SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RESTORAN IKAN BAKAR SIMPANG 4. Show all posts
Showing posts with label RESTORAN IKAN BAKAR SIMPANG 4. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

RATING YANG CUN SANGAT!

Dipendekkan cerita... wah, tetiba je nak kasik shortcut kan..! Ha3...

Mak ada urusan sikit kat rumah Uda. Aku & Oppa tolong hantar. Kemudian, kami teruskan perjalanan tanpa arah tujuan. Unplanned. Best!

Oppa punya suggestion adalah Putrajaya sebab kengkononnya nak tengok festival apa ntah... lupa. #SongJiHyo jadian ni ok jerrr... Terus laju2 google hotel. He3...

Cuaca adalah hujan. Kejap2 lebat, kejap2 renyai2, kejap2 reda tapi, lepas tu hujan balik. Kami tak jadik nak ke festival apa ntah... yang lupa nama dia tu. Oppa pun dah letih drive. Makanya, kami cuba2 nak check-in kat Mihrab Hotel, Putrajaya. Malangnya, bilik dah fully-booked. Owh... kuchiwa tahap gaban! Tsk3...

Aku google lagik. Jumpa Coop Hotel, Putrajaya & Cyberjaya. 1st impresion, rasa macam... hmmm... so-so jerrr... boleh la... Mungkin sebab lokasi dia yang tak menghadap jalan utama / sebab warna cat bangunannya. Ntah la...

Walaupun ding-dong, ding-dong tapi, kami tetap check-in di Coop Hotel, Putrajaya tu. Dah malam & penat. So, tak payah nak demand sangatlah.

~ Lobby yang biasa2 je...
Coop Hotel Putrajaya & Cyberjaya,
Jalan Cyber Valley 1a/3, 
43800 Dengkil, Selangor.

No. Telefon: 03-87688280 / 018-9884658

~ Tapi, bilik dia adalah berbaloi untuk rate yang dibayar.

Kami amik Family Standard Room sebab bilik2 lain dah fully-booked. Actual rate: RM 109/nett. Tapi, dapat government rate, jadik RM 90 ++ kot... Yang '++' tu lupa berapa. 

Keluasan bilik just nice, worth it & bersih. Dapat 1 queen bed & 1 single bed. & of course, air-conditioned. Keadaan air cond pun masih memberangsangkan. Takde bunyik bising & paling penting, sojuk. 

Kettle & prayer mat pun disediakan. Bagus!

~ Almari yang sedang2 elok je besor dia. Sesuailah dengan keluasan bilik.

~ TV with Astro dengan channel terpilih. Yang penting, ada channel sport sebab Oppa nak tengok bola.

~ Toilet yang agak luas lagik bersih. Ada heater, favourite Oppa. Aku tak minat mandi air suam2 nih. Tak puas!

Service pun bagus. Maksudnya, receptionist tak kekwat. Elok je dia layan guests. 

Rating: 4.5/5 mintang

Haaa... cun sangat rating yang aku kasik tu! Sebab... memang berbaloi & puas hati sangatlah! ;)

1st impression yang memula tadi tu, dah boleh ditolak ke tepi & lontar jauh2. Bak kata omputih, 'Don't judge a book by its cover, bebeh!' He3...

Pukul 11.30 pagi, kami check-out. Amik Mak kat Sungai Buluh, lunch kat rumah Uda, kemudian balik ke Teluk Intan.

~ On the way balik, sempat lagik singgah Cendol Bakar, Kuala Selangor. 

Lepas tu, singah pulak kat Sungai Haji Dorani. Shopping ikan fresh & sayur2-an. 

~ Last sekali, kami dinner di Restoran Ikan Bakar, Simpang 4. 

Perut kenyang, hati pun senang. Chill2 je sampai kat rumah. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 26, 2014

PERUT YANG MAMPU BERDANGDUT

Semasa sedang 'bersidang' di rumah Mak. Di ruang tamu, di depan tv, dengan kehadiran aku (of courselah.), Abang, Kak Aneem dan anak2 sedara yang gigih ghalit layan siaran ulangan Ceria Popstar... Abang bersuara memecah keheningan petang... Eceh, ayat! Tak boleh blah! He3...

"Dik, kat mana nak makan ikan bakar selain Lumut? Tak nak jauh2, yang area Teluk Intan / kawasan kejiranannya je. Sebab kalau jauh sikit macam kat Lumut, tak larat. Esok kan kerja. Ada orang nak belanja nih."

Sambil 'memperkenalkan' si isteri yang tersipu2 malu dok kat sebelah sebagai si tukang belanja. Hiks...

Owh... lupa nak bagitau. '... Esok kan kerja... ' tu maknanya hari kejadian jatuh pada hari Ahad. ;)

Laju aku google. Tapi, ntah apa yang digoogle pun tak tau. Sebab kepala dok pikir restoran ikan bakar area Teluk Intan / kawasan sekitarnya untuk respon pada soklan Abang. Tapi, jari-jemari gigih menaip & menggoogle InstaGram Sharnaaz Ahmad. Nak stalk kejap. Konpius, den! Ko dah kenapa haaa..?! Ha3...

~ Gambar selfie yang takde kaitan. Sekadar tumpang lalu je. Harap dapat berikan laluan untuk iklan selfie ini. He3...

Abaikanlah penggoogle-an yang merepek-merapu-meraban tuh. Terjah je mana yang kita tau. Nun di Hutan Melintang. Restoran Ikan Bakar Simpang 4 namanya. Bolehlah!

Neves jugak aci walk-in walk-in nih. Takut full house. Redha je lah. Nasib baik tak. Line clear. Boleh sukahati chop meja, cantek punya depan tv. Nasik putih, ikan gerut2 bakar, kailan ikan masin, sotong masak kicap, telur dadar, tomyam campur & air yang pelbagai. 

Bbrrppp..! Alhamdulillah... Kenyang, bebeh! ;D

Perut berdangdut riang... Siap dengan gelek 360 darjah. Boleh imagine tak betapa comelnya ia? Mas Idayu pun menangis tengok! Ha3...

Terima kasih daun keladilah, Kak Aneem. ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 2, 2010

AKTIVITI MENTERNAK LEMAK2 TEPU DI SIMPANG 4

Ah kak nak story mory morning glory pasal aktiviti menternak lemak2 tepu di Simpang 4. Aktiviti nie dilakukan secara berjemaah ye, you ols..! Lebih afdal, gitu..! Hiks...

Alkisahnye... Abang Poi ajak makan2 kat Restoran Ikan Bakar Simpang 4 mase hari Sabtu (malam). Plus, ramai adik-beradik my 'sayang' yang balik kampong sempena coti 3 hari last week. 2 orang jer yang tak balik. Nie kalo diorang tau/baca blog aku nie, sure nangis air mata darah, ok! Ha3... Kasehan2... Nak wat camne kan... Dah takde rejeki maaa... ;P


~ Sementara tunggu hidangan sampai... kite minum dolu..!


~ Pastu, kite berposing2-an plak! Bagus nih! Salah 1 cara untuk hilangkan stress akibat menunggu makanan yang lambat sampai. Standard la... makan kat restoran ikan bakar, memang la harus sabar menanti... Huuu...


~ Sherashi Bershame... Meghahnye mak ngah..! He3... Ade ke patut Cik Ajis *pak cik my 'sayang'* kata we ols cam penyokong Thaksin..?!! Owhhh... tak patut... tak patut... ;P









~ Menu malam tu adalah: sup sayur...


~ ... telur dadar...

~ ... sayur campor...

Lain2 cam ikan 3 rase, ikan stim, kailan ikan masin & sate adalah takde dalam gambar sebab tak sempat snap. Perut dah berkeroncong maaa... Actually, most of the menu bukanlah menu yang dirancangkan. But, kitorang lambat sampai... Restoran tu bukak pukul 6 p.m camtu la... Hari tu plak hari coti, malam minggu, so bapak la ramai pengunjung kan... Banyak yang dah sold out! Ketam, udang, sutun bagai... sume nan ado! Tinggal bekas jer... Sudahnye, redah jer la mane yang available... Dat's why la banyak menu2 sayur?! Even, meja kitorang tu pon dah ade yang booked! Tapi, atas faktor kose veto yang ade pada Abang Poi, *Ecewah..!* kitorang tak berganjak ke mane2 pon. He3...

Well... patutkah seorang waitress di sebuah restoran berkata begini kepada customernye?:-

Waitress: Tak buleh dok kat sini la... Dah ade orang booked!

Customer: Owhhh... ye ke? Ade tempat lain tak?

Waitress: Carik sendirik la!

Patutkah3??? Kot ye pon, cakap elok2 tak bulehkah? Gunakan ayat yang tak menyakitkan hati orang. Cuba belajar berhemah sket! Huh3!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google