SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 3, 2012

OLE2 YANG SENTIASA DALAM KENANGAN...

Bila tiba musim cuti sekolah, memang ramai kan yang merancang nak bercuti2 Malaysia mahupun ke luar negara.

Macam aku ni, takde la hadkan percutian bila time cuti sekolah je sebab kami belum ada anak lagik untuk diconsider cutinya. Apply je la cuti... My 'sayang' pulak kena pandai2 adjust jadual kerja dia. Kalau time takde projek, memang aci jom kira boleh je... Tapi, kalau time projek masyuk, terpaksa la hold dulu kot. Hu3...

Macam opismate aku pulak, ada la 2-3 orang yang rajin bercuti2 Malaysia. Aku suka bila diorang pergi bercuti sebab nanti boleh dapat ole2. Ha3...

~ Macam fridge magnet yang rumah tradisional Melaka ni, Encik Fadzil kasik masa dia pergi family vacay ke Melaka. 

Sebelum2 ni, Encik Fadzil pernah jugak kasik keropok ikan masa dia bercuti ke Kelantan & ikan masin masa bercuti kat Pulau Pangkor. Ikan masin Pulau Pangkor dah lama 'selesai'. Keropok Kelantan still elok tersimpan. Tengah curik masa nak goreng. He3...

~ Yang ni pulak kain batik & kek lapis Sarawak. Bukan opismate yang kasik tapi, Awa yang kasik. 

Awa & family bercuti ke Sarawak. Tu yang dia beli ole2 tuh. Kain batik aku mintak mak jahitkan sebab nak buat kain baju kurung. Baju dia aku nak belikan kain plain kaler gold. Tapi, tak tau la bila nak terjah Nagoya lagik. Hu3...

Kek lapis 'selesai' dalam masa 2 hari! ;P

Ikan terubuk masin Sarawak pun ada. Tengah bertapa dalam fridge. He3...

~ Teh Tarik Tudya... ole2 yang paling spesel sebab mak yang belikan. Didatangkan khas dari Kedah. Ko ada..??? Ha3...

Mak pergi rombongan geng surau ke Kedah. 3 hari 2 malam... Seronok betul mak sebab dapat pergi ladang anggur & melawat bandar Alor Setar dengan geng2nya.

Anggur pun mak borong jugak. Sodap! ;D

Hari tu, masa Ros berhoneymoon ke Pahang, beliau ada bagi keropok jugak as ole2. Dah 'selesai'! Lepas tu, Encik Selvam pulak bercuti ke Melaka. Beliau bagi dodol Melaka. Tengah curik2 masa nak potong & makan. He3...

Bos aku pun pernah bagi ole2 masa dia pergi Medan. Kami semua dapat kain pelekat yang dibungkus basah tuh. Macam terendam je... Kain tu jarang sikit. So, aku buat lapik printer. Harap2 bos aku tak baca entry ni. Shhh...!!! He3...

Encik Amir pernah bertabligh sampai ke India. Ole2 beliau untuk kami adalah roll on perfume made in India. Bau dia macam bau minyak attar. Aku kasik kat mak. ;P

Kakak pulak kasik tudung Syria masa dia out station ke Terengganu. Kaler purple lagik, noks..! I likeee... banyak2! ;D

Kak Aneem pernah kasik kain ela kaler ijo. Dah selamat jadik baju kurung. Dah pakai dah pun...

Abang Poi & family bercuti ke Bandung. Balik kasik ole2 t-shirt ngan kain batik. Dua2 kaler merah. 

Nak senaraikan semua pemberi ole2, mau berjela2 entry ni jadiknya kot. Apa2 pun, terima kasihlah kepada yang sudi bagi ole2 kat kami berdua, sama ada yang kami mention atau tak. Ingat jugak korang kat kami yang kiut ni kan... Ahaks3...

Aku pun kalau pergi mana2, ada jugak beli ole2 untuk opismate & kerabat terdekat. Keropok lekor la... keychain la... coklat... belacan Melaka pun ada tau! Ha3... Tengik 1 opis dengan bau belacan! Amekaw! ;P

Abang & family baru balik dari Cameron Highlands. Aku nak paksa abang kasik ole2 kat aku. Dengor cerita, ada sayur-mayur dengan strawberry. Terbaekkk... tuh! La3...


:: Like3, ek! ::






4 comments:

♥ Elin ♥ said...

klu g bercuti x membeli mmg x sah kan :)


free marilah join GA sy.untuk promosi blog baru.

http://www.vanillacheze.com/2012/07/giveaway-skii-cellumination-mask-in.html

Cinta Misteri said...

CiM suka collect fridge magnet. Aritu adik ipark round europe dia belikn fm dari france, italy, norway, hurmmm bestnye. Tk dpt g dpt ole2 jer pown ok. Kankankan...

ArELeEz said...

♥ Elin ♥,
aah. pompuan katanya kan.. he3..

wokeh! insyaallah.. i will.. tq for inviting, ek! ;)

ArELeEz said...

Cinta Misteri,
uiks! b'tuah badan dpt imported fridge magnet. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google