SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 31, 2012

MASA UNTUK CHECK-IN

Ada cerita yang tertunggak kot... So, sebelum aku continue menjaja gambar2 makanan menu bersahur & berbuka, adalah lebih afdal kalau aku habiskan entry tertunggak tu dulu. Barulah nampak hebak! Ye tak? Ha3...

 Eh, over pulok mokcik nih! ;P

 Nak dekat2 basi jugak la cerita nih. Tapi, korang anggap je setiap entry ah kak sebagai evergreen. Nescaya korang tak boring! Cewwahhh..! Hiks...

Bulan Mei... adeh3... lamanya! Tarikh pun tak berapa nak ingat dah. Hu3...

 Aku & the geng huru-hara diarahkan berkursus HRMIS kat Hydro Hotel, Penang. Dah pernah jalan2 vacay ke Penang dengan kaum kerabat sebelum ni. Tapi, berkursus... this is the 1st time...

~ My 'sayang' dapat hantar sampai Ipoh je sebab kena monitor site. Dari Ipoh, aku naik kenderaan Jabatan nih, Mr. Innova. 


Dari Perak, ada 3 bijik kereta. Tapi, tak pergi secara konvoi pun. Ada yang dah awal2 gerak & ada yang ketinggalan. Tak kesah la... Janji selamat sampai kan... Itu yang penting, bebeh! ;P

~ Dipendekkan cerita, pukul 3 petang lelebih kurang la... dah check-in kat Hydro Hotel. Nombor bilik aku lupa. Tapi, tingkat 4.

Ingatkan boleh la main cak2 dengan geng huru-hara macam kat Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor dulu tuh sebab chalet dok sebelah-menyebelah je. Kali ni, memang haublah! Aku ngan Ena je dok tingkat 4. Yang lain2 dok kat tingkat 6 nun!

Dah tak boleh main cak2... Sedeh! :(

~ Ini bukan view dari bilik aku. Tapi, view dari bilik Murni & Kak Nana. Best kot! Sebab boring2 boleh tengok orang berkuak lentang kat dalam pool tuh. Tak pun bergimrama. Heh3...

Bilik aku ngan Ena ngadap hotel lain yang tinggi melangit. Tak berapa nak mendamaikan! Owh... sedeh lagik... Tsk3...

Bilik dia not bad la... Semua kelengkapan asas ada. Bilik mandi pun ada tab jugak. Tak dapat nak berkuak lentang kat dalam pool tuh, berkuak lentang dalam tab mandi tu pun kira aci jugak kot. ;P

Tapi, awas!!! Jangan cuba mengskodeng! Ha3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

friendlyfashion.my said...

Hi there! Would you be interested in doing a blogging collaboration with friendlyfashion.my? if you are interested, could you please email us at hello@friendlyfashion.my thank you! :)

ArELeEz said...

friendlyfashion.my,
i think so.. but, i need more xplanation on what is the deal & what i should do? ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google