka tak malu, nak tumpang join jugak. Tapi, cam tak sanggup la plak! Hu3...

'B... nak vacation jugak..!!! Tsk3...'

& dalam hati pun berkata... 'Teluk Senangin... Teluk Senangin... Teluk Senangin... Hu3...'

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: CERT & AKU MAHU PULANG...)

Hari yang dinantikan tiba jua akhirnye... Aku sudah mau pulang, dowhhh... Syioklah! ;) But, before that, ade majlis penutup. Dimulakan dengan ucapan & diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kehadiran. Ucapan Penghulu yang paling tak buleh blah tuh! Siap berpantun2 lagik, ko! Ha3...


~ Yeay2..! Dapat sijil..! ;D

Sebelum berpisah, aku bergambar2-an dolu ngan bebudak group aku... Malas nak citer banyak, just saksikanlah kehebatan kitorang berposing... Owhhh... yeahhh..! ;P


~ Wif Bob... the group leader... Perlisian...


~ Wif Kak Ieda... HQ...


~ Wif Farah... a mommy to be... Kedahan...


~ Wif Noor... Sabahan...


~ The Flyin' Colours...

After lunch, sume pun gigih kendong bagasi memasing, dok kat lobby, tunggu van/shuttle datang amik untuk ke jeti. Aku tak lunch sebab nak lunch ngan my 'sayang'. Actually, my MIL & Bulat pun datang Pangkor, nak jemput aku. Wah! Tetiba aku rase cam VVIP lak! Hiks... Qistina pun kene angkut sekali! Kalau ikut plan asal, we ols nak sewa keta untuk pusing2 pulau but, terpaksa cancel sebab keta sewa nan ado! Plus, cam tak cukup mase jer... Takutz Qistina meragam pun ye gak. Tapi, sempat la we ols lepaking kat tepi pantai sambil tengok orang berisland hopping.


~ Qistina, my MIL & aku...


~ Peace, bebeh! Happy giler sebab dapat tatap wajah my 'sayang' tanpa kompromi lagik! Jiwang tak? Jiwang tak? Baik cakap jiwang... cakap... cakap...!


~ Memula Qistina ok. Tak lame pastu dia dah mengamuk. Rimas kot sebab tak buleh tido. Last2, sumbat ngan susu.


~ Bile suh posing & senyum, dia buleh behave lak! Sawan camera jugak nih... He3...


~ Blurr2 jer muka my 'sayang'. Mengantuk katanye... Aku lak dok paksa beliau posing2. He3...

Sampai Lumut, we ols gi shopping hasil laut lak. Aku just beli sutun salut gula ngan ikan masin jer. Aku amik sekotak jer sutun tuh. Yang berkotak2 lagik aku sedekah kat family members. Tu pun tak abis2 gak we ols makan sutun tuh, dok ade dalam fridge. Rase malas lak nak makan. Plus, tekak I nie manja gediks2 sket tau! If time nak sesuatu tu, memang nakkk... sangat! Bile dah dapat, boh layanz jerk. Ntahhape2ntah!

Kesimpulannye, kursus induksi nie memberi 1001 kenangan untuk aku ingat sampai bile2... Harap2, aku lulus sumenye. Tak sabor nak confirm nih! You ols doa2kan, ek?! Tq... ;)

Sekian...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: BBQ NITE & KARAOKE, BEBEH!)

Seperti bese, malam terakhir kursus of cos ade bbq nite. Cam dah jadik acara wajib. Tak kesah la kan... sebab sume pun musti sker kan... So, layanzzz... But this 1 different sket sebab instead of bbq, ade pertandingan karaoke gak. Sume group wajib hantar wakil either duet, solo/group. Di samping menadah mulut untuk makan, we ols jugak menadah telinga untuk dengor performance kawan2. Enjoylah!


~ The santapan... Dari segi taste, yang lain2 ok la except ayam dia coz tak masak la... Marinate pun tak menjadik. Plus, diorang kelam-kabut nak bakar. That's why la ayam tu tak berapa masak. Cam makan ayam salut rempah kurma jerk. Hu3...


~ Group nie mendapat tepukan yang gemuruh sebab sporting giler! Nyanyi lagu Cek Mek Molek by Dato' M Daud Kilau. Siap bergelek sakan lagik, ko! Ha3...


~ Turn group Sahril (staf Lenggong) ngan Eika (staf Ipoh) lak menyumbangkan suara. Diorang berduet lagu Jangan Pisahkan. Sahril feeling abislah! Bravo2..! Ha3...


~ Sheila & the geng... Nyanyi lagu Gemilang by Ella.


~ Wakil group aku... tak lain tak bukan... Encik Bob..! Clap3... Bob nyanyi lagu Biarlah Bulan Bicara by Broery Marantika. Gegak-gempita, owhhh... ;P


~ Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia pun berkaraoke sekali! Bravolah Encik Amran...


~ Walaupun pitching ke laut tapi, tetap penuh perasaan, hokay..! Cayalah..! Hiks...


~ Wif Shiela yang same2 gila glamour! He3...

Aku tak larat nak tunggu sampai abis karaoke sebab mata dah nak terkatup. Gua naik bilik dolulah, babe!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, June 22, 2010

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: PHOTOSHOOT & SHOPPING!)

Adeh... Deh2... Tangan sakit la you ols... Gara2 main badminton tak hengat la nih! Main kat umah mak, hari Ahad lepas. Konon2, nak show off skill Datuk Lee Chong Wei la nih! Lompat sane... lompat sini... Hiyarrgghhh sane... hiyarrgghhh sini... Menitik2 peluh, hokay! If tadah pakai baldi, mau full baldi tuh! (Propa, owhhh... Heh3...) Bahananye, tangan aku sudah jemm! Nak angkat mende berat cam pinggan ke... buku tebal ke... handbag ke... musti sakit! Eh2! Handbag tu consider as mende beratkah? Errr... handbag ah kak memang berat, owhhh... My 'sayang' kata poket Doraemon coz macam2 ada..! Ha3...

Hokaylah2. Kembali ke pangkal jalan ye, hadirin sekalian... ;P Meh nak sambung lagik citer kontroversi pasal kursus induksi aku. Kontroversi la sangat... Hiks... Tak abis lagik. Actually, buleh jer nak kasik pendek. Tapi, aku gigih nak jaja sume gambar. Tu yang jadik berjela2, berepisod2 tuh! Giler glamour! Ha3...

Pada hari ke-2 terakhir, we ols diarahkan untuk pakai cantik2 & make up lawa2 sebab ade photoshoot secara berjemaah. Gambar tu kene bayor, sepatutnye 15 hengget tapi, consultant nak sponsor 1/2 from that price. So, kene bayor RM 7.50 jer... Tapi, gambar tu aku tak uploadlah sebab malas la nak scan2... Kose tau!


~ Yang nie, photoshoot secara sker hati riang ria cam kanak2 Ribena. Means, sker hati ko la nak amik gambar ngan sape?! Aku malas nak snap banyak2 sebab mood nak balik makin meluap2. Plus, jasad aku jer ade kat Pangkor tuh. But, my soul dah terbang pulang dah... Huuu...


~ Wif Perakian staffs... Dari kiri... errr... tak payah la kot aku kenalkan sebab diorang nie tak gile glamour cam aku! Ha3...

Lepas photoshoot, aktiviti adalah bebas. Memula, aku ingat nak dok bilik, sambung study jer. Baru nak belek2 'kitab', Ena roger2 ajak jalan2 carik pasal kat Pekan Pangkor. Setelah memikirkan buruk-baiknye di mane aku rase cam aku poyos jer study2 tapi, orang lain cam berhulla hup jer, so aku pun setuju untuk join. Maka, berpeleseranlah kami bertiga tanpa Murni sebab Murni nak stay bilik jer... Tengah blues windu kat hubby dia tuuu...


~ Shiela paksa aku yang malu2 meow nie amik gambar dia. Bukan sekali tau!


~ Tapi, 2 kali, owhhh... Hu3...


~ Pastu, aku plak paksa dia amik gambar aku yang vogue da vass nih! He3...


~ Borong jangan tak borong, dik non, oiii..! Aku borong fridge magnet jer...


~ Bob memborong sakan wooo... Tak agak2! Heh3...

Tak sabar tunggu hari esok sebab esok adalah hari terkahir! Yabedabeduuu...!!! ;D


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, June 21, 2010

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: STUDY3!!!)

Seperti yang you ols sedia maklum, setiap penjawat awam musti disahkan jawatan dalam tempoh 3 tahun percubaan. Salah 1 syarat untuk sah jawatan adalah wajib hadir Kursus Induksi. Dalam kursus nie, setiap peserta perlu lulus dengan melaksanakan setiap tugasan yang diberikan & mematuhi arahan yang ditetapkan. Wah! Dah kuar dah ayat skema ah kak! Ha3...

Same la jugak dengan Kursus Induksi yang aku pegi tuh. Markah diberikan melalui beberapa aspek/bahagian iaitu 40% dari ujian, selebihnya dari public speaking, peer rating, assignment by group & individual & kehadiran. Malam2 terakhir sebelum ujian tu, kitorang diberi mase untuk settlekan assignment & study hape2 yang patut kat dalam dewan.


~ Kitorang dok dalam group. Tekun sungguh group aku kan especially Bob? Hiks...


~ Yang tengah senyum, pakai tudung hitam tu, name dia unik sket tau! Noor Cahaya... Sedap kan?


~ Flying kiss sket! Mmuahhsszzz..!!! ;P


~ Ade yang dok buat assignment & ade yang dok study handouts yang consultant bagi tuh. Group assignment kitorang dah siapkan awal2. Yang individual, tinggal Bob ngan Kak Ieda (baju ijo-hitam) jer yang belum submit. Aku, Noor & Farah (tudung coklat) awal2 dah hantar. Senang citer! Malas nak pikir2 dah! Buleh concerntrate ngan study. Study la sangat... Study 5-6 minit, pastu boraknye berminit2. Ha3... Farah tu 8 months preggie. Dia pun cedok la experience Kak Ieda ngan Noor pasal deliver baby nih. Aku tumpang dengor, pastu gelak2 tak hengat! Rase ngeri ade, rase kelakor pun ade. Sampai tak perasan yang Bob pun tumpang dengor secara tak langsung! Ha3... Cian Bob... Terganggu mental beliau nak sudahkan assignment. Hiks...

Soknye, kitorang ade sesi fotografi lak.


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google