SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 19, 2013

FAREWELL @ ASIATICA

Farewell Encik Sukeri...

Encik Boss kata buat kat Asiatica. Dia suruh aku handle. 

Alaaa... bukannya susah mana pun... Kerja aku just war2kan kat semua orang then, 'kutip' duit kat 'banker opis' (Encik Amir) lepas tu, buat reminder untuk pastikan semua sampai kat Asiatica on time. 

Memang bisa diaturlah! ;)

~ Yang diraikan sedang gigih bermain dengan pasu munge. Apa yang beliau pikirkan, aku pun tak taulah.

~ Urusetia majlis. Ecewah! ;P

~ Kak Ja & Puan Athirah. Puan Athirah ni la yang ganti Encik Sukeri. Dari SKM Terengganu.

Aku, Kak Ja & Puan Athirah la yang sampai dulu. Kitorang ingatkan kitorang la yang paling lewat. Sebab sebelum tu kitorang ada hal sikit, tolong Puan Athirah pindah. Tup2... kitorang yang paling awal. Hu3...

~ Lepas tu, baru Encik Amir sampai. 

Aku dah start tak senang duduk sebab yang lain2 tak sampai2 lagik. Aku try roger2. Encik Fadzil ngan Ane tak dapat datang rupanya sebab diorang tak sihat. Hafiz on the way katanya... Encik Sukeri pun... Encik Boss je yang kelakor sikit sebab boleh pulak beliau kata beliau lupa. Beliau tak ingat tarikh. Ha3... Hadoi!

Nasib baik Encik Boss berada dalam kawasan / wilayah jajahan. Boleh la beliau berdesup ke Asiatica. 

~ Chicken Mandy untuk Kak Ja, Puan Athirah & Hafiz. Aku amik gambar sepinggan je, buat wakil yang lain. He3...

~ Lamb Mandy untuk yang diraikan, Encik Sukeri.

~ Yang ni untuk aku, Dajaj Khaari. Sodap, hokay! Kari dia memang kawlah! Nasik pun hokay... Sesodap rasa je. Cuma salad tu je aku confuse sikit sebab dia salad bawang Holland dengan sehelai daun salad. Ye la... selalu kan salad ada macam2 jenis sayur then ada dressing. Tetibe yang ni ada bawang je kan... 

~ Memasing khusyuk dengan gajet.

~ Encik Amir siap enterframekan gajet lagik..! He3...

~ Grilled Lamb Chop untuk Encik Boss & Encik Amir.

Menu2 diorder mengikut selera tekak memasing. Sebab tu macam2 ada..! He3...

Farewell hari tu adalah untuk makan2 je. Sebarang ucapan & sesi penyampaian hadiah akan dibuat masa farewell ke 2 yang lebih formal. ;)

Aku tak tau la sama ada aku lapor / Dajaj Khaari tu memang betul2 sodap?! Sebabnya aku makan sampai licin. Dengan bawang2 Holland sekali aku belasah! Tak jadik nak confuse sangat tang salad bawang tuh. Ha3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

anitadiana said...

sodapnya....

ArELeEz said...

anitadiana,
so far, so good la.. klu tetibe nk tukar jd tekak arab, buleh la singgah asiatica nih.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google