SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 2, 2012

TAK BAHAYA KALAU KENA DENGAN CARANYA

Bila tau je nenek diorang nak buat laksa, laju je cucu2 mak nak menolong. Acu dia... of cos la gumbira sebab boleh relax2 sambil goyang kaki! Ha3...

Mak nak buat laksa. Pagi2, aku dah bawak mak pergi pasar mencarik bahan2. Balik dari pasar, terus bersilat kat dapur.

Tengah syiok2 hiris bawang sambil 'menangis' (pedih dek bawang), ada orang bagi salam. Owh... abang rupanya... datang bawak 'tentera2' dia. He3...

~ Memang faveret Kak Yonglah bab potong-memotong macam ni. 

~ Baby Odah biasa la kan... asal Kak Yong menolong, dia pun nak menolong sama! Tak kasik kang, sentap pulak! 

~ Abang ngan Kak Aneem pun tolong sekali. Kebetulan, Rifqi tido. So, boleh la bekerja dengan aman. Eh! Tapi, kalau Rifqi tak tido aku la yang paling bertuah kot sebab ada la reason aku nak larik dari dapur. Jaga Rifqi katanya kan... Ha3...

Laksa siap je, terus hidang & makan. Aku suap Kak Yong. Banyak jugak dia makan sebab dia memang hantu laksa pun!

Well... budak2 kan memang suka belajar mende baru. Contoh macam tolong potong-memotong kat dapur nih. Kalau kita asik tak kasik je sebab bahaya tak bagus jugak. Kita boleh je twist aktiviti yang nampak macam bahaya ni kepada aktiviti yg berfaedah sambil bagi ilmu secara tak langsung kat diorang. Tapi, mesti kena dengan caranyalah.

Kena explain yang nak buat aktiviti tu tak boleh main2. Kalau main2 adalah bahaya. Nanti luka, kena jumpa doktor bagai... Tegas sikit kata, kalau main2 jugak, aktiviti akan distopkan!

Lepas tu, kasik la pisau yang paling tak tajam di dunia. Pandai2 la korang carik. 

Jangan bagi diorang potong sesuatu yang terlalu keras atau susah sebab tu pun akan membahayakan jugak. Kasik la timun ke... kangkung ke... kobis ke... begitu... 

Ajar cara memotong yang betul. Contoh, kalau nak buat laksa kan timun tu kita potong panjang2 macam batang mancis kan... Suruh diorang potong sebegitu rupa jugak. Takde la nak perfect sangat tapi, seakan2 la... Senget-benget sikit tu kira aci la... Dah namanya pun bebudak kan... 

Bukan apa... bila diorang tengok kita potong panjang2 elok je, diorang pun akan berusaha jugak nak potong panjang2 macam tuh. Lepas tu, kita reward la sikit... kasik puji kembang-kempiskan hidung diorang sikit. Baru la diorang bersemangat! 

Paling penting, aktiviti ni mestilah di bawah pengawasan kita. Jangan pulak ko kasik pisau & timun, lepas tu ko tido! Memang mintak kena sepak la tu kot!

Aktiviti di dapur macam ni, 1 sesi pembelajaran jugak untuk diorang kan? ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Cinta Misteri said...

Laksa apa ni Dior. Feveret CiM laksa johor. Timun potong pusing2 penah tengok tk mcm mana? Dah siap....hurmm sdpnya makan pkai tangan.

ArELeEz said...

Cinta Misteri,
ni laksa resepi tradisi mak leez. he3.. xpenah plak meneliti potongan timun time nk mkn laksa. so, mmg xperasan kot..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google