SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label DINNER TREAT. Show all posts
Showing posts with label DINNER TREAT. Show all posts

Monday, November 28, 2016

TERIMA KASIH, SI PEMBELANJA

Dinner treat by Awa.

Di Restoran Mutiara Seafood. Aku & Oppa bertugas sebagai tukang order supaya senang. Nanti diorang sampai, makanan dah siap.

Tak semua yang dapat join. Mana yang balik kampung je. 

~ Port kami.

~ Terima kasih kepada si pembelanja. Semoga semakin murah rezeki. Aminnn...

Dapat chit chat sekejap je... Abah dah ajak balik. Mengantuk.

Takpe... Next time, ada rezeki, umur panjang, kita chit chat & makan2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 26, 2014

PERUT YANG MAMPU BERDANGDUT

Semasa sedang 'bersidang' di rumah Mak. Di ruang tamu, di depan tv, dengan kehadiran aku (of courselah.), Abang, Kak Aneem dan anak2 sedara yang gigih ghalit layan siaran ulangan Ceria Popstar... Abang bersuara memecah keheningan petang... Eceh, ayat! Tak boleh blah! He3...

"Dik, kat mana nak makan ikan bakar selain Lumut? Tak nak jauh2, yang area Teluk Intan / kawasan kejiranannya je. Sebab kalau jauh sikit macam kat Lumut, tak larat. Esok kan kerja. Ada orang nak belanja nih."

Sambil 'memperkenalkan' si isteri yang tersipu2 malu dok kat sebelah sebagai si tukang belanja. Hiks...

Owh... lupa nak bagitau. '... Esok kan kerja... ' tu maknanya hari kejadian jatuh pada hari Ahad. ;)

Laju aku google. Tapi, ntah apa yang digoogle pun tak tau. Sebab kepala dok pikir restoran ikan bakar area Teluk Intan / kawasan sekitarnya untuk respon pada soklan Abang. Tapi, jari-jemari gigih menaip & menggoogle InstaGram Sharnaaz Ahmad. Nak stalk kejap. Konpius, den! Ko dah kenapa haaa..?! Ha3...

~ Gambar selfie yang takde kaitan. Sekadar tumpang lalu je. Harap dapat berikan laluan untuk iklan selfie ini. He3...

Abaikanlah penggoogle-an yang merepek-merapu-meraban tuh. Terjah je mana yang kita tau. Nun di Hutan Melintang. Restoran Ikan Bakar Simpang 4 namanya. Bolehlah!

Neves jugak aci walk-in walk-in nih. Takut full house. Redha je lah. Nasib baik tak. Line clear. Boleh sukahati chop meja, cantek punya depan tv. Nasik putih, ikan gerut2 bakar, kailan ikan masin, sotong masak kicap, telur dadar, tomyam campur & air yang pelbagai. 

Bbrrppp..! Alhamdulillah... Kenyang, bebeh! ;D

Perut berdangdut riang... Siap dengan gelek 360 darjah. Boleh imagine tak betapa comelnya ia? Mas Idayu pun menangis tengok! Ha3...

Terima kasih daun keladilah, Kak Aneem. ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 12, 2014

PROGRAM MAKAN2 FAMILY MERTUA

Owh... memang best! Gumbira perut mendengornya. Ha3...

Aku & My 'Jebat' ditugaskan untuk pilih port makan. Kriteria yang diorang nak adalah takmo jauh2, nak yang area Teluk Intan je & ada menu ikan bakar + seafood. Kat Teluk Intan ni seafood banyak la tapi, yang ada serve ikan bakar adalah payah nak dapat. Mostly, buat 3 rasa, masam manis, masak pedas & stim je. Jenuh perah otak, macam nak amik ujian memandu pulak kekdahnya... Hiks... Akhirnya, teringat kat D'Hentian Batu 8. Hmmm... boleh la kot kat situ.

~ Meja 'bertuah'. Heh3...

~ Couple 'bertuah'. Eceh! ;P

~ 'Cik Smurf' yang sedang taat pada arahan Atuk. He3...

Menu macam biasa la... ada nasik putih, tomyam poktek ikan, gerut2 masak pedas, gerut2 bakar, kailan ikan masin, telur dadar, lala cili kering, air tembikai & fresh oren. Meh, nak review dari aspek rasa, meh!

Tomyam poktek ikan: Ok. Diorang la kata... Aku tak boleh komen banyak sebab aku tak usik sangat menu nih.
Gerut2 masak pedas: Biasa2 je. 
Gerut2 bakar: Diorang kata ok kot... Sekali lagik aku tak boleh komen banyak sebab alasan yang lebih kurang sama. Aku bukan pemakan ikan bakar.
Kailan ikan masin. Ok.
Telur dadar: Kompomlah ok! Kalau ini pun tak ok, memang melampaulah!
Lala cili kering: Tak ok sebab lala tu tak masak. Terpaksa tapau bawak balik sebab order banyak & sayang kot kalau tak makan. Roy kata dia nak masak balik sesempurna mungkin kat rumah.
Air tembikai & fresh oren: Standardlah.

Kesimpulannya, rating samadengan so-so je.

Terima kasih, A-im sebab jadik tukang belanja pada malam tu. Semoga semakin murah rezeki lepas balik dari India. ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 22, 2014

MENGTRY THE RAYYAN STEAMBOAT & GRILL

Kecik tapak tangan, 1 Taman Intan Mas ah kak tadahkan...

Hah, amekaw! Begitu la kiranya reaksi bila dengor ada orang nak belanja. Bersiap pun pantas! Sap2 soi kata ko! Ha3... Nampak tak 'permainannya' di situ? ;P

Ke tempat yang dijanjikan, lepas Maghrib. Kat The Rayyan Steamboat & Grill. 1st time. Ingatkan tak payah susah2 nak buat reservation. Tapi, andaian meleset! Bapak besar board kat luar pintu masuk menyatakan, 'FULLY-BOOKED!' O.M.G sangat tau! Uhuks3...

Sebelum tu, Udda ada mintak reservekan. Tapi, macam tak perlu je. Macam boleh je kalau nak walk in. Sebab steamboat je kot... Bukannya seafood ikan bakar bagai... yang dah sah2 akan ada ramai pengunjung. Tapi, tu la... sangkaan meleset kata ko! 1st time pun ye jugak. 

Tak tau nak rasa bersalah ke... atau rasa kecewa... atau tak payah rasa apa2. Hmmm... rasa nak padam tulisan 'FULLY-BOOKED!' kat board tu pun ada jugak. Tapi, tak baik. Vandalism namanya. Hu3...

Tarik napas kejap... Fuh! 

Ada yang cadangkan plan B, plan C bagai... Tapi, semua tak berganjak2 lagik dari situ. Maybe memasing dah membayangkan periuk steamboat beserta chopstick kot. Ha3... Last effort, Udda try negotiate dengan owner / manager. Alhamdulillah... mungkin jugak dah memang rezeki nak makan steamboat. Ada 1 meja kosong. Ada yang cancel reservation di saat akhir kot.

~ 2 dapur untuk 8 orang makan. 'Memasak' la kami malam tu dengan hebaknya..! He3...

~ Ini buffet steamboat. 25 hengget seorang. Warga emas murah sikit, 15 hengget. Kanak2 pulak 12 hengget. Makanlah sampai lebam asalkan habis. Kalau tak, kena caj.

~ 'Telenovela' di depan mertua. Harap mertua merestuinya... Ha3...

~ Berlakon je nampak macam hebak bergaya pakai chopstick tuh. Hakikatnya, hampeh! Tangan pengkar, susah nak kepit. Jeles tengok Bulat yang terror guna chopstick. 

Rating: 3.5/5

Sup sodap. Tomyam pun ok. Perapan ayam, daging lembu & kambing pun not bad. So, kalau tekak tu rasa nak makan steamboat, boleh la terjah, ek!

The Rayyan Steamboat & Grill
Taman Melor
36000 Teluk Intan, Perak

No. Telefon: 019-5772599

Call untuk reservation dulu kalau takut nak jadik 'adventurous' macam we ols. Heh3...

Akhir kata, terima kasih Kerol sebab jadik tukang belanja malam tu. Semoga murah rezeki... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 25, 2014

NITE @ LUMUT

'Malam yang sepi pi2... Pak Mat jual topi pi2... Topinya koyak yak2... Pak Mat jual tempoyak yak2... La3...'

Ingat lagik tak dengan lagu asli Melayu zaman kanak2 tuh? Nyanyi sambil tepuk2 tangan. Comel je. ;)

Tapi, bukan nak cerita pasal lagu kanak2 atau 'topi Pak Mat' mahupun 'tempoyak jualan beliau' tau! Tidak sama sekali. Tak berkait langsung! Yang berkait cuma 'malam' tu je sebab kesah ni kesah waktu malam. 

Begitu... Hiks...

Dengan murah hatinya, Abang nak belanja dinner treat, makan ikan bakar & seafood. Owh... kecik tapak tangan, 1 Pasar Malam Teluk Intan adikmu tadahkan..! Eceh! Mementang la baru lepas cerita pasal pasar malam. Ha3...

Tak nak kat Teluk Intan katanya... Nak makan kat area Lumut nun! 

Hokay! Baheklah. Yang penting perut kami terisi. He3...

~ Kat Restoran Ikan Bakar Nasa 2. Tak plan pun... Aci redah & terjah!

~ Rambut Kak Ngah a.k.a Adira (kengkonon la kan... kengkonon...) selepas ditiup angin sepoi2 bahasa.

~ Mak menikmati Lai Chi Kang Suam.

~ Menu macam biasa lah, ikan bakar, telur dadar, tomyam campur, sotong masak kicap, kailan ikan masin & udang masak pedas. 

Terangkat, dowh..!!! 

Walaupun 1st time tapi, puas hati. Servis cepat & rasa sodap tak hengat! Berbaloi2 kitorang mengterjah. Pasal harga, sila rujuk kat Abang sebab kami tau sediakan perut cukup2 & makan je. Ha3...

Perut dah ceria, muka pun ceria. Dari perut membawak ke wajah gitu..! ;P

Teruskan menikmati keindahan malam di Lumut Waterfront. Nyaman. Best. ;)

~ Tumpang landing kat Mak, amik napas dalam2. Semput berjalan dari parking ke waterfront. Hnnsss3!!!

~ Model handbag nenda kesayangan... He3...

~ Tengok laut...

~ Dengan angin sepoi2 bahasa... Rasa romantik pulak! Ahaks3...

~ Team Gwiyomi. Ha3...

~ Happy bila Mak happy... ;)

~ Team Gwiyomi lagik. ;P

~ Macam nak berdansing!


~ Feeling2 romantik jugak kot..! Hiks...

~ Anak Papa...


~ Anak2 menggediks, Mak tengokkan je. He3...



Bosan tengok laut. Ke Gerbang Malamnya pulak. Macam2 ada..!!!

~ Clown pun ada..! 3 spesis belon Abang 'invest' kat sini untuk 3 anak2. Bila lagik nak pau Papa korang kan... ;P



Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Nak check-in kat Lumut tak boleh sebab esok paginya aku & my 'sayang' nak ke Penang. Urusan persandingan Aril & Erna. Redah jugaklah balik malam tu. 

Alhamdulillah... selamat semuanya... 

Terima kasih, bro sebab belanja we ols. Nanti I ols belanja pulak, ek! Lokasi pilihan, pehh--lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, February 18, 2013

REZEKI SATE

Suatu malam... selepas gaji masyukkk..! ;P

Eh, nak jugak cerita pasal gaji masyuk! Ha3...

Abang roger2 kata nak datang rumah kami. Kitorang ok je... Bertambah2 ok bila Abang kata Abang nak belanja makan sate. Tapi, dia tapau la kan... Owh... ah kak like3 lah! Tak kesah tapau ke dine in. We ols mengalu2kan je... 

Makan free, noks! Siapa tak nak kan... He3...

~ Sate itu... Eh, macam la korang tak kenal sate kan... Adeh3...

~ Rifqi memang over bila suruh senyum depan camera. Bukan over sikit2, hokay..! Tapi, overrrrrr...... sangat! Genetik siapa la nih? Ha3...

~ Kakak ipar yang comel & Abang yang handsome! Dah belanja, harus la puji lebih2 kan... Misi membodek kata ko! ;P

~ Eh2, macam takde props yang lebih hebak kekdahnya..! Tapi, takpe... sebab kamu berdua comel... Misi membodek lagik..! Ha3...

Aku bancuh air oren + nata d coco perisa laici. Lepas makan & minum, terus diorang semua mamai2. Mungkin sebab hebak sangat kot air yang ah kak buat tuh... Hiks...

~ Tengok je la my 'sayang' nih, kuyu je mata menengok tv. Tak lama lagik, tv la pulak tengok dia! Hu3...

~ Rambut mokcik nih pun dah serabai tak hengat! Kak Yong dah kembang setaman balik. Kiut! Ada la geng Acu lepas ni! He3...

~ Over mengalahkan Rifqi! Ha3... Larikksss..!!!

Terima kasih daun keladi, Abang & Kak Aneem. Gaji bulan ni belanja la lagi, ek? Ahaks3...

Lepas makan, tak mampu nak buat apa2 dah. Hanya mampu melayan 3 budak cinonet tu melukis kartun yang ntahhape2ntah! 

Diorang suruh lukis kereta, aku lukis bola sebab senang... aci bulat2kan je kan... Bila diorang bising2 sebab aku tak lukis ikut permintaan diorang, aku kata, 'Tak boleh lukis kereta sebab kereta kena garis2 pakai pembaris. Pembaris Acu dah patah. Esok baru nak beli baru.'

& kekdah tu berjaya! Permainan psycology namanya... Ha3...

Terror tak aku mengpsyco diorang? ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, June 4, 2012

SUAPAN KASIH SAYANG @ DOMINOS

Mother's Day celebration dengan MIL dah selesai. Turn celebrate Mother's Day dengan mak pulak.

Memula, macam nak bawak mak makan2 kat Asiatica. Tapi, tak jadik sebab Asiatica selalunya full house belah malam. Tambah2 time Mother's Day tu kan... So, tukar plan.

Tetiba teringat Kak Nana merangkap rakan sejawatan kata, Domino's Pizza dah bukak kat Giant. Moh kita ke Domino's je la, weh! ;D

~ Walaupun Rifqi kena flu tapi, dia tetap aktif tak hengat malam tuh. Bagi dia merangkak atas meja, jenuh pulak nak jadik 'kandang', jangan kasik dia jatuh tergolek. Boleh slim kot kalau aku baby-sit Rifqi hari2. Adeh3...

~ Mak yang diraikan... Santek & comel mak malam tuh. Cewwahh..!

Actually, mak tak tau pun yang kitorang nak celebrate Mother's Day. Aku calling2 mak suruh mak bersiap, pakai jubah maroon touch up cantik2 je. Kata nak belanja makan. Dah nak makan baru kitorang semua wish Happy Mother's Day secara berjemaah.

Terus mak touching... He3...

~ My 'sayang' purak2 mengantuk. So, aku gigih nak cucuk lubang hidung dia, kasik dia terjaga balik. Heh3...

~ Macam kakak dengan adik kan? ;P

~ Main suap2 pizza pulak. Eh! Macam acara wajib je kan... Hiks...

~ Nak jugak bermanjas dengan mak..! Ha3...

~ Laaa... yang ni pun... ;P

~ Jenuh mak kena suap malam tuh. Suapan kasih sayang kata ko! He3...

~ Eh! Tak habis lagik nak menyuap. Ha3...

~ Cucu2 mak pun wish Happy Mother's Day jugak. Kuorum cucu tak cukup sorang, 'tertinggal' kat Kajang. ;P

~ Perasan tak, ada 'mamat' tu skodeng kitorang? Agaknya, dia musykil kot sebab dalam banyak2 meja yang ada kat situ, meja kitorang yang paling havoc tak hengat! Falsh camera dah la non-stop! He3...

~ Hadiah 'super spontan' untuk mak tersayang... Harap mak suka lapanploh juta kalilah! ;P

Kesimpulannya, makan2 Mother's Day kat Domino's malam tu memang terbaekkk... lah! Siap dengan suapan kasih sayang yang tak boleh blah tuh! Ditambah pulak dengan kesodapan Aloha Pizza yang cheezy meleleh2 tuh... perrgghhh!!! Terkenang2 sampai sekarang kot... Heh3...

Harap2, suapan kasih sayang macam ni akan berterusan sampai bila2... Amin...

Selamat Hari Ibu, mak... Sayang mak laju2 lah! ;D


:: Like3, ek! ::



Friday, June 1, 2012

THANK YOU ABAH PULAK

Memang syiok betul hidup ini kalau selalu je ada orang nak belanja makan2. Heaven betul! Ngeh3...

Sebelum ni, abang aku belanja kat KFC. Lepas tu, abah pulak belanja makan2 dinner kat Wana Cafe. Owh... rejeki, noks! Jangan ditolak! ;P

~ Lepas Maghrib, dah sampai kat Wana Cafe. Kalau pasal makan, memang semua laju! Ha3...

~ Aweks P.E.A.C.E! He3...

~ Air sampai, semua serbu air. Kang makanan sampai, semua serbu makanan pulak. Begitulah mereka... Eh! Termasuk aku jugak kot. Hiks...

~ Aweks gangster sesat. Heh!

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...

~ Haaa..! Ni baru la pengantin baru forever..! Minum pun aci silang2 tangan, noks! Jeles tak? Jeles tak? Ahaks3...

~ Makanan dah sampai... serbuuu...!!! ;P

Menu malam tu adalah nasik putih, tomyam campur, telur dadar, daging black pepper, siakap 3 rasa & taugeh ikan masin. Yang lain2 macam familiar jugak la... kecuali taugeh ikan masin. 1st time kot aku rasa. Not bad la... Tapi, sodap lagik kailan ikan masin kot...

~ Perut dah kenyang, hati pun senang! La3...

~ Pelahap ke tak pelahap? Heh3...

Rumah kitorang sekangkang kera je pun dengan Wana Cafe tuh. Tapi, kitorang la yang paling last sampai. Bajet VVIP kata ko! Ha3...

Kalau shopping secara berjemaah pun macam tu jugak. Macam masa pergi Sabah dulu tu kan, muka aku ngan my 'sayang' la yang paling last sampai kat Nissan Urvan (transport kitorang masa kat Sabah). Diorang semua dah tunggu lama. Adeh3... 

Penyakit keturunan kot. Ha3... Ya ampon... ;P

Apa2 pun, thank you abah sebab belanja anak2 menantu2 makan. Terbaekkklah abah..! Ecewah..! Dan2 tu kot... He3...


:: Like3, ek! ::





i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google