SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, March 3, 2013

BAWAL CERMIN BEREMPAH GORENG BERSAMBAL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

15 ekor ikan bawal cermin (disiang & dicuci bersih)
1 biji tomato
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dihiris)
Garam
Serbuk perasa
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 tangkai cili merah
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur bawal cermin dengan garam, serbuk kunyit & rempah kari. Panaskan minyak. Goreng bawal cermin hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
5) Masukkan bawal cermin yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
6) Masukkan bawang besar & tomato. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Bawal Cermin Berempah Goreng Bersambal.

Sekarang ni, boleh dikatakan kerap jugak memasak untuk dinner. My 'sayang' request. Risau jugak tengok keboolatan my 'sayang' especially tang perut comel dia tuh. Kalau Abang Aaron Ajis / Fahrin Ahmad ada 6 pack tapi, my 'sayang' ade 'pouch bag'. 

Ha3... Hadoiiyaiiinyapun..!!!


:: Like3, ek! ::



6 comments:

~Mami Little Hero~ said...

Takpe la bulat pun bulat. Tu tanda bahagia :)

Ena's Palace said...

sedapnye..
nnti nak try resepi awk bole?..nmpk mudah jer

Kesuma Angsana said...

sedap tu rajin juga masak memasak ni ye

ArELeEz said...

~Mami Little Hero~,
ok2. +ve2. bulat tanda bahagia.. bulat tanda bahagia.. ha3..

ArELeEz said...

Ena's Palace,
owh.. ok je.. try la.. he3..

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
ikut mood jugak kot.. dtg aura rajin, mmg b'asap la dapur. klu x, ke laut gak. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google