SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, July 19, 2012

BIHUN SUP ANAK KAMPUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tekak ni ngengada pulak. Tetiba je teringin nak makan bihun sup. So, sila salahkan tekak, ye..! ;P

Request kat my 'sayang', mintak belikan bahan2 untuk buat bihun sup. Elok pulak hari tu my 'sayang' tak turun site. So, lepas hantar isteri kechentaan dia nih pergi kerja (cewwahhh..!), terus dia berdesup ke pasar. Ni yang buat ah kak sayang laju2 nih! Ahaks3...

& petang tu, bersilat la aku kat dapur... My 'sayang' jadik assistant, tolong cucikan ayam. Thank you, bebeh! ;P

Bahan2 Untuk Sup Ayam:-

1/2 bungkus bihun (direndam dengan air panas & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
2 biji ubi kentang (dipotong 6 setiap satu)
1 bungkus sup bunjut
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
1/2 ketul kiub ayam
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak
Garam
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk Untuk Sup Ayam:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sup Ayam:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & halia hingga naik bau.
2) Masukkan ayam & sup bunjut. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam & ubi kentang. Masak hingga ubi kentang separa empuk.
5) Masukkan carrot.
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

Bahan2 Untuk Sambal Kicap:-

2-3 biji limau kasturi
1 sudu kicap manis
Kicap masin

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Kicap:-

7-10 biji cili padi
2 tangkai cili hijau
5 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan Sambal Kicap:-

1) Campurkan bahan2 kisar dengan limau kasturi, kicap masin & kicap manis.
2) Perahkan jus limau kasturi. Kacau rata. Tunagkan sedikit kuah sup ayam tadi untuk pekatkan sambal. Sedia untuk dihidangkan.

~ Bihun Sup Anak Kampung. Ececeh..! 

Jimmy Palikat tengok ni, mesti mengaum! Ha3... Larikksss..!!!




:: Like3, ek! ::



4 comments:

Anonymous said...

KA ponw suka buat sebb feveret anak2 tp tetap buat nasi utk sapa2 yg nak makan nasi with sup hehe

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wah....untung la your sayangsss tolong cucikan ayam gitu ..hihihi

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Kesuma Angsana,
sama la kita.. sbb my 'sayang' pun ujung2 musti dia carik nasik punyelah! he3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
alhamdulillah.. assistant yg hebak kata ko! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google