SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, January 19, 2013

KOMPANG DIPALU LAGI...

Wedding Linda, anak Cik Ros...

Cik Ros ni samadengan anak angkat arwah embah (read: atok) aku. Linda anak yang sulung, sebaya dengan aku. Banyak dugaan pertunangan dia. Alhamdulillah... kali ni sampai jugak ke jinjang pelamin.

Ini kenduri pertama. So, Cik Ros ngan suaminya, Cik Amit memang banyak bergantung harap dengan Nenek & Mak. Means, dari segi perancangan & preparation la... Ala2 wedding planner gitu..! ;P

~ Pengantin lelaki tak sampai lagi. So, Mak & the geng rasmikan dulu. He3...

~ Adik-beradik yang sweet. Cewwahhh..!!! ;P

~ Nenek pun nak join jugak. Cayalah..! He3...

~ Tak habis lagik posing! Kat celah pasu munge pun aci! Ha3...

~ Dalam bilik pengantin...

~ Inilah Linda.

~ Tema purple. Sebab tu ah kak pakai purple. Ikut tema kata ko! Heh3...

Mak & Mak Yang tolong masak & decor2 lauk pengantin untuk makan beradab. Aku tolong2 menyibuk je lebih... Ha3...

Memang tak berseni langsung plating yang aku buat! Even nak bubuh cili merah yang dah dibelah2 jadik bentuk munge pun menggigil2 tangan nih! Parkinson sekejap! Hadoiiyaiiinyapun..!!!

~ Hasilnya... Hmmm... kira ok la tuh..! Janji lain sikit dari yang dihidangkan untuk tetamu biasa. ;P

~ Melepak kat luar pulak.

~ Abaikan sang perut boyot itu... Anggap ianya sebagai ilusi... Ha3...

Pengantin sampai dalam pukul 1.30 petang. Berlengas jugak menunggu! Fuh!

~ Pengantin lelaki tu macam malu2 pulak kan... Hiks...

~ Eh, perut boyot comel lagik..! Ha3...

~ Kak Ngah bad mood. Biasa la tuh.

~ Melekat ngan Mama dia je...

~ Rifqi pulak tak reti duduk diam! Haish!

~ Tak jadik nak marah / geram bila dia buat muka seposen macam ni. Alahhh... hai!

~ Kembang setaman... ;P

~ Hokay! Kembali ke gambar pengantin. Heh3...

~ Pengantin confuse! Ha3...



~ Ada la dalam 2 minit Rifqi boleh duduk diam2 kat kerusi tuh. Lepas tu, dah menggelupur nak turun, nak explore tempat lain.

~ Mak dah letih. Tapi, maintain kiut! Hiks...

~ Sengal, hokay! Ha3...

Elok je lepas pengantin bersanding, kami mintak diri nak balik dulu sebab my 'sayang' ada kerja sikit. Aku pun dah mengantuk, nak qada' tido. ;P

Tahniah untuk Linda & pasangan. Selamat pengantin baru... Semoga berbahagialah! ;)

Tahniah jugak untuk Cik Ros ngan Cik Amit sebab dapat menantu pertama... ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Dkna Abza said...

tahniah untuk pengantin :)

Ena's Palace said...

meriah majlis ni...
Slmt pngntin baru tuk linda...moga berkekalan hingga akhir hayat...

ArELeEz said...

Dkna Abza,
tq.. (on behalf) ;)

ArELeEz said...

Ena's Palace,
kenduri kat kampung mmg meriah! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google