SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, January 19, 2013

AYAM MASAK PEDAS SEHANGAT ASMARA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'sayang' beli ayam. Eh, tu pun nak ceritakah? He3...

Takde la... Bukan kesah membeli ayam tapi, kesah memasak ayam tersebut. Dah lama kot tak masak ayam masak pedas. 

Hmmm... mari check it out! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong & dicuci bersih)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Kisar:-

7 - 10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan garam, serbuk perasa, asam jawa & gula.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masak Pedas Sehangat Asmara. Ahaks3...

Ecewah..! Mementang la drama Sehangat Asmara nak on air tak lama lagi... Kasik promo free la pulak! Hiks...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Ena's Palace said...

Mmg hangat! tgok pun da tetasa hangatnye! hahaha

ArELeEz said...

Ena's Palace,
podeh! ha3..

azzey said...

....hmmmmmmmm, knplh sy x minat ayam mcm awak ek? Msk le camane ponnn...sikit buleh la...tp bkn pilihan pertamaku dhati ini...hu3...

ArELeEz said...

azzey,
sbb sy lahir tahun ayam kot. awak lahir thn unta ke kan.. ha3.. tp, klu mak masak ayam sir sau, amacam..?? minat x? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google