SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, July 4, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE VERSI TAK BERAPA HADO BAHAN

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Petang semalam, aku dah cakap siap2 kat my 'sayang' yang aku tak larat nak masak. Period painlah! Rasa lemah je... Rasa nak bermanja2 ngan my 'sayang' sambil suruh dia massage kat pinggang. Ececehhh..! ;P

My 'sayang' ok je... Kalau rasa lapor kang, my 'sayang' keluar la mentapau apa2 yang patut, katanya...

Kesian pulak kot... Ye la time hujan2 nak keluar mentapau. So, sebagai isteri mithali (nak jugakkk..! Ahaks3...) ah kak selongkar2 la dapur tuh... Terjumpa bihun. Ting!!! Idea mari dah..! He3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam dengan campuran air panas & sedikit air sejuk, ditoskan serta digunting)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 cawan isi ayam
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

5 biji bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan isi ayam. Masak hingga separuh kecut.
3) Masukkan lobak merah. Kacau rata.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam.
5) Masukkan bihun. Sebatikan. Masak dengan api perlahan. Angkat & hidangkan.

~ Siap dah. Bihun Goreng Singapore Versi Tak Berapa Hado Bahan. 

Kenapa? Sebab ada a few bahan2 yang sepatutnya masuk sekali tapi, habis stock. Contoh: telur, daun sup, daun bawang & serbuk lada hitam. Sebab tu aku lebihkan cili (cili padi, cili merah & ijo). Konon2 nak gantikan serbuk lada hitam tu la... Tapi, tahap kepedasan biasa2 je... Maybe sebab cili2 tu jenis yang tak pedas kot.

Bila suruh my 'sayang' rasa, boleh pulak dia berlakon jadik chef muka ketat Masterchef Selebriti tuh! Alaaa... Chef Joe tu la... Kan Dato' Fazley panggil dia as chef muka ketat. He3...

"Ada bau jintan manis sikit. Tapi, terlalu over-cookedlah!" (sambil cium2 bihun tuh)

Hallooo..!!! Sekolah mana pulak yang ajar masak bihun pakai jintan manis nih? Lepas tu, over-cooked ke hape kalau merasa sampai 7-8 sudu! Haish! Geget kang, haaa..! Ooppsss!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::





2 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhhh teruih toraso laporrr hehehe

ArELeEz said...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA,
kalo gitu, cpt2 la terjah dapur, dong..! hiks..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google