SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, March 15, 2013

KETAM GORENG BERCILI PATAH 1000

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama jugak ketam2 tu bertapa kat dalam fridge. Sebelum diorang berenang terkedek2 balik ke laut, lebih baik cepat2 masak. Ha3...

Bahan2:-

1 biji telur ayam
5 ekor ketam (disiang, dicuci bersih & dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 peket fishball
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
1 sudu serbuk rempah kari
1 sudu kicap manis
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 - 15 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ketam dengan serbuk rempah kari & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Perasakan dengan kicap manis, asam jawa Xtra Adabi, garam & gula. Masak hingga pecah minyak.
4) Tuangkan air masak jika terlalu kering.
5) Masukkan kacang panjang & fishball.
6) Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & bawang besar. Sebatikan.
7) Pecahkan telur ayam. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ketam Goreng Bercili Patah 1000.

Patah 1000 cengkerang ngan kaki2 ketam dikerjakan dek 2 'raksaksa' rakus! Ha3...

Ngeri tak? Ngeri tak? ;P


:: Like3, ek! ::



6 comments:

My Little Diary said...

saya suka ketam...tapi selalunya masak lemak cili api jer...hehehe

ArELeEz said...

My Little Diary,
leez pun sker ketam. masak lemak cili api pun sker gak. tp, pilihan ke-2 kot.. yg 1st of course yg b'cili pedas2 nih. ;)

luqman zakaria said...

sedapnye...huhu :)

ArELeEz said...

luqman zakaria,
alhamdulillah..

Kesuma Angsana said...

mmg sedap sgtlah ni ! ketam lagi hehehehe

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
faveret! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google