SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ENCIK SUKERI. Show all posts
Showing posts with label ENCIK SUKERI. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

FAREWELL KE 2

Tak sah kalau takde farewell ke-2 untuk insan2 yang nak bersara / transfer dari opis ni kan... Bajet semua kuat makan kekdahnya... Sebab bila ada farewell, musti ada makan2 kan... Ha3...

Buat kat meeting room opis je sebab yang ni lebih formal. Sebarang ucapan & pemberian hadiah, hah... masa ni la nak feeling2 'V.V.I.P' berspeech2 bagai kan... Heh3...

Tetiba... Encik Boss suruh ah kak jadik emcee! 

O.M.G..!!! O.M.G..!!! Ketaq lutut! Mencik!

Dah lama tak practice public speaking... tu yang neves gajah tuh! Aci belasah je..! Janji nampak confident tak hengat! Ha3... Hadoi!

~ Bacaan doa oleh Encik Amir. Aminnn... ;)

~ Ucapan pembukaan, of course la daripada Encik Boss kan... Jangan panik tengok fail sebabun kat depan Encik Boss tuh. Bukan fail teks ucapan, ye! Buang tebiat ke hape kan... nak berucap setebal itu! Kalah penggulungan bajet 2013. He3... Tu fail Kumpulan Inovatif & Kreatif (K.I.K). Kitorang sekalikan farewell ni dengan meeting K.I.K. Harap maklum...

~ Emcee yang masih sempat menggediks! Ahaks3... Awwsss!

~ Malu2 Hafiz nak bagi ucapan. 

~ Encik Amir perah otak, carik ayat terbahek untuk ditujukan kepada Encik Sukeri. ;P 

~ 'Datuk K' dengan baju kempen pilihanrayanya... Ha3...

Nama beliau adalah Kamaruddin. Nickname samadengan Encik Din. Tapi, kami kan over! Kami nak kasik beliau lebih glamour dari biasa. That's why la kami bagi nama as 'Datuk K'. & beliau amat berbangga... He3...

Over tak kami? ;P

~ Ucapan paling sopan daripada Encik Fadzil. Orangnya pun soft spoken kan... Harus la sopan2 gitu..!

~ Ucapan havoc penuh tatabahasa merangkap mass comm sangat daripada Ane. Kalah Karam Singh Walia tau! Hiks...

~ K-mon, Puan Athirah! K-mon! 

~ Kak Ja pulak kasik ucapan paling dramatik & emo. Siap bercucuran air mata lagik..! Touching tau! Tsk3...

Habis ucapan, terus ke acara makan2. Laju je emcee suruh Encik Sukeri baca doa makan. Emcee dah geram sangat tengok pulut ngan rendang ayam. Ha3... 

& emcee makan banyak hari tu, hokay..! Pedulikkan dengan diet penimbang bagai..! Yang penting emcee bahagia... 

Ecewah! Ntahhape2ntah! ;P

~ Pertandingan mencarik siapa paling 'kembang'? Ha3... Hadoiiyaiiinyapun!

Alhamdulillah... majlis farewell untuk Encik Sukeri berjalan dengan lancar. ;)

Kepada Encik Sukeri, selamat bertukar & selamat memulakan tugas di SKM Kulim, Kedah. 

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu2-an,
Intai kami antara nampak, 
Esok jangan rindu2-an...

Ecewah! Over tau emcee ni, nak pantun2 tradisional bagai... Ini semua poyo... lah! ;D


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 19, 2013

FAREWELL @ ASIATICA

Farewell Encik Sukeri...

Encik Boss kata buat kat Asiatica. Dia suruh aku handle. 

Alaaa... bukannya susah mana pun... Kerja aku just war2kan kat semua orang then, 'kutip' duit kat 'banker opis' (Encik Amir) lepas tu, buat reminder untuk pastikan semua sampai kat Asiatica on time. 

Memang bisa diaturlah! ;)

~ Yang diraikan sedang gigih bermain dengan pasu munge. Apa yang beliau pikirkan, aku pun tak taulah.

~ Urusetia majlis. Ecewah! ;P

~ Kak Ja & Puan Athirah. Puan Athirah ni la yang ganti Encik Sukeri. Dari SKM Terengganu.

Aku, Kak Ja & Puan Athirah la yang sampai dulu. Kitorang ingatkan kitorang la yang paling lewat. Sebab sebelum tu kitorang ada hal sikit, tolong Puan Athirah pindah. Tup2... kitorang yang paling awal. Hu3...

~ Lepas tu, baru Encik Amir sampai. 

Aku dah start tak senang duduk sebab yang lain2 tak sampai2 lagik. Aku try roger2. Encik Fadzil ngan Ane tak dapat datang rupanya sebab diorang tak sihat. Hafiz on the way katanya... Encik Sukeri pun... Encik Boss je yang kelakor sikit sebab boleh pulak beliau kata beliau lupa. Beliau tak ingat tarikh. Ha3... Hadoi!

Nasib baik Encik Boss berada dalam kawasan / wilayah jajahan. Boleh la beliau berdesup ke Asiatica. 

~ Chicken Mandy untuk Kak Ja, Puan Athirah & Hafiz. Aku amik gambar sepinggan je, buat wakil yang lain. He3...

~ Lamb Mandy untuk yang diraikan, Encik Sukeri.

~ Yang ni untuk aku, Dajaj Khaari. Sodap, hokay! Kari dia memang kawlah! Nasik pun hokay... Sesodap rasa je. Cuma salad tu je aku confuse sikit sebab dia salad bawang Holland dengan sehelai daun salad. Ye la... selalu kan salad ada macam2 jenis sayur then ada dressing. Tetibe yang ni ada bawang je kan... 

~ Memasing khusyuk dengan gajet.

~ Encik Amir siap enterframekan gajet lagik..! He3...

~ Grilled Lamb Chop untuk Encik Boss & Encik Amir.

Menu2 diorder mengikut selera tekak memasing. Sebab tu macam2 ada..! He3...

Farewell hari tu adalah untuk makan2 je. Sebarang ucapan & sesi penyampaian hadiah akan dibuat masa farewell ke 2 yang lebih formal. ;)

Aku tak tau la sama ada aku lapor / Dajaj Khaari tu memang betul2 sodap?! Sebabnya aku makan sampai licin. Dengan bawang2 Holland sekali aku belasah! Tak jadik nak confuse sangat tang salad bawang tuh. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 4, 2011

STICKY MODE ENTRY: ADA SIAPA2 NAK LOOK YOUNG TAK?

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

Kat entry sebelum nie, aku ada mention nak promote 1 blog baru nie kan? So, nah! Aku nak tunaikan janji tersebut... ;)

~ Rupa paras blog beliau. Ada la aku tolong touch up sket2. Mana yang aku buleh tolong, aku tolong la kan... Tak baik kedekut ilmu kata ko! ;P

~ Owner blog nie adalah Encik Sukeri. Opismate aku. Di samping mengupdate hal2 kehidupannya, blog tu jugak dia buat sebab nak promote barang2/produk2 yang dia jual. Dia jual produk kesihatan. Setakat nie dia jual 2 produk. 1st adalah produk Ane's-LY (Look Young). Harga memang berpatutan. Kira sume golongan pun mampu memiliki la.

Produk ke-2 plak adalah minyak kelapa dara. Yang tu coming soon. Insyaallah... 

Banyak benefits Ane's LY nih. Kalau korang nak tau lebih lanjut, buleh la click ke blog Encik Sukeri nih, http://syuhani-ly.blogspot.com

Akhir kata, sama2lah kita memelihara kesihatan & nampak muda dengan Ane's-LY (Look Young)!!! ;) Aku dah ada 1 kotak kat rumah. Kang kalau aku Look Young daripada korang, jangan jeles plak! Hiks...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Wednesday, August 3, 2011

JOM LOOK YOUNG! ;P

Pada suatu hari yang hening (ecewah! Dah keluar dah ayat A Samad Said! Ha3...), Encik Sukeri datang kat workplace aku lalu berkata...

Encik Sukeri: Leez... saya nak mintak tolong something la... Saya tak tau dah nak mintak tolong kat siapa melainkan Leez. Leez kena gak tolong saya! Buleh no..? (dengan loghat utara piawnya!)

Aku: Owh... nak mintak tolong apa? (sambil kerut2 dahi)

Encik Sukeri: Tolong saya buat blog.

Aku: Erkkk!

I just can't believe it, bebeh! Rasa macam nak cubit2 + lempang2 pipi sendirik bila dengor Encik Sukeri nak belajar buat blog! Ha3...

Tapi, takpe la... Layankan jer... Plus, tak rugi apa2 pun... Makin memeriahkan komuniti blogger gitu..! ;)

~ Sebagai ganjaran, aku dapat free sekotak minuman botani brand Ane's-LY. LY stands for Look Young. Eh! Ah kak tak mintak apa2 ganjaran tau! Well... ah kak kan gadis sopan-santun lagik pemalu... Mana mungkin ah kak memintak2 ganjaran sebegitu rupa?! ;P

Dah orang nak kasik, aku amik jerlah. Kang kata sombong lak! Plus, kecik hati dia kalau aku tak terima jugak. ;P

By the way, thankyouverymuchlah to Encik Sukeri. ;) Nanti aku war2kan link blog dia, ek? Errr... next entry, please..! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google