SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KLINIK KESIHATAN PERGIGIAN. Show all posts
Showing posts with label KLINIK KESIHATAN PERGIGIAN. Show all posts

Monday, May 20, 2013

PUAS

Bawak Mak jumpa dentist. Hari tu dah cabut. Setel dah bab gigi tersebut. 

Masalahnya, ni gigi lain pulak bikin onar. Mak kata gigi tu rasa ngilu2 & sakit berdenyut2 tapi, tak berlubang pun. Hmmm... takpe la... Biar dentist yang decide, apa nak dibuat dengan gigi tuh.

Takde la ramai sangat patient petang tuh. Sedang2 je. Tapi, mengantuk tahap gaban jugak la aku tunggu Mak punya consultation dengan dentist. Lapanploh kali menguap kot! Adeh3...

Tetiba... Mak keluar dengan muka atak senyum. Eh, pelik! Sebab tak nampak kapas gigi pun kat mulut Mak. Seperti takde apa2 yang berlaku je kan...

Rupa2nya, Mak kata dentist tu decide untuk tak cabut gigi Mak sebab katanya gigi tu boleh dikategorikan sebagai tak rosak. Plus, katanya lagik, gigi Mak still cantik untuk usia seperti Mak sebab kebanyakan orang kalau dah cecah 50-an gigi dah banyak gigi yang rosak.

Kesimpulannya, gigi Mak tu retak & hilang sikit adalah disebabkan oleh 2 faktor, sama ada Mak suka makan makanan yang keras / makan asam. Asam memang tak la kan... sebab Mak bukan la peminat asam sangat. Sekadar merasa tu ada la... Tapi kalau makan makanan keras memang ye sangatlah. 1 habit Mak, lepas makan nasik, Mak akan kunyah beras. 

Aku pun confuse jugak dengan habit Mak nih. Ha3... 

Dentist just bagi ubat antibiotik & ubat untuk ditelan bila rasa sakit datang. Lepas tu, dia kasik appointment untuk buat Root Canal Treatment (RCT). 

~ Tak jadik cabut gigi. So, boleh la makan KFC faveret Mak. Siap buat lakonan semula lagik! He3...

~ Bila la hot & spicy nak keluar balik kan? Mencik! Uhuks3...

~ Cheezy Zinger Hot Box untuk tuan tanah kedaung. Sodap! Melimpah dengan cheese. Memang cheezy sangat2..! Terus feeling2 warga Amerika. Ha3... Over!

~ Makan dengan penuh kenikmatan kekdahnya... Hiks...

Syiok sangat bila tengok Mak happy & dapat belanja Mak makan makanan faveretnya. Tapi, tak boleh amalkan selalu la kan... Fast food tuuu..! Not so good for health... kata mat salleh. ;P

Walaupun aku belanja Mak makan kat tempat biasa2 tapi, rasa puas sangat bila tengok Mak happy macam ni. Tak perlu ke restoran gah2 berbintang2. Ikut kemampuan semasa gitu..! ;P Kat KFC pun boleh je... Yang penting nawaitu kita kan... 


Selamat menyayangi keluarga anda... Adios! ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 22, 2013

BOTOX..???

Mak sakit gigi. Dari hari Sabtu dah ngadu sakit. Gusi bengkak katanya... Plus, gigi tu pun dah tahap wajib cabut sebab dah rosak. Gigi geraham belah atas.

Ajak pergi dentist, mak refuse! Boleh tahan lagik katanya... Makan ubat bengkak gusi. Kengkonon lepas makan tu, bengkak surut & sakit pun hilang macam magic la kan...

Hmmm... takde maknanya! Makin serious ada la! Aku ajak lagik jumpa dentist, Mak tetap refuse. Telan pain killer pulak. Sekadar berfungsi untuk beberapa jam. Lepas tu, sakit datang balik. Tapi, Mak tetap takmo jumpa dentist.

Eh, sejak bila Mak takut dentist nih? Confuse ah kak tau! ;P

Sampai la semalam... Mak call, ngadu sakit siap bengkak tu dah naik ke pipi. Mak kata pipi Mak macam kena suntik botox. Ha3... Dalam sakit2 tu, Mak boleh buat lawak lagik. ;P

Tapi kan, tetap takmo jumpa dentist! Stress ah kak tau! Last2, ah kak dah tak boleh berkompromi! WAJIB terjah dentist! Kang tak pasal2 1 muka macam kena botox! Hu3...

Pukul 2.30 petang, aku bawak Mak ke Klinik Kesihatan Pergigian. Sebelum ni, Mak pernah cabut gigi jugak kat sini. Aku ada kasik Guarantee Letter (GL). Tapi, nurse yang jaga registration tu kata GL aku dah invalid. 

Eh, setau aku still dalam tempoh 3 bulan! Nurse tu kata lagik, memang la still dalam tempoh 3 bulan tapi, dah berganjak ke tahun lain. GL yang ada tu untuk tahun 2012 sedangkan skang dah 2013.

Owh... macam tu pulak, ek? Hmmm... GL yang aku kasik untuk Klinik Obstetric & Gynaecology (O & G) tu valid je. Aku kasik GL tahun 2009 hokay..! GL untuk appointment Mak kat Orthopedic, Fisioterapi ngan Klinik ENT pun valid je walaupun dah makan tahun. 

Haish! Confuse ah kak! 

Enoughlah kesah GL tuh! Buat stress je kan... Meh sambung kesah gigi Mak. Doktor check2 & decide untuk cabut je gigi yang rosak tuh. 

Mak bermalam kat rumah aku. Aku nak belikan Mak bubur nasik. Mak pulak tak nak sebab tak suka makan bubur nasik. 

So, malam tu aku masakkan nasik lembik2 makan dengan ayam goreng + cicah cili kicap. Berselera Mak makan, sampai 2 pinggan! Maknanya, anak Mak yang kiut ni masak sodap la kan? He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google