SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label WANA CAFE. Show all posts
Showing posts with label WANA CAFE. Show all posts

Monday, March 9, 2015

ECOBA..???

Lama dah tak ke Wana Cafe. Rasa teringin pulak nak lepak makan2 kat situ. My 'Jebat' ok je... Tak banyak soal.

Tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 5.30 petang. Wana Cafe akan mula meriah selepas Maghrib. Sebab dia bukak belah petang membawak ke malam.

Menu board kata, specialty untuk hari tu adalah Nasik Goreng Ecoba. Amboihhh..! Dasat nau2 nama menu! Memang faveret My 'Jebat' la mengtry menu2 yang dasat2 cenggitu.

~ Rupa paras Nasik Goreng Ecoba. Terdiri daripada nasik goreng + telur mata + udang lipan masak cili kering + tembikai sebagai dessert. 

~ Aku makan Chicken Chop.

Hmmm... sampai sekarang konpius, kenapa nama dia, 'Nasik Goreng Ecoba'? Tak sempat nak interview owner Wana Cafe. Rasa terkilan pulak. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 19, 2014

MENANTI ESOK...

Terasa lama tak menulis *read: menaip* ...

Cerita tu ada tapi, hmmm... ntah la... Malas kot. Al maklum... asik melayan #jebatmas je kekdahnya... Tengok real on air kat Astro Mustika HD... layan online... yang di-PVR-kan toksah ceritalah... memang marathon! PLAY-FAST FORWARD (IKLAN)-REWIND. Naik mengong remote tuh. Sampai lupa tanggungjawab sebagai blogger. Eceh! Pui..!!! ;P

Tapi, tanggungjawab sebagai isteri memang tak lupalah. Tip-top katanya..! Ko mampu..??! Ha3...

Pagi tadi, adalah keluar 1 entry. Wordless Wednesday... Pun bollehhh... lah!

Ni entry ke-2. Pasal jalan2 carik makan. Kat Wana Cafe tu, haaa..! Dating belah petang. Dua2 teringin nak makan western. Well... we ols kan sherashi bershama gitu..! Citarasa tekak pun haruslah sherashi bershama! Hiks...

~ Aku makan Sizzling Steak. Hmmm... nak jujur ke tak? Jujur ke tak? Jujur... Tak jujur... Jujurlah! #sambilkira2jari He3... Rasa black pepper sauce & coleslaw tu ok je. Not bad la... Tapi, black pepper sauce tu macam beku sikit. Steaknya pun agak kureng menyengat. Ala2 daging bakar. Hokay, dah habis jujur dah nih! Hu3...

~ My 'sayang' makan Chicken Chop. Much better than Sizzling Steak. Sob3...

Takpe2. Sebab bila kita (gigirl) dah kahwin, harta kita = harta kita la kan... & harta hubby pun = harta kita jugak kan... 

Anggap je la Chicken Chop tu harta my 'sayang'. Makanya, berdasarkan teori di atas bolehlah ah kak cedok Chicken Chop tuh jadik 'harta sendirik'! Plus, my 'sayang' kata dia redha jerrr... Heh3...

~ Berlakon makan control macho. Padahal... ya ampon kot..! Ha3...

Sejak my 'sayang' busy ni, waktu berdating adalah sangat rare! Tapi, takpe... sebab aku redha demi masa depan bersama... #statementcoverlinewalaupunnn...

Pergi kerja pun kena drive sendirik. Wa boh suka drive lei... Tsk3... Eh, kata redha..! Adeh3...

Pukul 6.30 petang adalah waktu paling awal nak jumpa balik my 'sayang' kat 'kotej' kitorang. Eh, 'kotej' pulak! Rumahlah! Terpengaruh & tershashul. #jebatmas Hiks...

Rindu nak pergi kerja sama2... bertepuk tampar bergurau-senda tarik2 telinga cubit2 sayang kat dalam kereta. 
Rindu nak lunch sama2... pening sama2 sebab dah tak tau nak tapau makanan kat mana... 
Rindu nak balik kerja sama2... beli kudap2 minum petang sebelum sampai rumah... dia minat pisang goreng, aku pulak sosej goreng... sambil makan, sambil karoks lagu macam2... apakejadah yang berkumandang kat radio, semua nak dikarokskan. Ha3... Lawak pulak bila membayangkan momen2 sweet tuh. ;P

Hmmm... tadi dah hint2 pasal kerinduan2 kat atas tuh. Body language kena tip-top! Barulah halusssssssss........!!! Ahaks3...

My 'sayang' kata...

"Alooloolooo... hokay2! Esok Abang hantar & amik. Tapi, lunch tak boleh nak janji. Kalau sempat, kita lunch sama2. Kalau tak, Abang tapaukan, ek!"

Hoyyeahhh... bebeh! Nak senyum sampai telinga... ;D

Tak sabor menanti hadirnya ESOK... *wink2*


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 15, 2013

MEJA #28

Malam...

My 'sayang' ajak dating. I is hokay jerrr..! He3...

Wana Cafe jadik pilihan. Sebab sebelum ni, my 'sayang' pernah order air Ribena laichi. Waiter tu promo Ribena soda. 

Disebabkan teringin nak mengtry Ribena soda tu la we ols terjah Wana Cafe. Boleh gitu kan..! He3...

~ Beverages 'podium'. ;P

~ Tekak ni teringin nak makan bihun goreng. Jadik, order la bihun goreng. Of course la kan... Takkan tekak nak makan bihun goreng tapi, dok order chicken chop pulak! ;P


Tapi, aku pernah je nak makan lain, order lain. Selalu kot... Contoh: Dari rumah dah pikir dah nak makan kueteow tomyam. Tapi, bila sampai port makan, mulut gediks dok cakap nak mee goreng mamak. 

Apakah..??! ;P

Korang pernah jadik macam ni jugak tak?

~ Nasik putih + sup ekor + telur dadar. Selera my 'sayang'.

Lepas makan, my 'sayang' bawak jalan2 amik angin malam sambil tengok Menara Condong Teluk Intan. Owh... romantik je rasanya..! Terus jatuh chenta yang ke seratuslimapuluhjuta! 

Ha3... Over!!!

Sekian, kesah 'Meja #28'... ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 26, 2013

SEPULUH TUJUH..???

Selalunya, hari Jumaat je Kak Yong datang melepak kat rumah aku. Papa dia hantar la kan... Aku tolong babysit kejap sementara papa dia pergi semayang Jumaat. 

Kadang2 Abang ngan Kak Yong lepak sampai petang. Aku tinggal je kunci duplicate kalau aku nak masuk kerja balik.

Pada suatu hari Jumaat tuh, aku cuti. Saje nak rehat kat rumah. Bila tau aku cuti, harus la Kak Yong tak nak ikut papa dia balik. Nak tunggu Acu Pendi balik kerja & hantar dia katanya...

We ols hokay je... Plus, sekangkang kera je pun rumah Abang aku tuh. Aku di taman sini, Abang di taman sinun. Begitula kan... So, takde masalah.

~ Sebelum hantar Kak Yong, we ols bawak dia jalan2 pusing Teluk Intan lepas tu, makan2 kat Wana Cafe dulu. 

~ Beronok2 betul mokcik ni tau! Suka sangat la tuh!

You ols perasan tak kat atas meja tu ada cup kaler purple bernombor 17? Perasan kan? Perasan kan? ;P

Masa kitorang sampai, Kak Yong ghalit main cup tuh sambil menyanyi. Lagu apa ntah?! Banyak genre. Well... anak sedara ah kak kan berbakat besor macam ah kak jugak... suka feeling2 artis! Ha3... 

Tetiba Kak Yong tanya...

"Acu, ni nombor SEPULUH TUJUH kan?' 
(Sambil tunjuk nombor yang ada kat cup tuh.)

Aku confuse kejap. Lepas tu, aku pandang my 'sayang', my 'sayang' pandang aku balik. Dan2 tu kitorang gelak tak hengat!!!

Ha3...

Pandai Kak Yong buat lawak tau! Ada ke nombor 'SEPULUH TUJUH'! Nombor 'TUJUH BELAS' la Kak Yong!

Saje je tau Kak Yong ni, buat pankreas ngan buah pinggang kitorang bergetar2 sebab gelak. He3...

Sejak tu, bila nampak nombor 17 kat mana2, musti kitorang teringat kat Kak Yong. Kitorang pun dah tak sebut 'tujuh belas' tapi, 'sepuluh tujuh' jugak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 2, 2013

KEBULURAN SANGAT..!

Lapor sangat hari tu tau! Rasa nak mintak balik awal kat Encik Boss semata2 nak menunaikan hajat tekak & perut.

Nasib baik kerja banyak. Well.. tak pernah habis pun... Hu3... So, takde la terasa sangat kepedihan perut ni kan... Tau2 je mesin punch card tu dah 'menyanyi'. 

Yee haaa..!!! Merdeka..! Jom balik! ;D

~ Meja nombor 7 kat Wana Cafe. Errr... '7' ni dulu nombor jersey David Beckham kan? ;P

~ Muka lapor tahap gaban tapi, manjas tahap tak boleh blah! Rasa nak lempang tak? Ha3... Hadoi!

~ Peminat setia ah kak... Ahaks3... Awwsss!!!

~ Laichi kang untuk my 'sayang'. Aku minum air suam je sebab masa tu keadaan tekak tak mengizinkan nak layan minuman berais. Sentap! Hu3...

~ Dapat je mee goreng mamak ni, aku tak toleh kiri-kanan dah! My 'sayang' cerita apa pun hatta gossip sekalipun, aku buat dek je... Kebulur punya pasal!

Selalu kalau gossip, lebar je telinga ah kak tau! 'Mak Jemah' betullah! Ha3...

Tau2 je dah licin sepinggan! Dengan bawang2... dengan daun2 sup sekali aku belasah! Agaknya, kalau dibiarkan mau dengan limau nipis + daun pisang tu pun aku ngap sekali! 

Ha3... Makan budok... betullah! Huwarrgghhh..!!! ;P

My 'sayang' makan nasik putih + daging blackpepper + tomyam campur. Tak kose ah kak nak snap gambar sebab ghalit layan mee goreng mamak. Kata kebuluran kan... Hiks...

Bahaya kan kalau makan masa tengah kebuluran macam nih? Silap haribulan, batu pun aku nampak macam buah epal. Aummm2..! Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 25, 2012

KETAM... OWH... KETAM...

Dah tengahari ni, perut macam biasa la kan... berkeroncong, berdangdut bagai... Nak masak sesungguhnya adalah malas! 

Ingatkan, bila dah ada apron baru, semangat memasak tu semakin berkobar2 la kan... Rupa2nya semakin haub, adalah! Hu3...

Sila sekeh diri sendirik. 

~ Teringat fries Wana Cafe ni jugak... Menggiurkan betul! Uhuks3...

Tunggu my 'sayang' balik dengan penuh sabor. Sebab dah janji nak dating sambil makan ketam. Owh... sorga... Terasa seperti pasangan bahagia pulak! Ahaks3...

Doakan kitorang dapat ketemu dengan restoran ketam yang terbaekkk..., ek! 

Heh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 18, 2012

TOMYAM PUTIH MELETOP2!!!

Suatu petang...

Teringin nak makan mende2 berkuah macam tomyam ke... sup ke... My 'sayang' pulak memang lapor. Pening sebab tak tau dah nak makan kat mana. Macam semua restoran2 ngan gerai2 dah kitorang 'tawan' je.

Last2, makan kat Wana Cafe sebab macam dah lama jugak tak makan kat situ.

~ Dilema jugak nak pilih menu nih. Kejap2 rasa macam nak sup. Kejap2 pulak kang rasa macam nak tomyam. Hmmm... last2 bihun tomyam semangkuklah! ;P

~ My 'sayang' tetap setia dengan nasik Wana Cafe... Siap mintak nasik tambah, noks! Ooppsss! Ha3...

Aku suka makan tomyam kat Wana Cafe nih. Sebab ia adalah tomyam putih which is aku memang prefer tomyam putih dari tomyam merah. Pedas, masam, masin... semua secukup rasa!

Terbaekkk... lah! Meletop2 kot..! ;P

Lokasi seperti di bawah:-

Wana Cafe
Rest House Teluk Intan, Bandar Baru
36000 Teluk Intan, Perak


:: Like3, ek! ::



Friday, June 1, 2012

THANK YOU ABAH PULAK

Memang syiok betul hidup ini kalau selalu je ada orang nak belanja makan2. Heaven betul! Ngeh3...

Sebelum ni, abang aku belanja kat KFC. Lepas tu, abah pulak belanja makan2 dinner kat Wana Cafe. Owh... rejeki, noks! Jangan ditolak! ;P

~ Lepas Maghrib, dah sampai kat Wana Cafe. Kalau pasal makan, memang semua laju! Ha3...

~ Aweks P.E.A.C.E! He3...

~ Air sampai, semua serbu air. Kang makanan sampai, semua serbu makanan pulak. Begitulah mereka... Eh! Termasuk aku jugak kot. Hiks...

~ Aweks gangster sesat. Heh!

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...

~ Haaa..! Ni baru la pengantin baru forever..! Minum pun aci silang2 tangan, noks! Jeles tak? Jeles tak? Ahaks3...

~ Makanan dah sampai... serbuuu...!!! ;P

Menu malam tu adalah nasik putih, tomyam campur, telur dadar, daging black pepper, siakap 3 rasa & taugeh ikan masin. Yang lain2 macam familiar jugak la... kecuali taugeh ikan masin. 1st time kot aku rasa. Not bad la... Tapi, sodap lagik kailan ikan masin kot...

~ Perut dah kenyang, hati pun senang! La3...

~ Pelahap ke tak pelahap? Heh3...

Rumah kitorang sekangkang kera je pun dengan Wana Cafe tuh. Tapi, kitorang la yang paling last sampai. Bajet VVIP kata ko! Ha3...

Kalau shopping secara berjemaah pun macam tu jugak. Macam masa pergi Sabah dulu tu kan, muka aku ngan my 'sayang' la yang paling last sampai kat Nissan Urvan (transport kitorang masa kat Sabah). Diorang semua dah tunggu lama. Adeh3... 

Penyakit keturunan kot. Ha3... Ya ampon... ;P

Apa2 pun, thank you abah sebab belanja anak2 menantu2 makan. Terbaekkklah abah..! Ecewah..! Dan2 tu kot... He3...


:: Like3, ek! ::





Monday, April 30, 2012

ABAH MERTUA FAVERET TETIBA... ;P

Sekejap lagik nak keluar. Bukan dating tapi, nak memenuhi undangan kata ko! ;P

Undangan dinner treat daripada Abah. Owh... my faveret abah mertua... Cewwahhh..! Dan2 tu jadik faveret, noks..! He3...

Aku usulkan untuk dinner kat Restoran Simpang Tiga. Nasik padang in da house..! Abah reject sebab jauh kot. Kat Ipoh nun..! Abah kata yang kat Teluk Intan je. 

Tak berjaya hasutan ah kak. Hu3...

Plan B adalah Wana Cafe. Tak pun, Mutiara Seafood. Pikir punya pikir, last2 pilih Wana Cafe.

So far, Wana Cafe tak pernah mengecewakan lagik. Harap2 malam ni pun tak mengecewakan jugaklah. Amin...

1 hari tak jumpa nasik lagik tau! Tengahari tadi lunch makan bihun sup je. Nak reserve perut untuk malam ni. Ha3... 

Kalau Wana Cafe bikin onar, mau ada yang bertukar jadik ijo kang! Ngeri3..!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, December 12, 2011

RASA MACAM NAK MASUK DALAM TVLAH!

Petang tadi, dah pekena Fish n Chips kat Wana Cafe. My 'sayang' biasa la... musti carik nasik punya! Nasik putih + ayam tumis cili kering. Ada jugak aku tumpang cuit2 sikit. Not bad... Tapi, oily sikit la...

Tujuan utama makan belah petang, konon2 sebab nak elak makan after pukul 7 p.m la... Tapi, baru pukul 9 p.m, memasing dah terbayang2 Maggi Kari Letup la... sandwich Nutella la... 

~ Credit to: pizzahut


Dan2 tu pulak iklan Ultimate Cheezy Bites Pizza Hut keluar kat tv. Humangaih!!! Terus meronta2 rasa nak masuk dalam tv nak menggrab pizza tersebut. Haish! Perut owh... perut..! Hu3...

My 'sayang' pun tergoda jugak! Terus laju2 dail number delivery Pizza Hut. Ding-dong ding-dong... dah settle! Tengah menunggu la nih! Cepat la sikit wahai si penghantar pizza..! Dah tak boleh blah dah nih! Uhuks3...

Korang dah rasa ke Ultimate Cheezy Bites Pizza Hut nih? Aku belum. Nie la baru nak rasa. Nanti aku review & kasik rating, ek? ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, January 24, 2011

KAMI 'KEMBANG' KEMBALI..! HU3...

Morning, you ols..! Blues, ek? Hiks... Dah2! Takmo blues2 dah! Buat keje ikhlas2. Ecewah! Pandai nasihat! Tapi, paku dulang paku serpih! Heh3...

Hmmm... camne hujung minggu you ols? Hectic ke so-so jer? Well... hujung minggu kami ditemani dengan makanan2... Ecewah! Statement berani matik tuh! Ha3...

Tapi betul, owh..! Sumpah, tak tipu! Hari Jumaat (malam), we ols mendating merangkap candle lite dinner kat Wana Cafe. Memula cam nak makan yang lite2 jer. Tapi, bila sampai sana, terus order yang heavy2! Hadoiiyaiii..!!!


~ My 'sayang' makan nasik putih + daging black pepper. Encik tu memang nasik sesado..! Sehari kalau tak jumpa nasik, memang buleh pitam beliau tau! Ha3...


~ Bihun goreng ni untuk aku. 1st time order bihun goreng kat Wana Cafe. Not bad la...


~ Appetizer of the day adalah keropok ikan & otak2 Gombak yang best! ;)

Tu baru hari Jumaat tuh! Hari Sabtu lagik best! Sebab balik umah mak aku. Pepagi lagik dah tayang muka kat umah mak. Ha3...

Kalau kat umah mak tu, paham2 la kan... of cos makan sesado jugak..! Nafsu makan memang di luar kawalanlah! Sib baik tengahari mak tak masak sebab we ols pegi kenduri kawen. Yang tu, laterlah ah kak story mory morning glory, ek?

So, adakah hujung minggu anda seperti hujung minggu saya? ;P

Tuesday, January 18, 2011

OTAK2 GOMBAK

Kejadian ni berlaku masa my ‘sayang’ ke KL baru2 ni. Mak tetiba cam malas nak masak untuk dinner. So, aku bawak mak dinner kat Wana Café. Dating ngan mak, berdua jer malam tu… My ‘sayang’ takde… Windu… Tsk3…

Dah2! Toksah nak sentimental lebih2, ek! Agak2 sket. Tu baru gi KL tuh! Belum gi Iraq ke… Arab Saudi ke… Las Vegas ke kan… Isk3…

~ Mak aku pakai serba biru malam tu sampai birulah mata hitamku tengok mak! Ngeh3…

~ Aku lak pakai carca-marba. Baju pink + tudung dark blue. Macam wonderpets jerk! Hu3… Aku kan tido kat umah mak aku sepanjang my ‘sayang’ kat KL. Aku lupa nak bawak tudung hitam/pink. Yang ado tudung ijo yang aku pakai untuk keje hari tu ngan tudung dark blue nih, yang aku nak pakai untuk gi keje sok harinya. Koselah nak balik umah semata2 nak amik tudung hitam/pink. Redah jerlah apa yang ada. Tapi, maintain cun & jelita kan? Ahaks3…

~ Aku minum air teh o panas sebab masa tu cuaca cam sejuk2 + ujan renyai2. Nak minum ais memang tak la… sebab baru jer baik batuk2 nih. Berpantang la sket.

Mak makan nasik malam tuh. Lapor katanya…

~ Lauk2 yang mak order adalah tom yam campur…

~ Ngan sutun masak pedas.

Aku kenyang. Tapi, dok cedok2 gak tom yam campur tuh. He3…

~ The best part is, kat Wana Café dah ada otak2, babe..! Otak2 Gombak katanya... Diserve panas2 plak tuh! Terbaik, wok..! Sekeping = 60 sen. Sebakul = 3 hengget. Sebakul tu ada 5 keping. Aku order sebakul. Testing katanya kan… Isk3… sodap la pulok! Rasa cam nak add-on jer lagik sebakul 2. Tapi, hati suci aku kata, ‘Woit! Ko kata nak diet! Ingat balik azam 2011 ko! Kan nak jadik kurus & sexy cam Tiz Zaqyah. Kalau meratah otak2 berbakul2, lengan Tiz Zaqyah pun ko tak buleh achieve tau!’ Hokay2… Insap2… Fuh! ;P


Friday, December 31, 2010

KO NAK DIET KE NAK TERNAK LEMAK NIH?

Tengok tajuk pun korang dah buleh agak ke mane destinasi aku kan? Ha3... Yes! Tepat sekali! Sudah tentulah ke kedai makan! Atau lebih tepat lagik ke Wana Cafe. Takkan ke kedai beskal lak nak ternak lemak kan... He3...

Eh2! Macam duta Wana Cafe lak aku nie kan? Tapi, lantikan sendirik la... Ha3...


~ Mase & tarikh kejadian, aku dah tak hengat. Tapi, baru2 nie la... Malam tu ah kak pakai pink, hokay..! Jadik minah jambu jap. Hiks...


~ Of cos la aku gi ngan my 'sayang' kan... Dah beliau tu chintahatiku kan... Ecewah! ;P Hmmm... aku order teh o panas. Still pantang ais, owh... Batuk nie, ha... Lambat betul nak baik terus. Hu3... Makan ubat batuk pun aci ngelat jugak, actually... Ngeh3...


~ Aku order chicken chop. My fav ever... La3...


~ Sutun goreng tepung pun ado..! Aku jugak yang order, yang ratah & yang abiskan! Giler dasat tau! Ha3...


~ My 'sayang' makan nasik Wana Cafe. Tapi malam tu, udangnye kecik2. Tak godang2 cam selalu. Dunno why?!

Kesimpulan: Sume yang aku order abis aku ngap3! Tak tinggal sisalah kiranye! Jadik, perlukah aku tanye kepada diri sendirik, 'Ko nak diet ke nak ternak lemak nih, ha??? Camne nak jadik cam Tiz Zaqyah??? Tsk3...'

Thursday, December 30, 2010

TERBAIK, WOK..!

Dalam beberapa hari nie, korang kene prepare tissue la if menengok entry2 aku. Sebabnye, most of the entries adalah pasal makan2 & makanan. Ha3...

Hmmm... sudahkah anda bersedia? Wokeh, bebeh! Mari, let's jom menternak lemak2 di badan! Ho3!!! ;P

Kejadian nie berlaku kat Wana Cafe. Waktu kejadian adalah belah petang. Aku gediks2 ajak mak & my 'sayang' gi makan2 sebab aku lapor tahap gaban! Asik lapor jer aku nie kan? Camne nak kurus & sexy cam Tiz Zaqyah nih??! Tsk3...


~ Nenek & Along Amat pun ado. Aku ajak diorang join ternak lemak sekali. He3...


~ Muka berbajet suci! Muahaha... Giler tak buleh blah punye statement! Hadoi la... ;P


~ King & queen of makan..!!! Ho3!!!


~ Memula, we ols order keropok ikan. Cicah ngan sos. If time kebulur, perrgghhh..! memang sold out, tak toleh kiri-kanan dah! Mak mertua lalu pun buat2 tak nampak jer... Buat2 cam dia halimunan! Ha3...


~ Pastu, datang plak sutun goreng tepung beserta sos jugak. Menangis wooo... if tak dapat merase nih! Hu3...


~ Menu seterusnye adalah kailan goreng ikan masin. Yang nie fail sket sebab ikan masinnye overdose! Memang giler masinlah!


~ Pastu, datang menerjah lak tom yam campur yang super best! Gulp2!


~ Last sekali adalah siakap 3 rase. Crispy & gravy. Terbaik dari ladanglah!


~ Nenek sedang berposing bersama siakap. Senyum manja lagik you! Awwsss2!!! He3...

Gambar mak aku jer nan ado sebab mak aku khusyuk makan sampai tak kose dah nak berposing. Ha3... Kesimpulannye, memang perut santak giler! Kenyang, babe..! Terbaik betullah! Alhamdulillah...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google