SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, May 24, 2013

DOAKAN YANG BAIK2...

Selamat bercuti, you ols!

Best kan bila hari Jumaat (kecuali warga Kelantan & Kedahlah), tup2 kita boleh feeling2 maharani landing atas katil bantai tido nak bangun pukul berapa pun aci je. 

Ha3... Rasa melampau pulak perasaan ni kan... ;P

Tapi, semalam lagik best! Bila insan lain gigih bekerja tetiba ah kak la3... mencuti. Owh... sorga, bebeh..! Sorga! Rasa macam nak buat lambaian ratu pulak. Ha3...

Suka je kan nak mengjeleskan orang. Naughty sangat..! ;P

Sebenornya, aku amik cuti semalam pun bersebab. Nak bawak Mak ke hospital. Leher Mak bengkak sikit. Nampak macam thyroid. Plus, Mak pun memang ada sejarah thyroid. Tapi, lama dah. Masa zaman aku skool2 dulu (tahun 90-an) Mak pernah buat prosedur sedut thyroid di samping ikhtiar cara tradisional. Alhamdulillah... sembuh. 

Tup2... jadik balik kan...

Semalam, doktor pun syak yang ianya thyroid. Doktor suruh amik darah untuk buat blood test. 6 Jun 2013 kang kena datang hospital balik untuk amik result darah & attend appointment ultrasound. 

So far, Mak takde la rasa sakit ke / lemah2 badan bajet nak demam ke kan... Everything nampak hokay. Cuma bengkak sikit kat leher tu je la. 

Berchenta jugak sebenornya nak bawak Mak ke hospital nih. Tapi, bila dah kena tarbiah dengan ah kak siap dengan sound effect bagai... ha3... over tau... mencik... baru la Mak setuju. My 'sayang' pun tolong tarbiah jugak... katanya better buat treatment sekarang sebab bengkak tu kecik lagik. Nanti kalau dia membesar lagik payah! Silap hari bulan kena maki pulak dengan doktor.

Sempat jugak bawak Mak shopping barang dapur kat TF. Lepas tu, beli stok benang jahit Mak. Ke kedai kasut pulak, nak belikan kasut Mak. Eh, of course la kan... Takkan ke kedai kasut beli maggi pulak. Ha3...

Tau2 je dah pukul 1.15 petang. Terus dua2 menggelupur sebab kelaporan! Tak lunch lagik. Mencicit carik kedai makan. Tapau nasik ngan lauk ikan goreng, ikan masak taucu & telur masin. Menu simple macam ni bila makan time betul2 kebulur memang laju je licin! 

Bbrrppp..!!! Kenyang... Pengsan dalam kekenyangan kitorang petang tu. He3...

Hmmm... doakan yang baik2 untuk Mak ye, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google