SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, May 31, 2013

CAN YOU BOLT?

*Sticky mode entry. Please scroll down for new updates.

Terpengaruh dengan Kak Jem! Sumpah, tak tipu! He3...

Musti korang terwondering2 kan... apalah agaknya yang ah kak terpengaruhkan daripada Kak Jem tuh? Hmmm... begini kesahnya ye, bapak2 ibuk2...

Celcom First skang ni tengah gigih buat contest yang best lagik sangat mudah nak mengjoinnya. Contest tu ada kena-mengena dengan CELCOM 4G LTE & Usain Bolt. Kak Jem la yang war2kan kat blog beliau. Terus ah kak terpengaruh laju2! He3...

Kenapa Usain Bolt? Hah! Jawapannya ada kat bawah nih:-

"Can You Bolt?

Pose like you're the fastest man on Earth. Show us your best version of Usain Bolt's signature pose and stand a chance to walk away with a 4G LTE Modem + 3 months FREE data subscription!

Simply snap a picture and win."

Haaa...!!! Paham tak den skipping London tuh? Kalau tak paham, tunggu je rancangan Oh My English yang Zain Saidin jadik cikgu tuh. Hiks...

Eh, nama Zain Saidin tengah meletop2 skang nih tau! Panasss... berdesir2 gitu! Ha3... Pada yang tau tu sure dah senyum2 kambing bila baca statement ah kak ni kan... Pada sesiapa yang tak boleh 'pick up', sila tengok siaran ulangan Masterchef Selebriti 2 episod malam tadi. 

Fuh! Memang panasss!!! ;P

Hokay dah! Sambung balik cerita contest. ;P 

Aku syak CELCOM 4G LTE tu ada hubung kait dengan Usain Bolt. Dari aspek kepantasan barangkali... Sebab Usain Bolt kan jaguh lumba lari. Sebab tu jugak contest tu namanya 'Can You Bolt?'. Senang sangat nak join. Sila refer seperti berikut:-

1) Terjah link ni: celcomfirstfanpage & Like.
2) Click kat 'Upload a Picture', isi form & upload la gambar korang yang menyerupai gaya signature Usain Bolt.
3) Done! Tunggu & berdoalah semoga korang adalah antara 100 yang bertuah. ;)

~ Ah kak dah join! Dengan bangganya ah kak mempertaruhkan gambar nih. Ah kak sorang je yang Usain Bolt sangat kan? Ahaks3...

~ Haaa... nampak tak gambar ah kak dok sebelah siapa tuh? Kak Jem, hokay..! Kak Jem! Memang terpengaruh sangat! Ha3...

~ My 'sayang' pun terpengaruh jugak. He3...

Sempat lagik kalau korang nak join contest Can You Bolt nih sebab tarikh tutup sampai 31 Mei 2013. Memang sempat sangat korang nak berposing2 & mengupload gambar yang terbaik.

Hmmm... malam ni ah kak nak mimpikan kemenangan CELCOM 4G LTE lah! Ha3... Over! Ini semua poyo... betullah! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, May 29, 2013

GAMELAN

Majlis bertandang Kak Long...

Tak jauh pun nak hantar Kak Long nih... Kak Long duduk kat Taman Melor & Radi pulak kat Taman Desa Bahagia, Kampung Bahagia kot. Wah, banyaknya 'bahagia'! Semoga berbahagialah! Hiks...

Taman Melor dengan Kampung Bahagia dikategorikan sebagai dekat jugaklah. Aci minit2 je dah sampai. Begitu...

~ Pengantin pilih kaler biru firus. 

~ Aku pakai purple terus sebab tak sempat dah nak carik baju ikut tema. Tapi, ah kak tetap vogue da vass kan? Ahaks3...

~ Bersidang kejap sebab nak pilih pengapit. Last2, Cuk Dam ngan Mak Su je lah jadik pengapit. 

~ 'Yang Berhormat' melawat kawasan. He3...

~ Mak Su pun pakai biru. Kelasslah! ;D

~ Sampai2 je, pengantin kena mengadap parents Radi, salam2 & peluk2. Adat diorang kot...


~ Orang lain sibuk berarak, we ols sibuk bergambar. Errr... comel tak 'anak angkat' ah kak tuh? Hiks...

~ Terbaheklah..!!! ;D

~ Pak Ngah my 'sayang'. Pak Ngah ni sangat2 kelakor tau! Apa yang dia cakap semuanya rasa kelakor je. Dia cakap serius pun tetap nampak kelakor. Ha3... Macam Pak Teh aku jugak. 

~ Masa makan beradab we ols dihiburkan dengan persembahan gamelan dari SMK Seri Kandi. Terus teringat zaman sekolah. Eh, group gamelan Sains Selangor lagik terbahek tau! Tapi, aku tak join la... Aku jadik supporter je. Yang join semua bebudak junior.

~ Lepas makan beradab, pengantin bersanding kat dalam rumah pulak. My MIL tengah merenjis pengantin.

~ Romantik pelamin diorang.

~ Mak pengantin pompuan merenjis.

Aku tak merenjis sebab neves! Segan pun ye jugak. He3...

Takpe la... Tak merenjis pun takpe kot. Yang penting, doa aku untuk pengantin, semoga bahagia selalu hingga hujung nyawa. Aminnn...

Peace, yo!!! 

Eh, tetiba! ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 26, 2013

SEPULUH TUJUH..???

Selalunya, hari Jumaat je Kak Yong datang melepak kat rumah aku. Papa dia hantar la kan... Aku tolong babysit kejap sementara papa dia pergi semayang Jumaat. 

Kadang2 Abang ngan Kak Yong lepak sampai petang. Aku tinggal je kunci duplicate kalau aku nak masuk kerja balik.

Pada suatu hari Jumaat tuh, aku cuti. Saje nak rehat kat rumah. Bila tau aku cuti, harus la Kak Yong tak nak ikut papa dia balik. Nak tunggu Acu Pendi balik kerja & hantar dia katanya...

We ols hokay je... Plus, sekangkang kera je pun rumah Abang aku tuh. Aku di taman sini, Abang di taman sinun. Begitula kan... So, takde masalah.

~ Sebelum hantar Kak Yong, we ols bawak dia jalan2 pusing Teluk Intan lepas tu, makan2 kat Wana Cafe dulu. 

~ Beronok2 betul mokcik ni tau! Suka sangat la tuh!

You ols perasan tak kat atas meja tu ada cup kaler purple bernombor 17? Perasan kan? Perasan kan? ;P

Masa kitorang sampai, Kak Yong ghalit main cup tuh sambil menyanyi. Lagu apa ntah?! Banyak genre. Well... anak sedara ah kak kan berbakat besor macam ah kak jugak... suka feeling2 artis! Ha3... 

Tetiba Kak Yong tanya...

"Acu, ni nombor SEPULUH TUJUH kan?' 
(Sambil tunjuk nombor yang ada kat cup tuh.)

Aku confuse kejap. Lepas tu, aku pandang my 'sayang', my 'sayang' pandang aku balik. Dan2 tu kitorang gelak tak hengat!!!

Ha3...

Pandai Kak Yong buat lawak tau! Ada ke nombor 'SEPULUH TUJUH'! Nombor 'TUJUH BELAS' la Kak Yong!

Saje je tau Kak Yong ni, buat pankreas ngan buah pinggang kitorang bergetar2 sebab gelak. He3...

Sejak tu, bila nampak nombor 17 kat mana2, musti kitorang teringat kat Kak Yong. Kitorang pun dah tak sebut 'tujuh belas' tapi, 'sepuluh tujuh' jugak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



STEAMBOAT SAMPAI LEBAM!

Suatu malam bulan mengambang...

Eh, salah! Kalau bulan mengambang jadik cerita seram la pulak. Hu3...

Suatu malam bulan sabit sedang2 elok... hokay sikit kot..! He3...

Belah petang dah makan nasik kat rumah Mak. Tapi, bila tiba malam still tercarik2 makanan. Apa punya spesis perut la kan... Achaner nak kurus macam Tiz Zaqyah / Nelydia Senrose? Tsk3...

Kalau boleh nak makan mende selain nasik. Dengan body language yang comel, ah kak pun mengajak my 'sayang' keluar jalan2 carik makan. 

Suksess2..!!! He3...

~ Jenuh pusing2 Teluk Intan last2, Reena's Kitchen jugak jadik pilihan. We ols pekena steamboat. Hoyyeahhh..!!!


~ Mak menunggu steamboat penuh sabor. ;P

~ Chef steamboat. He3...

~ Ada 2 jenis sup, tomyam & sup. We ols layan yang sup je sebab tomyam tu rasa dia pelik sikitlah.

~ Grill2 pun ada tau! Yang ni ayam & daging yang digrill. Sodap!

Bagi aku steamboat kat sini not bad la... 19 hengget/person... melantaklah korang sampai lebam! Berbaloi2 kot..! 

Diorang just preparekan dapur & sup steamboat tu je. Yang lain2 yang nak disteamboatkan, ko amik la sendirik ikut portion yang ko nak. Self service katanya... Make sure amik mengikut kemampuan perut sebab kalau tak habis diorang caj 5 hengget untuk setiap 100 gram. 

So, jaga2 Cik Salmah, ye! ;)

Eh, terpengaruh dengan filem Seniman Bujang Lapok pulak! He3...

Paling terbahek adalah nasik goreng ngan ayam & daging grill dia. Perrgghhh..!! 

Sos pun ada banyak pilihan. Macam2 kaler jugak. Aku kan tamak haloba... so, aku belasah amik semua jenis sos. Paling best cili kicap dia kot. Plus, tu je yang aku buat cicah. Sos lain tak berusik sangat pun... Tamak katanya kan... Nasib baik tak kena caj. Heh3...

Kalau teringin makan steamboat kat Teluk Intan, boleh la try Reena's Kitchen. Senang je nak carik. Kat Bandar Baru Teluk Intan nun! 

Jumpa Bandar Baru makanya, jumpalah nanti Reena's Kitchen nih. Dia kat belah dalam2 sikit, dekat2 dengan stesen bas express, area opis Poslaju tuh.

Errr... membantu tak direction yang ah kak bagi nih? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, May 25, 2013

WARNA-WARNI

Turn Kak Long (cousin my 'sayang') pulak naik pelamin. Kendurinya kat rumah Cik Am, masak2 kat rumah Mak Ngah. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak jenguk sangat sebab aku demam. Demam yang on-off. 2 kali ke klinik, doktor siap suruh aku buat blood test bagai... takut denggi. 

Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Masa hari wedding tu pun aku try gagahkan diri ke rumah Cik Am. Lepas makan, terus telan ubat demam ngan antibiotik. Apa lagik..??! Laloklah kan... Hu3...

Tapi, sempat la jugak tunggu sampai Kak Long bersanding...

~ Kak Long & Radi di meja santapan diraja.

~ Jijah jadik pengapit. Siap pakai kebaya nyonya ijo pucuk pisang lagik! Jelas ah kak tengok kerampingan beliau tau! Uhuks3... Sentap!

~ Pengantin bergambar kenangan dengan kumpulan nasyid yang dijemput khas untuk menghiburkan tetamu.

~ Boria..! He3...

~ Turn kitorang pulak nak menggediks. Hiks...

~ Under control... semua behave je. 

Ko tunggu kejap lagik! ;P

~ Haaa... ni dah out of control! Hilang dah kesopanan & kesusilaan. Ha3...

~ Owh... cer tengok pengantin tuh, over tau! Tapi, comel! He3...

~ Raja & ratu sehari...

~ Pengantin dengan parents Kak Long.

~ 2 otai..! Heh3...

Wedding ni sangat warna-warni, hokay! Busana pengantin kaler ijo, kanopi kaler pink + gold, pelamin pulak kaler putih + purple. 

Meriah! Semeriah majlisnya... ;D


:: Like3, ek! ::



AYAM KICAP BERKENTANG AJARI AKU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak sebelum bermulanya drama Teduhan Kasih. Makanya, kena la masak laju2, yang simple2 je. He3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong nipis)
1 biji bawang besar (dihiris)
7 biji cili padi
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ubi kentang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
4) Masukkan bawang besar & cili padi.
5) Masukkan kicap manis, kicap masin & asam keping.
6) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering. 
7) Masukkan ayam & ubi kentang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Kicap Berkentang Ajari Aku

Feeling2 si hot bachelor, Anuar Zain, bebeh! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 15

Sambung diet balik katanya...

Boleh pulak aci pause2 diet kan? He3...

Breakfast:-

Togok air masak je kat opis sebab tetiba je rasa tak lalu nak makan. Tetiba, hokay..! Tetiba...

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Lupa tapau garam. Aku suka makan epal merah cicah garam sebab epal merah kan manis2 rasanya. Tapi, kadang2 epal ijo pun aku belasah cicah garam jugak. Mungkin aku spesis pemasin kot... He3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu sayur campur + air masak
Mokcik Banjir lagik... ;)

Minum petang:-

Togok air masak je...

~ Dinner: 1 ketul ayam kicap berkentang + air masak

Balik kerja, aku terus masak laju2! Make sure semuanya siap sebelum pukul 7 malam sebab nak standby tengok Teduhan Kasih. Heh3...


:: Like3, ek! ::



JADUAL SINETRON KATANYA...

Bunga Merah Punya dah habis. Endingnya sangat sadis, hokay! Sebab salah sorang kawan Merah mati kena racun. Bunga pun mati jugak.

Sedeh, hokay..! Sedeh sangat... Tsk3...

Mintak tisu, pehh---lisss..!!! ;P

Tak tau drama apa yang jadik gantinya. Tak sempat nak skodeng. 

Walaupun Bunga Merah Punya dah habis tapi, ratu sinetron tetap ratu sinetron. Ha3... Sekarang gigih tengok drama baru, Teduhan Kasih. Tengok gazet pun dah tau dah best!

Pukul 7 malam je (Isnin sampai Khamis) musti dah terpacak kat depan tv, tunggu drama nih. Wajib ada bantal Spongebob sekali. Agak2 stress tengok si Iffa kena dera dengan mak tiri dia, bantal Spongebob la yang jadik mangsa. Tak dapat ketuk kepala mak tiri Iffa tu, dapat geget Spongebob pun jadik la. Buat lepas geram! 

Ha3... Hadoi! Kritikal sangat emosi ah kak tau! ;P

~ Credit to: admya

Isnin sampai Rabu, pukul 10 malam tune in kat Astro HD 134 pulak. Tengok Dahlia. 

Geram betul tengok si Haliza tuh! Sampai hati dia rampas si Razman, hubby Dahlia walhal Dahlia tu bff dia, hokay..! Dia jugak yang buat rumah Dahlia kena lelong, company Dahlia ngan Razman pun dia cilok. Owh... gila kuasa sangat tau!

~ Credit to: dramatvlive

Seminggu sekali tengok Sebenarnya Saya Isteri Dia! pulak. 

Scene malam tadi giler kelakor, hokay..! Firash bergusti kat atas katil ngan Syaf sampai terkantoi dengan Tok Wan. Ha3... 

Tak boleh blah betul! ;D

~ Credit to: malaymoviesfull

Dah macam ada jadual sinetron pulak kan? ;P 

Errr... korang ratu sinetron macam ah kak tak? He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, May 24, 2013

DOAKAN YANG BAIK2...

Selamat bercuti, you ols!

Best kan bila hari Jumaat (kecuali warga Kelantan & Kedahlah), tup2 kita boleh feeling2 maharani landing atas katil bantai tido nak bangun pukul berapa pun aci je. 

Ha3... Rasa melampau pulak perasaan ni kan... ;P

Tapi, semalam lagik best! Bila insan lain gigih bekerja tetiba ah kak la3... mencuti. Owh... sorga, bebeh..! Sorga! Rasa macam nak buat lambaian ratu pulak. Ha3...

Suka je kan nak mengjeleskan orang. Naughty sangat..! ;P

Sebenornya, aku amik cuti semalam pun bersebab. Nak bawak Mak ke hospital. Leher Mak bengkak sikit. Nampak macam thyroid. Plus, Mak pun memang ada sejarah thyroid. Tapi, lama dah. Masa zaman aku skool2 dulu (tahun 90-an) Mak pernah buat prosedur sedut thyroid di samping ikhtiar cara tradisional. Alhamdulillah... sembuh. 

Tup2... jadik balik kan...

Semalam, doktor pun syak yang ianya thyroid. Doktor suruh amik darah untuk buat blood test. 6 Jun 2013 kang kena datang hospital balik untuk amik result darah & attend appointment ultrasound. 

So far, Mak takde la rasa sakit ke / lemah2 badan bajet nak demam ke kan... Everything nampak hokay. Cuma bengkak sikit kat leher tu je la. 

Berchenta jugak sebenornya nak bawak Mak ke hospital nih. Tapi, bila dah kena tarbiah dengan ah kak siap dengan sound effect bagai... ha3... over tau... mencik... baru la Mak setuju. My 'sayang' pun tolong tarbiah jugak... katanya better buat treatment sekarang sebab bengkak tu kecik lagik. Nanti kalau dia membesar lagik payah! Silap hari bulan kena maki pulak dengan doktor.

Sempat jugak bawak Mak shopping barang dapur kat TF. Lepas tu, beli stok benang jahit Mak. Ke kedai kasut pulak, nak belikan kasut Mak. Eh, of course la kan... Takkan ke kedai kasut beli maggi pulak. Ha3...

Tau2 je dah pukul 1.15 petang. Terus dua2 menggelupur sebab kelaporan! Tak lunch lagik. Mencicit carik kedai makan. Tapau nasik ngan lauk ikan goreng, ikan masak taucu & telur masin. Menu simple macam ni bila makan time betul2 kebulur memang laju je licin! 

Bbrrppp..!!! Kenyang... Pengsan dalam kekenyangan kitorang petang tu. He3...

Hmmm... doakan yang baik2 untuk Mak ye, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, May 22, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #30: GENERASI

~ Generasi terdahulu... yang aku tak sempat nak bermesra.

Al fatihah... 


:: Like3, ek! ::



FAREWELL KE 2

Tak sah kalau takde farewell ke-2 untuk insan2 yang nak bersara / transfer dari opis ni kan... Bajet semua kuat makan kekdahnya... Sebab bila ada farewell, musti ada makan2 kan... Ha3...

Buat kat meeting room opis je sebab yang ni lebih formal. Sebarang ucapan & pemberian hadiah, hah... masa ni la nak feeling2 'V.V.I.P' berspeech2 bagai kan... Heh3...

Tetiba... Encik Boss suruh ah kak jadik emcee! 

O.M.G..!!! O.M.G..!!! Ketaq lutut! Mencik!

Dah lama tak practice public speaking... tu yang neves gajah tuh! Aci belasah je..! Janji nampak confident tak hengat! Ha3... Hadoi!

~ Bacaan doa oleh Encik Amir. Aminnn... ;)

~ Ucapan pembukaan, of course la daripada Encik Boss kan... Jangan panik tengok fail sebabun kat depan Encik Boss tuh. Bukan fail teks ucapan, ye! Buang tebiat ke hape kan... nak berucap setebal itu! Kalah penggulungan bajet 2013. He3... Tu fail Kumpulan Inovatif & Kreatif (K.I.K). Kitorang sekalikan farewell ni dengan meeting K.I.K. Harap maklum...

~ Emcee yang masih sempat menggediks! Ahaks3... Awwsss!

~ Malu2 Hafiz nak bagi ucapan. 

~ Encik Amir perah otak, carik ayat terbahek untuk ditujukan kepada Encik Sukeri. ;P 

~ 'Datuk K' dengan baju kempen pilihanrayanya... Ha3...

Nama beliau adalah Kamaruddin. Nickname samadengan Encik Din. Tapi, kami kan over! Kami nak kasik beliau lebih glamour dari biasa. That's why la kami bagi nama as 'Datuk K'. & beliau amat berbangga... He3...

Over tak kami? ;P

~ Ucapan paling sopan daripada Encik Fadzil. Orangnya pun soft spoken kan... Harus la sopan2 gitu..!

~ Ucapan havoc penuh tatabahasa merangkap mass comm sangat daripada Ane. Kalah Karam Singh Walia tau! Hiks...

~ K-mon, Puan Athirah! K-mon! 

~ Kak Ja pulak kasik ucapan paling dramatik & emo. Siap bercucuran air mata lagik..! Touching tau! Tsk3...

Habis ucapan, terus ke acara makan2. Laju je emcee suruh Encik Sukeri baca doa makan. Emcee dah geram sangat tengok pulut ngan rendang ayam. Ha3... 

& emcee makan banyak hari tu, hokay..! Pedulikkan dengan diet penimbang bagai..! Yang penting emcee bahagia... 

Ecewah! Ntahhape2ntah! ;P

~ Pertandingan mencarik siapa paling 'kembang'? Ha3... Hadoiiyaiiinyapun!

Alhamdulillah... majlis farewell untuk Encik Sukeri berjalan dengan lancar. ;)

Kepada Encik Sukeri, selamat bertukar & selamat memulakan tugas di SKM Kulim, Kedah. 

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu2-an,
Intai kami antara nampak, 
Esok jangan rindu2-an...

Ecewah! Over tau emcee ni, nak pantun2 tradisional bagai... Ini semua poyo... lah! ;D


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google