SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, March 8, 2013

PURPLE VS COKLAT KRIM

Angah, cousin aku nak kahwin hujung bulan ni. 30 Mac 2013... insyaallah... Ni kan dah bulan Mac. Seperti biasa, harus la ada baju baru kan... Kalau pakai baju lama kang macam takde ummpphhh... pulak. Heh3...

Masalahnya, Angah sms aku dulu kata tema dia adalah coklat & krim. Tapi, Mak kata purple. Andak pun dah siapkan baju kaler purple katanya... Haish! Confuse ah kak tau!

Laju2 aku roger Angah, nak dapatkan kepastian. Kesimpulannya, Angah kata tema dia purple. Tapi, family dia je (means, Pak Yang, Mak Yang &adik-beradik Angah) yang pakai coklat & krim. 

Owh... begitu kekdahnya... So, kitorang nak ikut tema Angah je lah! PURPLE! Moh menyopping! He3...

Terjah Nagoya kat Greentown Mall, Ipoh. Pelik! Sebab tak amik masa yang lama pun, laju je jumpa yang menepati tema & yang berkenan di hati. Aku beli batik untuk buat baju kurung pesak gantung. Buat pakai hari Khamis. Gomen katanya kan... Sebab koleksi baju batik aku dah semakin pupus. Aku syak baju2 tu yang mengecik kot... Magic kan? ;P

Aku belanja Mak 3 pasang kain ela. 1 untuk wedding Angah. Lagik 2 Mak pilih kain plain untuk buat jubah katanya... Tak kesahlah. Asal Mak bahagia... ;)

Baju my 'sayang' carik kat UO je. Nak kemeja, purple jugak. Aci suruh sales assistant tu carikkan je. Laju je dapat. Fitting ok, terus bayar. Wah, pantas betul penyopingan kali ni! ;)

~ Perut tak berapa lapor tapi, macam nak mengkudap2 sesuatu. Teringat laksa Padang Polo. Heh3...

~ Mak terpaksa kunyah pelan2 sebab kena ulcer. Besor! Kesian Mak...

Bila my 'sayang' buat lawak, Mak dapat gelak manjas2 je. Sebab ulcer tu mengganggu-gugat! Kalau tak, gegak-gempita jugak, hokay tahap penggelakan Mak. He3...

~ Kasik licin, bro! Ha3...

~ Lakonan semula yang tak boleh blah! Tang peluh jantan tu yang tak tahan tuh! Ha3... 

~ Rupa paras laksa Padang Polo. Sempoi je... Tapi, boleh layanlah!

Bukannya ada kedai / premis ke ape ke kan... Pokcik2 peniaga tu just pakai lori yang multi-purpose yang boleh bukak belakang dia bubuh segala macam mende yang nak diniagakan tuh. Lepas tu, bukak payung & meja kerusi. Limited jugak kalau ramai customer. 

Tapi, takde masalah kot... sebab boleh je tapau & makan la ko kat bawah pokok kat padang tuh. Terbaekkk... apa..?!!

Macam2 ada..!!! Bukan laksa je. Keropok lekor, cekodok, pisang goreng, bla3... macam2 kudapan lagiklah! Pekena pulak dengan air sojuk2, cendol bagai... perrgghhh..!!! Speechless!

Senang je nak carik. Korang terjah alamat nih:-

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)
30350 Ipoh, Perak

Sambil tengok orang jogging... sambil tengok orang buat family day... sambil tengok couple berchenta... ooppsss! Tettt...!!! Ha3... 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

safurara said...

ahhhhhhhhhhhhhh laksa.sedap nya!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Cik Puan Rara,
ni musti hantu laksa nih! len macam jeritan tuh! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google