SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, July 18, 2012

NASI BAWANG + KARI SOTONG INSPIRED BY SALAMIAH HASSAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Terpengaruh dengan Masterchef Selebriti. Kalau boleh, hari2 nak curik2 masa jengah official website Masrerchef Selebriti nih, nak tengok2 resepi.

Shhh..!!! Jangan cerita kat bos ah kak tau, ah kak ngelat. He3...

Bila dah terpengaruh, balik rumah terus laju2 bersilat kat dapur.

Bahan2 Untuk Nasi Bawang:-

3 cawan beras (dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu mentega
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam

Cara2 Penyediaan Nasi Bawang:-

1) Panaskan mentega. Tumis bawang merah, halia, bawang putih, bunga lawang & kulit kayu manis hingga naik bau. Padamkan api.
2) Masak nasi seperti biasa dengan rice cooker.
3) Tuangkan tumisan tadi ke dalam rice cooker.
4) Bila mendidih, masukkan secubit garam. Kacau rata. Biarkan nasi masak dengan sempurna.

Bahan2 Untuk Kari Sotong:-

10-15 ekor sotong (disiang, dicuci bersih, dipotong & ditoskan)
1 peket serbuk rempah kari daging
1 inci halia (dihiris)
2 biji kentang (dipotong 4 setiap satu)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan Kari Sotong:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & halia hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari daging. Tuangkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kentang. Masak hingga kentang separa empuk.
5) Masukkan sotong. Masak seketika.
6) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Bawang & Kari Sotong Inspired by Salamiah Hassan. ;)

Aku google resepi yang Salamiah Hassan masak kat Mastrechef Selebriti. Tapi, dia pakai ayam. Aku kehabisan stok ayam. So, gantikan dengan sotong. Kira aci je lah! He3...

Gambar nasi bawang tak sempat amik sebab dah kebuluran cium bau kari yang menusuk segenap rongga hidung tuh. Korang pandai2 la imagine sendirik, ek! ;P

Congrats Dato' Fazley sebab jadik juara Masterchef Selebriti yang pertama. Kemenangan anda memang dah dijangkakan. Terrorlah dia masak. Banyak kali menang cabaran. Hebak2... ;D

Angah Raja Lawak pun hebak jugak... Top 2, hokay..! Ko ada..??! (cakap sambil pakai wig & pegang bulu2 ayam macam AA. He3...)


:: Like3, ek! ::



6 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huishh.....serious kna cuba nih...terasa macam terbau kari sotong kat idung ni ...Yummehhh..hihihi

Kesuma Angsana said...

wah hebat tu sempat lagi buat ala2 salamiah hassan yek!

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
sila2.. jgn malu2.. utk juadah b'buka pun malatops gak nih! he3..

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
sempat2kn je.. hiks..

Zurina Hj.Zainal said...

kari tu x letak santan ker?

ArELeEz said...

Zurina Hj.Zainal,
x. ni kari india katanye.. xde santan.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google