SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 20, 2013

CHICKEN SAUSAGE ROLL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesuai untuk breakfast mahupun minum petang. ;)

Bahan2:-

2 keping roti putih potong Gardenia
2 batang sosej ayam
Mayonis
Thousand Island
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng sosej ayam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Sapu roti putih potong Gardenia dengan mayonis. 
3) Letakkan sebatang sosej ayam ke dalam setiap keping roti.
4) Letakkan Thousand Island di atas sosej ayam.
5) Gulungkan roti. Potong serong kepada 3 bahagian. Hidangkan.

~ Chicken Sausage Roll. Aku makan dengan leftover sambal ketam goreng bercili. Sebagai garnish & penambah rasa je. Terpulang pada citarasa memasing... 

Harus diingat bahawasanya resepi2 yang ah kak share bukanlah berhasrat untuk menunjuk2 yang ah kak terror memasak macam Cik Lah 'Siapa kata pompuan cantik tak pandai masak?!'. Eh, motip..??!' ;P

Tapi, semua resepi tu dijaja adalah untuk berkongsi cerita aktiviti memasak ah kak. Takde niat pun nak kamu semua jadikannya sebagai sumber rujukan ke apa ke kan.. jauh sekali nak suruh jadikkan ah kak sebagai sifu kan... Cukuplah sekadar apa yang ah kak share ni jadik sumber inspirasi merangkap idea untuk aktiviti memasak kamu semua.

Actually, bukan emo. Tapi, sekadar makluman... P.E.A.C.E, yo! ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google