SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, March 5, 2013

CHICKEN SHITAKE SOUP

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Semenjak 2 menjak ni, rajin betul ah kak mengupdate Slot KKBA. Hmmm... terasa seperti magic pulak! Korang rasa magic jugak tak? Ha3...

Hokay2!!! Chop! Jom tengok, resepi apa pulak la yang ah kak nak kongsi kali ni..! ;)

Bahan2:-

1 peket cendawan shitake (direndam)
2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang)
2 batang sosej ayam (dipotong)
1 sudu mentega
1/4 ketul kiub ayam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus sosej ayam. Masukkan cendawan shitake. Rebus seketika. Tapis & toskan. Simpan air rebusan.
2) Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum & kacau sentiasa. 
3) Tuangkan air rebusan tadi. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
4) Masukkan bawang besar, kiub ayam, sosej ayam & cendawan shitake yang ditapis tadi.
5) Bila kuah dah pekat, padamkan api & biarkan menyejuk sedikit.
6) Kisar.
7)) Panaskan semula. Tambah air jika terlalu pekat.
8) Perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Chicken Shitake Soup.

Terima kasih resepiibundo sebab share resepi. Aku buat ikut keavailable-an stok. 

Actually, resepi asal adalah pakai dada ayam & button mushroom. Tapi, aku tukar ke sosej ayam ngan shitake. Ada rasa petai sikit la... sebab shitake kat kepetai-an sikit. Kalau pakai button mushroom lagik terangkat kot..! 

Takpe la.. asal boleh lalu kat tekak aku ngan my 'sayang' pun dah cukup bagus kan... ;P

Tapaukan Mak sikit. Mertua aku tak kasik sebab aku macam yakin sangat yang diorang tak berapa in dengan menu2 sebegini. ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Nieyxzha Hassan said...

Wah..simple je bahan..nnti nak try

ArELeEz said...

Nieyxzha Hassan,
aah. simple je.. selamat m'try! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google