SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, May 25, 2013

AYAM KICAP BERKENTANG AJARI AKU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak sebelum bermulanya drama Teduhan Kasih. Makanya, kena la masak laju2, yang simple2 je. He3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong nipis)
1 biji bawang besar (dihiris)
7 biji cili padi
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ubi kentang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Lumur ayam dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
4) Masukkan bawang besar & cili padi.
5) Masukkan kicap manis, kicap masin & asam keping.
6) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering. 
7) Masukkan ayam & ubi kentang yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Kicap Berkentang Ajari Aku

Feeling2 si hot bachelor, Anuar Zain, bebeh! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh...tajuk menu tu yang paling meletop..

akhirnya dapat komen kat sini .. :) selalu try tak leh nak publish..tak tau kenapa

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ha3.. musti abg anuar jain t'beliak bijik mata tgk entry nih. ha3.. hadoi!

prob. teknikal la tu kot.. hmm..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google