SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, January 22, 2013

BOTOX..???

Mak sakit gigi. Dari hari Sabtu dah ngadu sakit. Gusi bengkak katanya... Plus, gigi tu pun dah tahap wajib cabut sebab dah rosak. Gigi geraham belah atas.

Ajak pergi dentist, mak refuse! Boleh tahan lagik katanya... Makan ubat bengkak gusi. Kengkonon lepas makan tu, bengkak surut & sakit pun hilang macam magic la kan...

Hmmm... takde maknanya! Makin serious ada la! Aku ajak lagik jumpa dentist, Mak tetap refuse. Telan pain killer pulak. Sekadar berfungsi untuk beberapa jam. Lepas tu, sakit datang balik. Tapi, Mak tetap takmo jumpa dentist.

Eh, sejak bila Mak takut dentist nih? Confuse ah kak tau! ;P

Sampai la semalam... Mak call, ngadu sakit siap bengkak tu dah naik ke pipi. Mak kata pipi Mak macam kena suntik botox. Ha3... Dalam sakit2 tu, Mak boleh buat lawak lagik. ;P

Tapi kan, tetap takmo jumpa dentist! Stress ah kak tau! Last2, ah kak dah tak boleh berkompromi! WAJIB terjah dentist! Kang tak pasal2 1 muka macam kena botox! Hu3...

Pukul 2.30 petang, aku bawak Mak ke Klinik Kesihatan Pergigian. Sebelum ni, Mak pernah cabut gigi jugak kat sini. Aku ada kasik Guarantee Letter (GL). Tapi, nurse yang jaga registration tu kata GL aku dah invalid. 

Eh, setau aku still dalam tempoh 3 bulan! Nurse tu kata lagik, memang la still dalam tempoh 3 bulan tapi, dah berganjak ke tahun lain. GL yang ada tu untuk tahun 2012 sedangkan skang dah 2013.

Owh... macam tu pulak, ek? Hmmm... GL yang aku kasik untuk Klinik Obstetric & Gynaecology (O & G) tu valid je. Aku kasik GL tahun 2009 hokay..! GL untuk appointment Mak kat Orthopedic, Fisioterapi ngan Klinik ENT pun valid je walaupun dah makan tahun. 

Haish! Confuse ah kak! 

Enoughlah kesah GL tuh! Buat stress je kan... Meh sambung kesah gigi Mak. Doktor check2 & decide untuk cabut je gigi yang rosak tuh. 

Mak bermalam kat rumah aku. Aku nak belikan Mak bubur nasik. Mak pulak tak nak sebab tak suka makan bubur nasik. 

So, malam tu aku masakkan nasik lembik2 makan dengan ayam goreng + cicah cili kicap. Berselera Mak makan, sampai 2 pinggan! Maknanya, anak Mak yang kiut ni masak sodap la kan? He3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

eh bengkak cam botox? cantik lah gitu ? hahahhaa....semoga gigi mak tu cecepat sembuh...boleh makan sedap2....

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
cantek kerr..?? botox = xorilah! hu3..

tq.. aminn.. ;)

adza irdawati said...

mmg seram bila jumpa dentist kan hehe

ArELeEz said...

adza irdawati,
aah. bkn mak je, leez pun neves gak! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google